Saya rasa tiap2 thn dlm bulan May, pasti akan ada entry saya yg tajuk sebegini...'Mother's Day, Man United & Manuscript'... mcm dah jadi laporan tahunan pulak! :D
Mother's day- As usual, tak ada celebration apa pun. Just another day when 3 of us had breakfast together at home. Bila saya masuk ke bilik AHA untuk check dia dah kemas katil atau belum... I found one heart shape note on the blanket that says "Happy Mother's Day Mama...I love you!"
Oh ok...hari ini AHA rajin kemas katil, susun bantal, lipat selimut dan letak heart shape note ini...(sempena hari Ibu) Kalau tidak, saya kena suruh dia kemas baru dia nak kemas...:p. Apa2 pun, appreciate her little efforts today (for making-up the bed & the self made note!) Yes...mama love you too!! Walaupun mama selalu marah2 awak...selalu leter2 awak...selalu geram dengan awak...tapi nama awak tak pernah tertinggal dalam doa selama 11 tahun mama jadi mama awak.
Minum petang pula, saya ke rumah mak dan berkumpul adik beradik sambil makan2 kek dan mi goreng mamak. Alhamdulillah, kami berpeluang duduk semeja dgn mak lagi.
Mak yg akan ajak saya dtg makan di rumah setiap kali dia masak sedap2. Mak yg akan tanya "kenapa dah lama tak call?" kalau saya tak telefon dia lebih daripada dua hari. Mak yg akan telefon saya jika dia mahu kemana-mana. Mak yg akan cuba masak apa2 saje yg anak menantu dan cucu2 request... baik nasi kerala mahupun jemput2 ikan bilis!!
Manchester United - Sebelah malam, tengok MU menjulang trofi BPL untuk kali ke 20!! 13 kali di bawah pengurusan Sir Alex Ferguson yg telah berkhidmat selama 26 tahun. That man is retiring from being a Manager/Coach... dan game terakhir mlm tadi menentang Swansea adalah sebagai tribute kpd dia. So sambutan pun besar-besaran di Old Trafford.
Lifting up the trophy with the Captain; Vidic.
And next season bila tengok BPL...dah tak nampak lagi la orang tua ni melompat-lompat dari kerusi bila players dia score, muka merah2 marah players atau referee atau kunyah chewing gum throughout the 90 minutes!! :) Next season, tak tahulah apa nasib MU bila the legend SAF ni dah takde. Err...nak sokong team lain, lah!! ;P
Manuskrip- Masa musim BPL 2011/2012 berakhir tahun lepas, saya tengah sibuk berulit dgn Raina dan Emir Hadhri. Masa MU kalah dgn Man City, saya pun tgh frust menonggeng sbb manuskrip saya baru quarterly done masa tu. Emir dan Raina pun belum kahwin lagi masa tuh...hehe. Sungguh lembab progressnya.
Dan tahun ni bila BPL musim 2012/2013 tamat, saya tetap frust (w/pun MU menang) sbb manuskrip ke6 saya masih di takuk yang tidak memberangsangkan!!! Huwaaa!!! Aduhai...kalau musim BPL 2013/2014 bermula bulan Ogos nanti dan saya masih lagi begini...mmg kena hantuk kepala di dinding agaknya!!
Inilah dia perkaitan antara ketiga2 subjek di atas...:)
Setiap tahun dalam bulan Mei... inilah pengukur tahap prestasi saya!! :P
No comments:
Post a Comment