Datanglah beramai-ramai... insyaALLAH saya akan menyertai anda pada hari Sabtu dan Ahad (1 & 2 November). Jumpa di sana...
... kerana saya ada sesuatu untuk anda yg mengikuti hasil penulisan saya selama ini...
Taraaaa...
Alhamdulillah... novel terbaru saya sudah 'dilahirkan'. Terima kasih kepada ALAF 21 yg sudi menerbitkan karya kedua saya ini. Buat permulaan, ianya akan berada di rak buku premis ALAF pada esok 1 November hingga lusa, 2 November SAHAJA. Kenangan Terindah hanya akan berada di pasaran luar pada pertengahan bulan November. InsyaALLAH...
Sanggup berkorban tanda cinta, tetapi Marisa tidak sanggup mempersiakan usia muda untuk berkahwin dengan Ridzwan. Apatah lagi selepas itu terpaksa berpisah demi cita-cita yang ingin digapai Ridzwan di luar negara.
Bukan bermakna cintanya tiada harga. Dia tahu, Ridzwan keliru dalam mengukur sejauh mana cintanya. Mustahil Ridzwan tergamak membiarkan diri berpaut pada yang lain, menabur duri pada cintanya.
Namun, hati lelaki sememangnya sukar dijaga. Kesetiaannya pedih dicalar luka. Kemudian, dugaan membadai lagi. Ayah tercinta pula pergi buat selamanya.Tanggungjawab pada keluarga dan syarikat digalas ketika masih mentah. Kesabarannya berbalas, TUHAN kirimkan seorang insan untuk menghapuskan airmata, merawat lukanya dan berada di sisi... ketika suka atau duka.
Masa berlalu... Ridzwan kembali menagih cinta. Hati Marisa tidak pernah keliru, cintanya terhadap si dia semakin menebal. Namun, dirahsiakan nama si dia daripada pengetahuan Ridzwan, tidak mahu lelaki itu tersalah anggap.Ketika rahsia tersingkap, dapatkah Ridzwan menerima kenyataan yang dia kenal insan itu?
19 comments:
Congratulations!...you are without doubt on the road to establish yourself as a novelist, well done! Utilize your writing skill for a good cause (and good money as well, I hope…). Raving to get hold of your second masterpiece…
eses,
Thank u for the wish. Being a novelist? Dah masuk 2nd novel, baru terasa... not an easy profession!
P/S: Good cause? Err.. have I not utilize my writing skill for a good cause?? Hehe
salam.. whuaa...
bet arr ada cerita terbaru g.. hehhe tahniah tahnia.. :)
salam ochie,
terima kasih atas ucapan tahniah! sudi2kanlah membaca KT...
Salam.
Tahniah di atas kelahiran novel ke-2, walaupun hakikatnya itulah yang sulung. Hehehe...
Apa2 pun semoga KT mendapat sambutan dari pelbagai golongan dan peringkat usia.
Karya ke-3, bila nak keluar. kalau ikut perkiraan, bulan 10 tahun depan, kan? 'Hero' dah sudi berkongsi cerita ke belum?
Salam Jogi,
Terima kasih atas ucapan tahniah. Tak kisah sama ada sulung atau yg ke2... debarannya tetap sama menanti feed back pembaca!
Karya ke3?? Alahai... 'hero' tu memanjang sibuk aje! Lagi2 cerita yg dia kongsi "i broke my gearbox, i langgar a bit, i changed the clutch, i pasang the stereng extender, etc..." hahahaha...
jutaan tahniah Hezzy..moga terus sukses...nanti akak promokan dlm blog akak ekkk...oh ya akak hezzy kali ni .... tapi x panjaaaaang heheheee
...oh ya akak tag hezzy kali ni...:))
salam,
congrats atas kelahiran Kenangan Terindah. (we met last sunday)
sy dah pun khatam membacanya. yr english dialogue buat sy 'terbang diawang2an'. hehehe... saat yg sgt feeling bg sy adalah masa Akmal melamar Risa dlm kereta. siap nyanyi lagu yg liriknya sgt touching. the best part is masa sekolah rendah lagi dia dah berazam nak dedicate lagu tu kat gadis yg berjaya mencuri hati dia. emmm..so sweet. refer to page 353
selamat berkarya ya. rasa mcm x sabar utk mendptkan yr next novel
Tahniah Hezzy,
Wah setahun 2 novel keluar memang gempaklah. Tahniah sejuta kali moga lebih sukses dengan buah tangan terbaru ini.
Salam Kak Iris,
Terima kasih atas ucapan tahniah dan sudi nak promote KT di dlm blog akak.
Moga akak juga terus sukses.
Kena tagged lagi?? Alamak... ni yg lomah nih! Hehe
Salam nacha,
Jutaan terima kasih kerana:-
~ ucapan tahniah dan sokongan
~ sudi memiliki KT (dan MK juga)dan menanti karya seterusnya (insyaALLAH... sedang diusahakan!)
~ berjaya khatam KT dlm masa yg singkat
English dialogue?? hehe... dialog speaking london dan jiwang karat tu?? alahai... mengarut je tu!
Salam Azhan,
Terima kasih atas ucapan tahniah. Moga Azhan juga terus sukses dlm berkarya... baik novel atau puisi.
Mana pulak gempaknye? Melodi Kasih keluar December 2007... yg ni November 2008.. setahun satu jer...
blh x smbg citer melodi kasih???
citer 2 simple tp intrstng..
lg2 part ej.
jadi ke die khwn ngn ku ril??
zaha-fariq??
kwn saye pn ckp bnde yg same...
blh x???
dd,
terima kasih krn sudi membaca Melodi Kasih dan atas komen tersebut.
Mmg ada terlintas nak sambung MK...cuma bukan dlm waktu yang terdekat ni. InsyaALLAH, bila idea dah datang mencurah, masa mengizinkan... mungkin akan diketahui sama ada EJ kawin dgn Ku Ril ke tidak, love life Zaha-Fariq lepas kawin...etc...
Thanx for ur support!
saya sudah membeli buku anda.
hasil anda sgt hebat.
i wish i could be like u. hehe =]]
keep up a good work.
=]]
Salam Z.a.N.a
Terima kasih krn sudi membeli novel saya. Yg mana satu ye... Melodi Kasih atau Kenangan Terindah?
Thanx for the wish. Kalau betul-betul berminat nak jadi penulis, insyaALLAH...anda boleh melakukannya. All the best to u too...
wah, syabas, novel baru! tebal pulak tu! wah wah wah
Salam Fadz,
Terima kasih atas ucapan tahniah. Tebal skit drp yg dulu... terlebih2 idea kot? Hehe
When is ur next one coming?
Post a Comment