Thursday, March 27, 2014

Temui saya di Kolej Uniti, Port Dickson

Hujung minggu ni, jika anda tidak ada perancangan apa-apa, dan kebetulan berada di Port Dickson atau kawasan di sekitarnya, jom temui saya di Kolej Uniti, Tanjung Agas bersempena dengan Karnival Uniti-Karangkraf. 

Saya akan berada di sana bersama Novelist Haiza Najwa mempromosikan novel2 terbaru kami 'SAH, AKU CINTA KAMU! dan POTRET DUA WAJAH. 

Kalau rasa-rasa nak beli novel terbaru kami ke...nak bertemu mesra ke... silalah datang pada hari Sabtu 29 Mac 2014 jam 12-2 pm, ya?  Kami menantikan orang nogori! :)


Wednesday, March 26, 2014

Al-Fatihah untuk mereka...

Setelah genap 17 hari hilangnya pesawat MH370, pada 24 Mac yg lalu... dunia dikhabarkan yg penerbangan MH370 telah berakhir di Lautan Hindi. Innalillah....

Tapi bagaimana 'berakhirnya' penerbangan itu, ia satu misteri yang masih kekal menjadi tanda tanya. Adakah berakhir dengan 'pendaratan' yang sempurna atau satu 'pendaratan' yang kita tidak dapat bayangkan bagaimana bentuknya.  

We always pray for the best and yet, we have to prepare for the worst too. Kita cuma boleh anggap begini...boleh rasa begitu... boleh fikir kemungkinan 'itu'... boleh mempercayai kemungkinan 'ini'... tapi hanya ALLAH yg tahu apa sebenarnya yang terjadi. And only ALLAH knows what's best for them and for us.

Kalau masih ada mangsa yang terselamat, kita mengharapkan mereka akan ditemui oleh SAR team dan pulang ke pangkuan keluarga. Kalau kesemuanya tidak berjaya diselamatkan, sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah buat mereka. Semoga roh mereka dicucuri rahmatNYA dan keluarga yg mereka tinggalkan itu tabah dan kuat menghadapi dugaan yang maha hebat ini.   

Bismilllahirahmaniirahim...



Sampai ke hari ini, klau tengok visual plane tu di tv...saya akan rasa kesayuan itu...:(

Wednesday, March 19, 2014

Terbaik daripada ALAF21!

Ini poster novel2 keluaran ALAF21 untuk Januari hingga April 2014...


JANUARI- Operasi Bulan Madu, Dia Diktator Hatiku, Mas Kahwinku RM22, Cinta Kuasa Tinggi

FEBRUARI - SAH, AKU CINTA KAMU! (my no 6th), Sepasang Kurung Pink, Runcing, Legasi Pejuang 2

MAC - Sunan Nanggroe Sang Kembara, Potret Dua Wajah, Kasih Usah Terlerai, Jatuh Hati Di Paris

APRIL - Setiap Detik Nafasku, Kahwin Dengan Saya?, Merah Violet Bibirmu, Cinta di Blue Mountains

Sudahkah anda mendapatkan kesemua koleksi ini?? Kalau belum...cepat2lah ya!! Sebelum keluar pulak koleksi May, June dan seterusnya...:)

Side story...SACK is at no 10 this time around. Turun ke anak tangga kedua daripada nombor 8 beberapa minggu lepas. Alhamdulillah...masih lagi dalam senarai TOP 10 di pasaran. Bagi yg belum lagi membaca kisah Raif Imran dan Irdina Jasmin...sudi-sudikanlah membeli Sah, Aku Cinta Kamu! ya...



Sunday, March 16, 2014

AGBK2013...dah undi?

Jika anda terlepas untuk membeli Sinar Harian edisi 15 Mac 2014 semalam bagi mendapatkan borang undi AGBK2013... maka anda boleh dapatkan Sinar Harian edisi Isnin & Selasa (17 & 18 Mac).

Seterusnya...Sabtu, Isnin dan Selasa (22, 24 dan 25 Mac) Dan terakhir Sabtu (29 Mac). Selepas tarikh tu... no more borang, okay?  So kalau rasa nak undi byk2...cepat2lah stok Sinar Harian edisi yg saya sebutkan tadi tu. 

Kalau rasa nak undi yang no 7 (Penulis Pilihan Kategori Fiksyen Alaf21) tu...pls do so!! :P

Kalau suka dgn cerita no 10 tu (Buku Pilihan Kategori Fiksyen Alaf21)...jgn malu2 pangkah ye!! Ahaks...





Friday, March 14, 2014

Terus berharap dan berdoa...

Assalamualaikum...salam sejahtera semua.


Sejak hari Sabtu 8 Mac 2014, seluruh dunia digegarkan dgn kehilangan pesawat MH370 milik MAS. Misteri kehilangan kapal terbang Boeing 777-200 ini masih belum dirungkaikan. Too many theories, too many speculation... up to one point...kita (atau mungkin saya saje kot) dah tak tahu apa yg boleh dipercayai atau mahu dipercayai. Of coz, we want to believe in good things...but again, we have to be prepared for the worst things to happen.

And today, it has been 7 days... more than 170 hours that the MH370 went missing. Saya tidak mengenali mana-mana penumpang pesawat itu secara langsung. Tetapi saya mengenali ahli keluarga (sepupu dan saudara mara) mereka yg berada di dalam pesawat tersebut. Sesungguhnya, kesedihan dan kerisauan kita tidak sesedih dan serisau mereka.

So, di hari Jumaat yg penuh mulia dan barakah ini... kita terus panjatkan doa untuk keselamatan dan kesejahteraan penumpang dan pesawat MH370. Moga dipermudahkan urusan pencarian dan apa pun hasil penemuannya nanti, kita memohon kekuatan untuk menghadapi apa sahaja kemungkinan. Amin...

Friday, March 07, 2014

Lagi review Sah, Aku Cinta Kamu!

Alhamdulillah...SACK menduduki tempat ke 8 (well, 8 has always been my favourite number...manyak ong maaa...hehe) dalam carta terlaris di Karangkraf Mall.


Terima kasih atas sokongan anda semua!! Komen anda...review anda...semuanya telah menjadikan SACK menduduki senarai top 10 ini.

Dan ini ada beberapa lagi review & komen yg saya terima sejak SACK mula berada di pasaran hujung Januari lalu.

SJ SAB:
Kisah kasih dan sayang..
Kisah cinta dan mencintai..
Kisah percaya dan mempercayai...
Kisah meluahkan dan mendengar...
Kisah berkongsi dan merasa...
Kisah lelaki dan wanita..
Kisah anak dan ibu...
Kisah suami dan isteri...

Kisah biasa..kisah kita..kita mereka...
seusai aqad dilafaz.,
seusai ibu melahirkan...
SAH, AKU CINTA KAMU...
cinta suami pd isteri..
cinta ibu pd anak.
dan
cinta teragung
cinta insan pd penciptaNya...


AYMAN HYEQAL:
Tahniah buat penulis kerana menghasilkan naskah SACK ini. Naskah ini amat menepati cita rasa sy. Selain itu cover SACK amat menarik perhatian sy.. Tahniah sekali lg


YATIE ALIFF:

SAH!!! memang saya seronok baca cerita ni.. siapa yg blm beli & baca, sila dptkan... pasti tdk menghampakan. tahniah!

IMANIAH FAJAYA OTHMAN:
Sila baca, confirm u all akan suka seperti mana I suka giler… SERIUSSSS memang best gilerrrrr…… Wowwwww…. DENGAN INI I MENGISTIHARKAN NOVEL INI PERLU DIBELI SECEPAT YANG MUNGKIN DAN TOLONG JANGAN PERAM MACAM IKAN PERKASAM..


RUZIYAH AHMAD:
Sah Aku Cinta Kamu
Yang ku baca tanpa jemu
SACK novel menusuk kalbu
Makin dibaca makin dirindu


SYARIFAH ZARINA:
SAH..SAH..Dah habis baca novel ni....(SACK)
SAH..SAH..memang sesgt best cerita ni...

AISHAH SAZALI:
Sy suka jdikkk sy bg 4 bintangggg


ANNA HJ KASAH:
5***** …ayat gula2 banyakkkk


HAJAR:
Seperti biasa, karya Kak Hezzy Azra tak pernah menghampakan. Nipis tapi banyak isi yang boleh kita kupas. 


ATHIRAH:
Jalan cerita yang menarik. Overall, tulisan akak kali ni memang terbaiklah. The best novel ever.

~Thank u to all my dearies; SJ Sab, Ayman Hyeqal, Yatie Aliff, Imaniah Fajaya Othman, Ruizyah Ahamd, Syarifah Zarina, Aishah Sazali, Anna Hj Kasah, Hajar, Athirah... utk komen2 di atas! 

Monday, March 03, 2014

Anugerah GBK2013 - Senarai Pencalonan Awal

Alhamdulillah... nama dan karya saya tercalon dalam senarai awal untuk Anugerah GBK 2013 bagi Penulis Pilhan dan Buku Plihan Kategori Fiksyen Alaf21!!!

Terkedu jugak bila tgk nama saya dan SEMERAH RED VELVET tercalon masa selak Sinar Harian edisi 1 Mac hari Sabtu lepas. Sebabnya... saya tahu dan saya sedar, nama saya belum cukup gah lagi dalam bidang penulisan ini. Koleksi novel pun baru 6...SEMERAH RED VELEVT itu pun bukannya meletop2 di pasaran. Malah SRV pernah dikomen sebagai karya saya yg paling ringan dan santai. Dan kalau pergi book signing pun...tak pernah lagi dalam sejarah karier penulisan saya...pembaca berebut2 mintak autograf atau ternanti2 kemunculan saya!! ;)

So when being nominated in the top 10 list...YES...it is a BIG thing for me. Kalah atau menang, itu perkara lain. Itu rezeki dari Allah. Namun saya tetap bersyukur...diberi peluang untuk berada sebaris dgn calon-calon yg jauh lebih hebat, sudah tentunya gah dan sememangnya otai dalam bidang penulisan novel ini spt Ramlee Awang Murshid, Aisya Sofea, Damya Hanna dll.

Anda semua...pembaca SEMERAH RED VELVET, pengunjung blog ini...jom ramai2 pakat beli SINAR HARIAN hari ini untuk mengundi penulis kesayangan anda. Kalau rasa 'sayang' saya dan SRV (sayang Raina dan Dr Emir Hadhri...hehe)...undilah ye. Tapi kalau rasa tak nak 'sayang'...tak nak undi saya pun tak pe...hehe.

Untuk tahu lebih lanjut tentang borang penyertaan dan syarat2 mengundi, layari laman SINAR HARIAN online di link ini:

http://www.sinarharian.com.my/nasional/borang-undi-anugerah-grup-buku-dalam-sinar-harian-1.255703






SEPERTI ADA CINTA

Blurb: Bertahun menyulam cinta, yang Farra Nuha dambakan hanyalah sebuah mahligai indah bersama Ilhan. Tetapi semakin tiba hari...