Antara review pertama yg saya terima ttg Sah, Aku Cinta Kamu!
Daripada Izanorliza:
Sah, Aku Cinta Kamu sebuah novel yang membuai rasa dengan ayat ayat cinta RAIF IMRAN. Setelah membaca novel ini,
anda Sah akan tersenyum,
anda Sah akan jatuh cinta dengan watak utama Raif Imran,
anda Sah akan cair dengan ayat ayat bergula Raif Imran,
anda Sah akan bermain di bibir kata-kata dear, hun,dan love,
anda Sah akan mengalirkan air mata menangisi nasib Irdina Jasmin,
anda Sah akan meneruskan pembacaan tanpa dapat menghentikannya!!!
Sesungguhnya, karya keenam penulis Hezzy Azzra ini telah menunjukkan garapan yang luar biasa dalam gaya penulisannya. Garapan beliau yang hebat dalam novel ini menjadikan novel Sah Aku Cinta Kamu menjadi sebuah karya yang SANGAT AWESOME! Dapatkan segera di pasaran. TAHNIAH. SAH 5 Bintang untuk Novel Sah Aku Cinta Kamu
Sah, Aku Cinta Kamu adalah karya yang mengundang pelbagai rasa dan membuatku gundah gulana.
Sah, Aku jatuh hati melekat terus dengan watak Raif Imran walaupun sebelum ini buat aku sakit hati dan geram dengan perangai romeo nya. TAPI setiap wanita bergelar isteri pastinya mendambakan suami sepertinya he he he.
Sah, Aku 'cair' dengan ayat-ayat cinta bergula tahap maksima Raif Imran.
Sah, terngiang-ngiang di telinga aku setiap ayat yang keluar dari mulut Raif Imran perkataan 'Dear', 'Love'.
Sah, Aku menangis tak tertahan, meruntun jiwaku dan sebak pilu rasa hatiku tatkala Irdina Jasmin kehilangan mamanya dan diuji dugaan demi dugaan yang tak dapat digambarkan berat ditanggung oleh Irdina sehingga membuatku terfikir jika aku berada di tempatnya mampukah aku menempuh ujian yang sehebat dan seberat ini ?
Sah, Aku jadi sakit hati 'kaw-kaw' dengan Delisha (Secretary Raif) yang cuba mengganggu gugat kebahagiaan Raif & Irdina. Buat aku tidak puas hati selagi tidak habis baca hingga ke muka surat terakhir apa kesudahan ceritanya.
Sah, Aku rasa tersangat bahagia apabila akhirnya Raif Imran berjaya mencair dan menakluk semula hati Irdina Jasmin dan meraih semula kepercayaan isteri yang amat dicintainya.
dan Sah, setelah baca buku ni aku tersenyum puas dan merasakan Raif Imran telah berjaya menceriakan hariku dengan begitu indah sekali. Dan aku akhirnya mengakui dan dapat menerima Irdina Jasmin adalah wanita yang selayaknya menjadi'Partner In Crime' bagi Raif Imran. 'Well..Two people that are meant to be together always find each other in the end'.
Pendapat peribadi aku kalau baca karya yang boleh buat aku nangis dan 'naik bulu roma', aku 'guarantee' buku tu memang 'AWESOME'. Aku rasa karya terbaru penulis ini mempunyai sentuhan gaya penulisan yang agak luar biasa dan lebih 'menyengat' dari karyanya terdahulu. Kali ini aku rasakan pengisian yang cuba diketengahkan oleh penulis lebih kepada pergolakan perasaan dalam melayari bahtera ikatan perkahwinan yang penuh ranjau dan duri. Apa yang pasti setiap rasa kasih dan cinta yang dianugerahkan oleh Allah itu akan diuji sama ada kita bersedia atau tidak. Dan sebagai hamba-Nya kita harus berusaha mempertahankan mahligai yang dibina. Mohon petunjuk dan pertolongan dari Allah. Hanya kasih sayang yang berpaksikan iman yang kuat mampu menghadapi dan menangkis segala sudut dugaan yang datang. Mudah-mudahan dipermudahkan dan Allah akan pandu kita melayarkan bahtera rumah tangga ini hingga ke syurga-Nya, insya-Allah. Tahniah Hezzy kerana berjaya menghasilkan karya yang sungguh terkesan dan berbekas di hatiku ini.
Petikan dari blog
http://myhookedbooks.blogspot.com/2014/01/sah-aku-cinta-kamu.html
Berbanyak2 terima kasih kpd Izanorliza di Goodreads dan pemilik blog ini (Aidah) yg telah 'membedah siasat' isi kandungan SACK dan menulis review sebegini. Apa yg saya cuba sampaikan dalam SACK... rupanya sampai ke hati pembaca. Alhamdulillah...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
SEPERTI ADA CINTA
Blurb: Bertahun menyulam cinta, yang Farra Nuha dambakan hanyalah sebuah mahligai indah bersama Ilhan. Tetapi semakin tiba hari...
-
1 BANGLO dua tingkat berwarna coklat cair yang tersergam indah itu telah siap pembinaannya sejak sebulan yang lalu. Dan tiga minggu lep...
-
Memang sesuatu yg tak disangka, bila sebulan yg lalu, Ziana (Alaf 21) 'menjemput' saya menyertai barisan penulis otai ALAF utk ke Br...
-
Bertempat di Panggung GSC Pavilion KL, saya berkesempatan menonton tayangan perdana (Premier Show) filem MANISNYA CINTA DI CAPPADOCIA p...
2 comments:
DEAR HUN.....
Dear love...
:)
Post a Comment