Tuesday, May 13, 2014

SACK during PBAKL2014

PBAKL dah berakhir almost two weeks. Agak lambat saya update blog ni. (Biasalah... bila tetiba berada di dalam zon malas!!)

Tetapi rasanya masih belum terlambat utk berkongsi sedikit kegembiraan ini...



Eh, SAH, AKU CINTA KAMU berada di atas palette 'NOVEL BEST SELLER'!! Alhamdulillah... ada rezeki SACK utk berada di atas palette itu!! :)

Saya berkongsi kegembiraan itu dgn editor saya yg memang kebetulan berada di tepi palette itu. Kami sempat berborak2 pasal SACK dan langsung saya teringat komen dia yg pernah tersiar di laman FB saya sebulan yg lepas.

Komennya:

Hari ini terasa ringan aje nak buat TEASER lagi.
^^ Kali ni, karya hasil air tangan penulis, 
Hezzy Azra.Penulis yang patut anda UNDI untuk ANUGERAH GRUP BUKU KARANGKRAF 2013! Novel 'Sah, Aku Cinta Kamu!' Sebuah garapan yang cukup 'sweet-sweet' gitu. Tengok sahaja kulit bukunya, sudah melambangkan betapa romantiknya hubungan percintaan mereka, Irdina Jasmin dan Raif Imran. Semasa menyunting novel ni pun, saya sudah cair berkali-kali dengan sikap romantik Raif. Terus rasa nak jadi heroin dalam cerita ni. Ops! Setiap kata-kata yang dikeluarkan oleh Raif, saya pasti ada pembaca yang tersenyum-senyum sendiri, tergelak dengan gelagat Irdina dan Raif dan mungkin ada yang 'fefeling' gitu. Ngee~


Kalau anda masih rasa cuak dan waswas nak beli dan baca karya kecil saya ni... takut kalau beli tapi tak memuaskan hati, bimbang jika rasa rugi membelinya... cuba anda hayati kata2 editor saya di atas tadi...ngeee. Mungkin boleh terbuka hati anda untuk membaca kisah Raif Imran & Irdina Jasmin ini. 

Ya...saya akui, SACK ada kekurangannya...ada kelemahan dan kesilapannya. Tapi percayalah, saya sudah cuba buat yang terbaik utk SACK. Bukan sekadar menulis sesuka hati untuk membanyakkan muka surat dan menebalkan buku semata-mata....;)

No comments:

SEPERTI ADA CINTA

Blurb: Bertahun menyulam cinta, yang Farra Nuha dambakan hanyalah sebuah mahligai indah bersama Ilhan. Tetapi semakin tiba hari...