Antara review pertama yg saya terima ttg Sah, Aku Cinta Kamu!
Daripada Izanorliza:
Sah, Aku Cinta Kamu sebuah novel yang membuai rasa dengan ayat ayat cinta RAIF IMRAN. Setelah membaca novel ini,
anda Sah akan tersenyum,
anda Sah akan jatuh cinta dengan watak utama Raif Imran,
anda Sah akan cair dengan ayat ayat bergula Raif Imran,
anda Sah akan bermain di bibir kata-kata dear, hun,dan love,
anda Sah akan mengalirkan air mata menangisi nasib Irdina Jasmin,
anda Sah akan meneruskan pembacaan tanpa dapat menghentikannya!!!
Sesungguhnya, karya keenam penulis Hezzy Azzra ini telah menunjukkan garapan yang luar biasa dalam gaya penulisannya. Garapan beliau yang hebat dalam novel ini menjadikan novel Sah Aku Cinta Kamu menjadi sebuah karya yang SANGAT AWESOME! Dapatkan segera di pasaran. TAHNIAH. SAH 5 Bintang untuk Novel Sah Aku Cinta Kamu
Sah, Aku Cinta Kamu adalah karya yang mengundang pelbagai rasa dan membuatku gundah gulana.
Sah, Aku jatuh hati melekat terus dengan watak Raif Imran walaupun sebelum ini buat aku sakit hati dan geram dengan perangai romeo nya. TAPI setiap wanita bergelar isteri pastinya mendambakan suami sepertinya he he he.
Sah, Aku 'cair' dengan ayat-ayat cinta bergula tahap maksima Raif Imran.
Sah, terngiang-ngiang di telinga aku setiap ayat yang keluar dari mulut Raif Imran perkataan 'Dear', 'Love'.
Sah, Aku menangis tak tertahan, meruntun jiwaku dan sebak pilu rasa hatiku tatkala Irdina Jasmin kehilangan mamanya dan diuji dugaan demi dugaan yang tak dapat digambarkan berat ditanggung oleh Irdina sehingga membuatku terfikir jika aku berada di tempatnya mampukah aku menempuh ujian yang sehebat dan seberat ini ?
Sah, Aku jadi sakit hati 'kaw-kaw' dengan Delisha (Secretary Raif) yang cuba mengganggu gugat kebahagiaan Raif & Irdina. Buat aku tidak puas hati selagi tidak habis baca hingga ke muka surat terakhir apa kesudahan ceritanya.
Sah, Aku rasa tersangat bahagia apabila akhirnya Raif Imran berjaya mencair dan menakluk semula hati Irdina Jasmin dan meraih semula kepercayaan isteri yang amat dicintainya.
dan Sah, setelah baca buku ni aku tersenyum puas dan merasakan Raif Imran telah berjaya menceriakan hariku dengan begitu indah sekali. Dan aku akhirnya mengakui dan dapat menerima Irdina Jasmin adalah wanita yang selayaknya menjadi'Partner In Crime' bagi Raif Imran. 'Well..Two people that are meant to be together always find each other in the end'.
Pendapat peribadi aku kalau baca karya yang boleh buat aku nangis dan 'naik bulu roma', aku 'guarantee' buku tu memang 'AWESOME'. Aku rasa karya terbaru penulis ini mempunyai sentuhan gaya penulisan yang agak luar biasa dan lebih 'menyengat' dari karyanya terdahulu. Kali ini aku rasakan pengisian yang cuba diketengahkan oleh penulis lebih kepada pergolakan perasaan dalam melayari bahtera ikatan perkahwinan yang penuh ranjau dan duri. Apa yang pasti setiap rasa kasih dan cinta yang dianugerahkan oleh Allah itu akan diuji sama ada kita bersedia atau tidak. Dan sebagai hamba-Nya kita harus berusaha mempertahankan mahligai yang dibina. Mohon petunjuk dan pertolongan dari Allah. Hanya kasih sayang yang berpaksikan iman yang kuat mampu menghadapi dan menangkis segala sudut dugaan yang datang. Mudah-mudahan dipermudahkan dan Allah akan pandu kita melayarkan bahtera rumah tangga ini hingga ke syurga-Nya, insya-Allah. Tahniah Hezzy kerana berjaya menghasilkan karya yang sungguh terkesan dan berbekas di hatiku ini.
Petikan dari blog
http://myhookedbooks.blogspot.com/2014/01/sah-aku-cinta-kamu.html
Berbanyak2 terima kasih kpd Izanorliza di Goodreads dan pemilik blog ini (Aidah) yg telah 'membedah siasat' isi kandungan SACK dan menulis review sebegini. Apa yg saya cuba sampaikan dalam SACK... rupanya sampai ke hati pembaca. Alhamdulillah...
Thursday, January 30, 2014
Grab your copy of Sah, Aku Cinta Kamu!
Alhamdulillah, SACK sudah ada di pasaran sejak awal minggu baru-baru ni. Dan saya pun sudah mulakan proses pengeposan SACK bermula minggu lepas lagi kpd mereka yg order awal Januari hari tu.
SACK fresh from oven! Ni masa baru bawak balik dari stor Karangkraf.
Tq...tq...tq... to those yg sudah beli dan sedang membaca kisah Raif Imran & Irdina Jasmin. Semoga anda semua terhibur dgn novel keenam saya ni. Kalau ada yg terkurang or not up to your expectation, saya mohon maaf sepuluh jari. I have tried my very best...but I cannot please everybody. Peace....
By the way...sesiapa yang masih nak beli drp saya...masih boleh berbuat demikian. I still have a few copies with me.
Cuma bank in RM28 (utk Semenanjung) dan RM30 utk Sabah/Sarawak ke
JENDELA BERLIAN Maybank 562562-304472
dan emailkan bukti pembayaran serta details ke:
hezzy_azra@yahoo.com
SACK fresh from oven! Ni masa baru bawak balik dari stor Karangkraf.
SACK and the little gift from me to the online buyers. Tak ada significant pun gift ni dgn jln cerita SACK tapi saje nak bagi something yg a bit unusual...it's the D-I-Y keychain. Kalau sesapa ada anak yg rajin dgn kerja kraftangan ni, bolehlah cuba buat sendiri keychain ni. ;)
(Kalau nak betul2 significant, kena bagi dart board...:P Tapi nnt postal charges lagi mahal lak dari harga buku!!)
The first batch yg saya pos last week. Rasanya by now semua dah dapat their copies.Tq...tq...tq... to those yg sudah beli dan sedang membaca kisah Raif Imran & Irdina Jasmin. Semoga anda semua terhibur dgn novel keenam saya ni. Kalau ada yg terkurang or not up to your expectation, saya mohon maaf sepuluh jari. I have tried my very best...but I cannot please everybody. Peace....
By the way...sesiapa yang masih nak beli drp saya...masih boleh berbuat demikian. I still have a few copies with me.
Cuma bank in RM28 (utk Semenanjung) dan RM30 utk Sabah/Sarawak ke
JENDELA BERLIAN Maybank 562562-304472
dan emailkan bukti pembayaran serta details ke:
hezzy_azra@yahoo.com
Monday, January 13, 2014
Maulidur Rasul - Keajaiban berselawat
Bersempena dgn Maulidur Rasul esok; 12 Rabiulawal 1435 H bersamaan 14 Januari 2014... saya nak kongsikan 30 KELEBIHAN BERSELAWAT. Ini peringatan utk saya juga...
1) Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda - (HR Muslim.)
2) Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.
3) Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insya Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki atau wanita.
4) Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.
5) Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.
6) Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
7) Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.
8) Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.
9) Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki dan sebagainya dalam dirinya.
10) Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, Insya Allah akan beroleh kebahagiaan samada di dunia mahupun di akhirat.
11) Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.
12) Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
13) Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.
14) Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.
15) Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.
16) Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.
17) Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.
18) Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.
19) Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.
20) Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut2, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.
21) Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.
22) Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, InsyaAllah akan dihapuskan dosa2 kecil seseorang.
23) Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.
24) Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmatnya.
25) Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.
26) Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.
27) Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.
28) Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.
29) Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - HR Abu Naim.
30) Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat - HR Thabrani
Tuesday, January 07, 2014
Sah, Aku Cinta Kamu! di portal Ilham Karangkraf
Kalau rasa2 nak baca 10 bab terawal Sah, Aku Cinta Kamu!... anda boleh layari Ilham Karangkraf.
Here's the link:
http://ilham.karangkraf.com/karya-detail.aspx?idk=2261&idc=11107
Enjoy reading!!
Friday, January 03, 2014
Pre-order Sah, Aku Cinta Kamu!
Assalamualaikum... Selamat Sejahtera... Selamat Tahun Baru!!
Time really flies. Dulu saya rasa macam lama je lagi nak masuk 2014... tetiba dah hari ketiga dlm 2014!! Er... tak sempat saya nak fikir azam baru!! :P
Apa perancangan saya dlm bidang penulisan utk tahun 2014?
1) Nak mula menulis novel ketujuh
2) Nak terbit dua novel setahun! (Err...termampu ke? Yg ketujuh tu pun baru tulis 'Bab 1'!! Hu hu)
Apa perancangan saya dlm dunia blogging utk 2014?
1) Sebulan nak tulis sekurang2nya 4 entry
2) Setahun mesti ada sekurang2nya 48 entry (kalau tertinggal sebulan pun, kena gandakan entry pada bulan seterusnya. Err...ada boleh kar???)
Apa-apa pun, kita settle dulu dgn novel yg bakal berada di pasaran Februari ni.
Okay... bersempena kita melangkah ke tahun 2014 ni, saya nak buka order untuk novel keenam saya; SAH, AKU CINTA KAMU! Walaupun sebenarnya SACK masih di kilang, tapi saya ambil order dan pembayaran sahaja dulu.
Kalau ada sesiapa yg berminat nak beli, harganya:
RM23 + postage RM6 = RM28 (diskaun RM1) bagi Semenanjung
RM23 + postage RM8 = RM30 (diskaun RM1) bagi Sabah/Sarawak.
Dan saya juga buat tawaran 'combo' 2 novel saya yg terdahulu iaitu SACK + APD atau SACK + SRV:-
RM45 + postage RM5 = RM50 bagi Semenanjung
RM45 + postage RM8 = RM53 bagi Sabah/Sarawak
Kepada yang berminat, anda boleh bank in pembayaran ke akaun - JENDELA BERLIAN
(MBB 562562-304472) dan hantarkan bukti pembayaran serta alamat anda ke email:
hezzy_azra@yahoo.com
atau
Facebook: Hezzy Azra.
BUT DO TAKE NOTE: NOVEL INI HANYA AKAN DIPOSKAN SETELAH SAYA MENDAPAT STOK SACK (tentatively, end of January 2014)
Time really flies. Dulu saya rasa macam lama je lagi nak masuk 2014... tetiba dah hari ketiga dlm 2014!! Er... tak sempat saya nak fikir azam baru!! :P
Apa perancangan saya dlm bidang penulisan utk tahun 2014?
1) Nak mula menulis novel ketujuh
2) Nak terbit dua novel setahun! (Err...termampu ke? Yg ketujuh tu pun baru tulis 'Bab 1'!! Hu hu)
Apa perancangan saya dlm dunia blogging utk 2014?
1) Sebulan nak tulis sekurang2nya 4 entry
2) Setahun mesti ada sekurang2nya 48 entry (kalau tertinggal sebulan pun, kena gandakan entry pada bulan seterusnya. Err...ada boleh kar???)
Apa-apa pun, kita settle dulu dgn novel yg bakal berada di pasaran Februari ni.
Okay... bersempena kita melangkah ke tahun 2014 ni, saya nak buka order untuk novel keenam saya; SAH, AKU CINTA KAMU! Walaupun sebenarnya SACK masih di kilang, tapi saya ambil order dan pembayaran sahaja dulu.
Kalau ada sesiapa yg berminat nak beli, harganya:
RM23 + postage RM6 = RM28 (diskaun RM1) bagi Semenanjung
RM23 + postage RM8 = RM30 (diskaun RM1) bagi Sabah/Sarawak.
Dan saya juga buat tawaran 'combo' 2 novel saya yg terdahulu iaitu SACK + APD atau SACK + SRV:-
RM45 + postage RM5 = RM50 bagi Semenanjung
RM45 + postage RM8 = RM53 bagi Sabah/Sarawak
Kepada yang berminat, anda boleh bank in pembayaran ke akaun - JENDELA BERLIAN
(MBB 562562-304472) dan hantarkan bukti pembayaran serta alamat anda ke email:
hezzy_azra@yahoo.com
atau
Facebook: Hezzy Azra.
BUT DO TAKE NOTE: NOVEL INI HANYA AKAN DIPOSKAN SETELAH SAYA MENDAPAT STOK SACK (tentatively, end of January 2014)
Subscribe to:
Posts (Atom)
SEPERTI ADA CINTA
Blurb: Bertahun menyulam cinta, yang Farra Nuha dambakan hanyalah sebuah mahligai indah bersama Ilhan. Tetapi semakin tiba hari...
-
1 BANGLO dua tingkat berwarna coklat cair yang tersergam indah itu telah siap pembinaannya sejak sebulan yang lalu. Dan tiga minggu lep...
-
Memang sesuatu yg tak disangka, bila sebulan yg lalu, Ziana (Alaf 21) 'menjemput' saya menyertai barisan penulis otai ALAF utk ke Br...
-
Bertempat di Panggung GSC Pavilion KL, saya berkesempatan menonton tayangan perdana (Premier Show) filem MANISNYA CINTA DI CAPPADOCIA p...