Saturday, January 31, 2009

Antara emel pembaca ttg KT...

Zarina Mohd Hisam Ramze
saya zarina.. saya memang berminat membaca novel dari zaman sekolah sampailah sekarang dh berkahwin dan ada anak.. tapi hanya baru-baru ni saja saya tergerak untuk beli dan baca novel puan..
sebenarnya novel kenangan terindah belum habis saya baca, baru sampai page 166 tp nampaknya setakat ni belum serik lg dan masih nak teruskan pembacaan..

oleh kerana saya agak sibuk dengan rutin sehari-hari spt orang lain juga, jd bila saya beli sesuatu novel saya nak pastikan ianya berbaloi untuk dibaca.. tahniah kepada puan kerana berjaya menarik perhatian saya..
saya sebenarnya lebih prefer bei novel dari penulis2 yg dh lama saya ikuti novelnya bertahun2 dan agak kurang percaya dengan novelis baru.. so nampaknya skrg ni saya dh boleh tambah koleksi novel2 kerana nampaknya novelis2 baru juga tak kurang hebatnya..

semoga puan terus sukses dengan karya2 terbaru...



zaraSa will survive
saya baru beli novel kenangan terindah... kawan yg syorkan...

baru semalam berkesempatan nak baca...
mula2 rasa tiada ape2 yang menarik...
tetapi bila masuk cerita kematian papa marisa,
terus saya menjadi syahdu dan hampir menitiskan airmata
memang berkesan suasana itu pada saya ketika itu...

setidak tidaknya, cerita itu menginsafkan saya
supaya menyayangi orang tua kita selagi berkesempatan...
terima kasih......



leeza maaruf
hai...kenangan terindah cantik tajuk novel,padat dengan jalan certa berkesan setelah membaca seharian n selasai keesokan harinya. saya suka watak marisa, tabah dgan ujian ditingalkan kekasih. kisah keluarga, jiran2 dan tangung jawab marisa sebagai anak. liza suka jalan certa KT. klu liza tambah crta dato johari sepatutnya si tua bangka tu dapat pengajaran dgn apa yang dibuatnya pada marisa. akmal....hemmm liza suka watak itu... tenang. ridzwan patut terima blasan dgn perbutanya melukaan hati marisa dan dapat regina yang membosankan kerana watak kurang matangnya,cemburu buta tidak seperti marisa yang tenang sama macam akmal. KT sebuah novel yg mudah difahami,dan liza ada juga novl melodi kasih. kedua-dua novl azra dlm simpanan saya. sekian selamat berkeria dlm bidang penulisan..Bila hati berbicara timbul lah idea2 untk kita menulis buku....lahirlah KENANGAN TERINDAH....


Nur Syuhada Hussain
hai kak hezzy,sy nie pminat setia novel...nk kta pmnat fanatik tu xde la,tp mint gk la heehehe...sy dh bc novel yg kak hezzy pnye,kenangan terindah...best sgt,sy bg 5 bintang hehehe....ape2 pun,thniah..


Nazirah Zakaria
saya baru sje habis membaca novel baru kakak, kenangan terindah. saya sangat menyukai novel itu. saya ingin mengucapkan tahniah kepada kakak kerana dapat membuat novel sebegitu. semoga kakak dapat membuat novel sebegitu lagi. insya-allah. saya mendoakan kakak terus berjaya dalam karier menjadi penulis novel. amin....


Amira Mirha
sy salah s'org peminat membaca novel kakak yang b'tajuk KENANGAN TERINDAH. sy suka membaca novel ini kerana jalan ceritanya yg menarik yg m'buatkan sy suka m'bacanya....dan p'akhiran ceritanya juga menarik..dan sy b'harap agar kakak terus b'jaya dlm bidang ini.



Siti Khadijah Abdul Razak
Setelah saya membaca novel anda, ternyata jalan ceritanya adalah baik dan bagus. Namun saya berharap, anda dapat menerbitkan jalan cerita yang lebih romantis. Dan saya berharap, bahasa Inggeris anda dapat dikurangkan kerana yang membacanya juga adalah emak saya. Bahasa Inggeris anda terlalu panjang dan kadang-kadang saya tidak memahaminya.



Inilah antara emel2 pembaca yang saya terima sejak KT berada di pasaran November tahun lepas. Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang sudi membaca dan sudi memberi komen. Komen-komen anda merupakan pencetus semangat saya utk terus berkarya. Saya amat menghargainya...

Wednesday, January 28, 2009

Tagged by Lynn Dayana...

Tag pertama untuk tahun ini... layan aje la, ek?

1. Do you think you are hot?
Hot in what sense? Hot temper? Hot stuff?
Please be more specific…



2. Upload your favourite picture of you.
No favourite picture of me la... picture of my loved ones, can or not?



3. Why do you like that picture?
Nampak santai dan spontan dua beranak ni. Gambar ni saya ambil candid masa diorang tengah leka tengok burung berterbangan di satu waktu senja 5 tahun lepas.

4. When was the last time you ate pizza?
While our Chinese friends are having their 'makan besar'… we also had our large pizza!


5. The last song you listened to?
An old song by Dave Koz... Nothing But The Radio On


6. What are you doing right now besides this?
Buat keje di ofis sambil mengira claim toll & parking saya yg dah 3 bulan tak submit. Di samping itu, turut mengelamun teringat manuskrip ketiga yang masih tersenggut-senggut. Sesekali saya berYM dengan member dan tidak ketinggalan, berSMS dgn husband. Multi skilled betul! Hehe

7. What name would you prefer besides this?
Entah laa… tak de kot!


Kena tag tiga orang, ek?
Sapa lagi saya nak tag? Dah abis semua org kena tagged!
1. Iris Ixora
2. Jogi
3. Hani Fazuha


8. Who is no. 1?
Rakan novelis yang jauh di mata dan tidak pernah bersua muka… tetapi dikenali di alam maya.
9. No. 3 is having relationship with?
Husband dia laa…
10. Who is no. 2?
Bekas rakan sekerja merangkap pendengar setia cerita merapu saya!

Thursday, January 15, 2009

Our 10 + 9 years together...

10 tahun saya berkawan/bercinta dgn dia… dan hari ni genap 9 tahun saya jadi isteri dia. Maknanya, dah 19 tahun saya mengenali dia… tapi itu pun kadang2 saya rasa macam baru kenal aje! Hahaha… wat a confession!

Dalam masa 19 tahun ni… mcm2 pengalaman yg kami lalui. Pahit, manis, payau, masam, masin… kiranya semua kami dah rasa.

Ada kenalan yang kata, kami ni serasi/sejuk… kononnya sebab muka kami hampir serupa. (Ye ke? Itu mitos atau apa? Tapi kenapa kadang2 saya rasa hangat & hangit aje? Haha)

Ada juga yg kata, we complete and comprehend each other. Kononnya kami ni saling melengkapi dan memahami antara satu sama lain. (Memang pun… dia tukang kemas rumah, saya tukang cuci toilet. Dia tukang pergi pasar, saya tukang masak. Kira lengkap dan saling memahami la tu, kan?)

Ada yg mengata, saya selalu buli dia dan dia takut dengan saya. Contoh insiden; saya pernah suruh dia berpatah balik ke KL sebaik saje dia sampai di PD semata-mata krn baju untuk annual dinner saya tertinggal kat rumah. Dan saya tak nak pakai baju lain kecuali baju yang tertinggal itu jugak! (Bukan buli namanya tu… sekadar menguji kesabaran dan membuktikan kecekapan dia memandu! Hehe) Tapi ada jugak yg mengata, saya ni mangsa buli dia. Sehingga melahirkan rasa simpati bila dapat tahu saya terpaksa menghantar kereta dia yang rosak ke bengkel. “Ada ke patut you suruh your wife hantar kereta you ke workshop? Kesian dia…” Tak kurang juga yang kata, saya amat takut pada dia. Kalau saya keluar dgn kawan2, saya org pertama yg akan balik awal. “Apasal kena balik cepat? Takut husband marah ke? Tak kan ada curfew kot?” (Well, put it this way la… he wants me to be an independent and skillful wife. Dan bukan saya takutkan dia, cuma takut consequences nya dan hormati prinsip dia yg selalu menitikberatkan soal masa!)

Ada yang pernah buat spekulasi, kami berdua tak kan bertahan lama. Ini semua kerana; sikap, pendirian, pemikiran dan latar belakang kami yang berbeza. Selalu benar kami tidak sependapat dan bercanggah pandangan. (Oh yes… this is what we call an opposite attraction!)

Ada jugak yang memuji, kononnya kami ni pasangan paling secocok. Kata-kata tersebut mungkin merujuk kepada hobi kami yg suka menjamu selera ke pelbagai restoren dan cafĂ© sbb kami memang suka makan! Atau mungkin gara2 kegilaan kami terhadap kereta, driving dan Manchester United! (Hmm… come to think about it, may be there’s a truth in it. Bukan senang nak dpt suami yg tahu restoren mana yg best dan tak kedekut bab belanja makan lebih2 lagi bila isterinya asyik nak makan sedap2 aje! Atau dapat isteri yang kejutkan suami kalau si suami itu tertidur untuk tengok game MU!)

Ada yg gerun tengok cara kami bergurau... mcm nak bergaduh aje... ala2 brutal! And the words we use, sometimes can be very harsh! Tapi ada jugak yg ketawa dengar kami berseloroh... sekejap ala2 loving couple, sekejap lagi macam boring couple! "Why did I marry you in the first place?" "Ya la... I also wonder why..." Boleh gitu?

Ada yg pernah bertanya, macamana saya boleh bersabar dgn kerenah dan cara dia. Dan tak kurang juga yg menunjukkan rasa kagum kerana dia cukup bersabar melayan kepala angin saya!

Apa-apa pun andaian, spekulasi atau tohmahan… kami cuba pekakkan telinga. Dan usaha kami memekakkan telinga itu, ternyata telah berjaya setakat 19 tahun ini! Alhamdulillah…


Teringat lagu lama yg merupakan salah satu lagu favourite kami…

“We played the games that people play
we made our mistakes along the way
Somehow I know deep in my heart, you needed me
Cause I needed you… so desperately
We were to blind to see
But then most of all
I do love you…
STILL…" by Lionel Richie

Thursday, January 08, 2009

When AHA goes to school...

Cepatnya... tiba-tiba dah masuk hari yg ke lapan dlm tahun 2009 dan hari keempat sesi persekolahan.


Perubahan besar yg berlaku sepanjang 8 hari ni, rutin saya mula bertukar kerana AHA sudah melangkah ke Tahun Satu! Rasa macam baru aje lagi saya enrol dia kat tadika, tetiba dah masuk darjah satu dah budak tu! Gara-gara perubahan tersebut, waktu bangun tidur, waktu keluar rumah, rutin pagi-pagi... semuanya terpaksa diselaraskan supaya AHA boleh sampai sekolah sebelum 7.25am dan saya sampai ofis sebelum 8.40am!


Hari pertama AHA di dalam kelas.



Hari kedua AHA bersekolah ketika bersarapan di rumah. Cranky skit pagi tu...
Hari keempat sewaktu tunggu van sekolah.
Pada hari pertama AHA bersekolah, kami seperti kebanyakan ibu bapa yang bercuti semata-mata utk menghantar anak-anak. Mak bapak sama ramai dengan budak-budak. Hari kedua dan ketiga, saya mula bekerja tetapi husband saya ambil half day off... just to make sure AHA got into the correct school van. Hari ni dan esok... saya pulak yg akan bercuti. Nak pastikan sama ada AHA sudah faham atau tidak dengan rutin barunya yang ditetapkan... balik sekolah, Kumon class, sesi mengaji, waktu makan, bila waktu tidur, bila waktu boleh tengok Cartoon Network dan sebagainya.


Ekoran daripada itu, sudahnya saya yang penat dan lelah, lenguh-lenguh kaki, sakit pinggang kerana berulang alik ke sekolah, ke kelas Kumon, ke rumah kakak ipar utk sesi mengaji, buat kerja rumah, masak, siapkan bekal AHA. And at the same time, cuba jugak selit2 kan masa duduk mengadap lap top utk manuskrip yg ke 3... dan tak lupa juga, still doing my personal errands.


Ini baru uruskan seorang anak... kalau ada tiga anak? Enam anak? Atau sembilan??

I really salute all mothers out there... terutama kepada ibu-ibu yang berkemampuan utk menguruskan lebih daripada tiga orang anak!

SEPERTI ADA CINTA

Blurb: Bertahun menyulam cinta, yang Farra Nuha dambakan hanyalah sebuah mahligai indah bersama Ilhan. Tetapi semakin tiba hari...