Wednesday, May 14, 2014

Sekitar PBAKL 2014

Jumaat, 25 April 2014
Sesi Santai Penulis bersama novelis Durrah Fatiha di Sudut Rehat & Baca Perbadanan Kota Buku

Bersama staf Kota Buku yg friendly. Terima kasih krn sudi menjemput saya dan Kak Durrah. Tahun depan jemputlah lagi...:)
Bersama adik2 dari Johor.
Introducing myself..."Saya ni penulis kecik-kecilan saja...ngeee!"

Promoting SACK & SRV.
Ohh.... rupanya adik2 dari UiTM Puncak Alam ni pernah baca SRV!! Suka akak, dik!!
Bertambah bersemangat akak berborak pasal SRV bila adik2 tu bertanya..."Mana dapat idea menulis SRV??"

Ahad, 27 April 2014
Di Dewan Tun Dr Ismail, Pavilion Grup Buku Karangkraf
Bersama 'presiden' kelab kipas (so called Fan Club) Raif Imran!! Hehehe
 Thanks Sh. Zarina for stopping by!
Athirah...been following Ian Redza, Emir & Raif Imran! :)
All the way from Temerloh...Cikgu Salina!
Another 'die hard' fan of KT from Trengganu...Iezza.
Cikgu Wan... another die hard fan of Raif Imran! 
Bersama bos besar Karangkraf...Dato Husamuddin dan rakan2 novelis.


Khamis, 1 Mei 2014
Di Dewan Tun Dr Ismail, Pavilion Grup Buku Karangkraf
Bersama rakan2 novelis.

Bersama Kak Sarofah, Norizan, Roosealiza and the 'small Irdina'! :)



Bersama geng2 hantu...(ni baru anak2nya...mak hantu tak turun masa ni...hehe)

Bersama Rozi...she too, has been reading my novels since MK.

Bersama Wana.
Bersama Kak Wan (she has read all of my books) dan geng novelis.


Small gifts yg saya berikan kpd mereka yg bertemu saya. Ada DIY keychain Sah, Aku Cinta Kamu, bear kecil, home made pretzels, B2B soap, notepad Sah, Aku Cinta Kamu.


Terima kasih kepada anda semua yg terus menyokong karya kecil saya. Sanggup datang meredah lautan manusia utk berjumpa saya.

Ada yang selama bertahun2 ini hanya 'berbual' di alam maya.... akhirnya kita berjumpa juga. Terima kasih krn meluangkan masa untuk singgah.

Ada yang baru pertama kali berjumpa dan beli karya saya... terima kasih byk2 kerana membeli buku saya di antara lambakan novel lain di rak.

Ada yang dah dua, tiga kali bertemu... terima kasih kerana sudi bertemu lagi.

Semoga sokongan dan ikatan ini terus terjalin di masa2 akan datang.

Tuesday, May 13, 2014

SACK during PBAKL2014

PBAKL dah berakhir almost two weeks. Agak lambat saya update blog ni. (Biasalah... bila tetiba berada di dalam zon malas!!)

Tetapi rasanya masih belum terlambat utk berkongsi sedikit kegembiraan ini...



Eh, SAH, AKU CINTA KAMU berada di atas palette 'NOVEL BEST SELLER'!! Alhamdulillah... ada rezeki SACK utk berada di atas palette itu!! :)

Saya berkongsi kegembiraan itu dgn editor saya yg memang kebetulan berada di tepi palette itu. Kami sempat berborak2 pasal SACK dan langsung saya teringat komen dia yg pernah tersiar di laman FB saya sebulan yg lepas.

Komennya:

Hari ini terasa ringan aje nak buat TEASER lagi.
^^ Kali ni, karya hasil air tangan penulis, 
Hezzy Azra.Penulis yang patut anda UNDI untuk ANUGERAH GRUP BUKU KARANGKRAF 2013! Novel 'Sah, Aku Cinta Kamu!' Sebuah garapan yang cukup 'sweet-sweet' gitu. Tengok sahaja kulit bukunya, sudah melambangkan betapa romantiknya hubungan percintaan mereka, Irdina Jasmin dan Raif Imran. Semasa menyunting novel ni pun, saya sudah cair berkali-kali dengan sikap romantik Raif. Terus rasa nak jadi heroin dalam cerita ni. Ops! Setiap kata-kata yang dikeluarkan oleh Raif, saya pasti ada pembaca yang tersenyum-senyum sendiri, tergelak dengan gelagat Irdina dan Raif dan mungkin ada yang 'fefeling' gitu. Ngee~


Kalau anda masih rasa cuak dan waswas nak beli dan baca karya kecil saya ni... takut kalau beli tapi tak memuaskan hati, bimbang jika rasa rugi membelinya... cuba anda hayati kata2 editor saya di atas tadi...ngeee. Mungkin boleh terbuka hati anda untuk membaca kisah Raif Imran & Irdina Jasmin ini. 

Ya...saya akui, SACK ada kekurangannya...ada kelemahan dan kesilapannya. Tapi percayalah, saya sudah cuba buat yang terbaik utk SACK. Bukan sekadar menulis sesuka hati untuk membanyakkan muka surat dan menebalkan buku semata-mata....;)

SEPERTI ADA CINTA

Blurb: Bertahun menyulam cinta, yang Farra Nuha dambakan hanyalah sebuah mahligai indah bersama Ilhan. Tetapi semakin tiba hari...