Cepatnya... tiba-tiba dah masuk hari yg ke lapan dlm tahun 2009 dan hari keempat sesi persekolahan.
Perubahan besar yg berlaku sepanjang 8 hari ni, rutin saya mula bertukar kerana AHA sudah melangkah ke Tahun Satu! Rasa macam baru aje lagi saya enrol dia kat tadika, tetiba dah masuk darjah satu dah budak tu! Gara-gara perubahan tersebut, waktu bangun tidur, waktu keluar rumah, rutin pagi-pagi... semuanya terpaksa diselaraskan supaya AHA boleh sampai sekolah sebelum 7.25am dan saya sampai ofis sebelum 8.40am!
Hari pertama AHA di dalam kelas.
Hari kedua AHA bersekolah ketika bersarapan di rumah. Cranky skit pagi tu...
Hari keempat sewaktu tunggu van sekolah.
Pada hari pertama AHA bersekolah, kami seperti kebanyakan ibu bapa yang bercuti semata-mata utk menghantar anak-anak. Mak bapak sama ramai dengan budak-budak. Hari kedua dan ketiga, saya mula bekerja tetapi husband saya ambil half day off... just to make sure AHA got into the correct school van. Hari ni dan esok... saya pulak yg akan bercuti. Nak pastikan sama ada AHA sudah faham atau tidak dengan rutin barunya yang ditetapkan... balik sekolah, Kumon class, sesi mengaji, waktu makan, bila waktu tidur, bila waktu boleh tengok Cartoon Network dan sebagainya.
Ekoran daripada itu, sudahnya saya yang penat dan lelah, lenguh-lenguh kaki, sakit pinggang kerana berulang alik ke sekolah, ke kelas Kumon, ke rumah kakak ipar utk sesi mengaji, buat kerja rumah, masak, siapkan bekal AHA. And at the same time, cuba jugak selit2 kan masa duduk mengadap lap top utk manuskrip yg ke 3... dan tak lupa juga, still doing my personal errands.
Ini baru uruskan seorang anak... kalau ada tiga anak? Enam anak? Atau sembilan??
I really salute all mothers out there... terutama kepada ibu-ibu yang berkemampuan utk menguruskan lebih daripada tiga orang anak!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
SEPERTI ADA CINTA
Blurb: Bertahun menyulam cinta, yang Farra Nuha dambakan hanyalah sebuah mahligai indah bersama Ilhan. Tetapi semakin tiba hari...
-
1 BANGLO dua tingkat berwarna coklat cair yang tersergam indah itu telah siap pembinaannya sejak sebulan yang lalu. Dan tiga minggu lep...
-
2 MAJLIS pelancaran kosmetik terbaharu yang diadakan di pusat membeli belah IOI Mall itu sudah berakhir. Artis-artis undangan yang dije...
-
Bertempat di Panggung GSC Pavilion KL, saya berkesempatan menonton tayangan perdana (Premier Show) filem MANISNYA CINTA DI CAPPADOCIA p...
6 comments:
Salam Hezzy,
Mmm, baru tau macam mana uruskan anak ke sekolah ya? I've been doing that for the past 13 years dear... Skrg ni anak bongsu dah tkt 1 n the eldest is in IPT. Tu pun, tiap minggu berkejar ke Gombak (dari Kajang)to fetch her home... Well, I'm sure u can manage...
Salam Kak Durrah,
13 years?? Wow... how did u managed? Tu la pasal... baru skrg saya merasa 'kesibukan dan kepenatan' tersebut. Hope everything will turn up well...
hehehe.. comelnye AHA minum susu sebelum ke sekolah.
hmm.. dulu sy pun kelam-kabut bila anak masuk darjah 1. tapi bila dah biasa ok je.
Salam nacha,
Pagi2 dia nak minum fresh milk, pegi skolah nak bwk Ribena...hehe.
So kiranya, kelam kabut ni perkara biasa la ye? Macam ni, nampaknya saya kena lebih biasakan diri...;P
Alahai bakal menantu aku ... hik hik hik
Salam Abang Long,
Sekarang mamanya yg pening...byk sgt tawaran utk jadikan AHA menantu! Hahaha
Post a Comment