Thursday, January 15, 2009

Our 10 + 9 years together...

10 tahun saya berkawan/bercinta dgn dia… dan hari ni genap 9 tahun saya jadi isteri dia. Maknanya, dah 19 tahun saya mengenali dia… tapi itu pun kadang2 saya rasa macam baru kenal aje! Hahaha… wat a confession!

Dalam masa 19 tahun ni… mcm2 pengalaman yg kami lalui. Pahit, manis, payau, masam, masin… kiranya semua kami dah rasa.

Ada kenalan yang kata, kami ni serasi/sejuk… kononnya sebab muka kami hampir serupa. (Ye ke? Itu mitos atau apa? Tapi kenapa kadang2 saya rasa hangat & hangit aje? Haha)

Ada juga yg kata, we complete and comprehend each other. Kononnya kami ni saling melengkapi dan memahami antara satu sama lain. (Memang pun… dia tukang kemas rumah, saya tukang cuci toilet. Dia tukang pergi pasar, saya tukang masak. Kira lengkap dan saling memahami la tu, kan?)

Ada yg mengata, saya selalu buli dia dan dia takut dengan saya. Contoh insiden; saya pernah suruh dia berpatah balik ke KL sebaik saje dia sampai di PD semata-mata krn baju untuk annual dinner saya tertinggal kat rumah. Dan saya tak nak pakai baju lain kecuali baju yang tertinggal itu jugak! (Bukan buli namanya tu… sekadar menguji kesabaran dan membuktikan kecekapan dia memandu! Hehe) Tapi ada jugak yg mengata, saya ni mangsa buli dia. Sehingga melahirkan rasa simpati bila dapat tahu saya terpaksa menghantar kereta dia yang rosak ke bengkel. “Ada ke patut you suruh your wife hantar kereta you ke workshop? Kesian dia…” Tak kurang juga yang kata, saya amat takut pada dia. Kalau saya keluar dgn kawan2, saya org pertama yg akan balik awal. “Apasal kena balik cepat? Takut husband marah ke? Tak kan ada curfew kot?” (Well, put it this way la… he wants me to be an independent and skillful wife. Dan bukan saya takutkan dia, cuma takut consequences nya dan hormati prinsip dia yg selalu menitikberatkan soal masa!)

Ada yang pernah buat spekulasi, kami berdua tak kan bertahan lama. Ini semua kerana; sikap, pendirian, pemikiran dan latar belakang kami yang berbeza. Selalu benar kami tidak sependapat dan bercanggah pandangan. (Oh yes… this is what we call an opposite attraction!)

Ada jugak yang memuji, kononnya kami ni pasangan paling secocok. Kata-kata tersebut mungkin merujuk kepada hobi kami yg suka menjamu selera ke pelbagai restoren dan café sbb kami memang suka makan! Atau mungkin gara2 kegilaan kami terhadap kereta, driving dan Manchester United! (Hmm… come to think about it, may be there’s a truth in it. Bukan senang nak dpt suami yg tahu restoren mana yg best dan tak kedekut bab belanja makan lebih2 lagi bila isterinya asyik nak makan sedap2 aje! Atau dapat isteri yang kejutkan suami kalau si suami itu tertidur untuk tengok game MU!)

Ada yg gerun tengok cara kami bergurau... mcm nak bergaduh aje... ala2 brutal! And the words we use, sometimes can be very harsh! Tapi ada jugak yg ketawa dengar kami berseloroh... sekejap ala2 loving couple, sekejap lagi macam boring couple! "Why did I marry you in the first place?" "Ya la... I also wonder why..." Boleh gitu?

Ada yg pernah bertanya, macamana saya boleh bersabar dgn kerenah dan cara dia. Dan tak kurang juga yg menunjukkan rasa kagum kerana dia cukup bersabar melayan kepala angin saya!

Apa-apa pun andaian, spekulasi atau tohmahan… kami cuba pekakkan telinga. Dan usaha kami memekakkan telinga itu, ternyata telah berjaya setakat 19 tahun ini! Alhamdulillah…


Teringat lagu lama yg merupakan salah satu lagu favourite kami…

“We played the games that people play
we made our mistakes along the way
Somehow I know deep in my heart, you needed me
Cause I needed you… so desperately
We were to blind to see
But then most of all
I do love you…
STILL…" by Lionel Richie

14 comments:

nacha said...

happy anniversary. semoga berbahagia & berkekalan di dunia & akhirat

Hezzy Azra... said...

Salam nacha,
thank u... thank u... mudah-mudahan. Semoga kita semua mampu mempertahankan ikatan ini sehingga akhir hayat...Amin

EYA ZAMANI ZAITEE said...

Salam UlangTahun Juga , tulis taip kak h ezzy pyedap ati isteri2 yg memahami...hppy slalu

Hezzy Azra... said...

Salam EYA ZAMANI ZAITEE,
Terima kasih... lebih2 lagi klau entry ni boleh menjadi penyedap hati isteri2 yg memahami. (Tapi masa akak tulis entry ni... memang tulis ikut sesedap hati jer... hehe)

Damya Hanna~ said...

ehem2 romantiknye entry... huhu... happy anniversary wat kak hezzy & hubby...moge hubungan kekal ke akhir hayat. AMIN!!!

Hezzy Azra... said...

Salam Damya Hanna,
Dik... betul ke romantik? Hehe...tetiba rasa nak jadi jiwang karat la pulak!
Neway, thank u 4 the wish...

chEntA said...

Akak!!
happy anniversary..mOga-mOga berkekalan hingga akhir hayat hendaknya!!~

Hezzy Azra... said...

Salam chEntA,
Thank u dik! Begitulah yg akak harapkan jugak...

Anonymous said...

I know I'm late. But congrats!! Wah... 19 years ye? You should write a book about your life, tapi exaggerate sikit lah, msukkn villain and stuff. hahaha. Jarang sekali Ki baca buku fasal couple that have been together years dah tu kahwin. Habis2 yg Ki baca, bercinta dengan this guy dah tu tup tup kahwin dengan yg lain lah pulak. Ish...

Ki dgn si dia baru 5 years together, been together since I was 15. hahaha. Teringin jugak nnti Ki nak rasa macam kak... With the same guy for ages. Romantiknye!!

Hezzy Azra... said...

Salam Kiki,
Thank u... thank u...tak lambat la... expiry date utk anniversary wish ni pada January 2010! Haha

Write a book abt it? Aiyah... takut la! Afraid that I tend to be so open pulak nanti... habis semua cerita! Hahaha. Cukuplah kalau diselitkan sikit-sikit dalam novel yg sudah/bakal ditulis :)

Congrats to you for the '5 romantic years'! But still there's a long way to go girl! Mudah2an Ki kekal hingga ke gerbang perkahwinan...

Anonymous said...

Salam kak, (haha, dah terikut2 lah pulak)

hahaha. tempoh expiry selama setahun ye? hahaha.

Alah kak... tak payah le exact2... just the fact that long term relationship pun boleh bahagia... :P Kak ada pernah baca book fasal couple cam tu ke? Rekomen sikit :p

Thanks, Kak... kahwin tu mungkin lama lagi... Kewangan masih belum stabil. :p 20 years old sekarang ne, mungkin dalam 5-7 years nanti. :P (Dah rancang dah :P )

I can't wait for your new novel. Hope every year kluarkn novel ye... hehehe

Hezzy Azra... said...

Salam Ki,

Baca novel pasal long term relationship?? Hmm... not tat I remember of...

Take ur time... even akak dulu pun kawin at the age of 27... bila dah stabil not just kewangan but also mental dan emosi! Hahaha

New novel? Sabar menanti ye? As it is now, I'm in the midst of writing it... very slow this time around! uhuk...uhuk...

Anonymous said...

Oooh... 27 eh? So, now, you're about 36 lah ye? Wah... You look 20. Honest. My sister thought you're still in your teen. haha.

Yes, yes... Ki sentiasa sabar menanti. :p Sekarang ne ki baru habis baca buku debut dari Rania Firdaus, I think that's her name... the book - Cinta Dua Jiwa, I think... ehe..

Nice book and one of the character has the same name as mine... my real name, and one other character has the same name as my boyfriend's. hahaha. What a nice coincidence eh? Nama Ki agak jarang dgunakan, and most of the teachers mispronounce my name. hahaha. Ketawa je Ki bila baca the book. Kata orang Brunei, iski. hahaha

Hezzy Azra... said...

Kiki,

Tua already lah... hehe... yup, going to be 36 in 5 mths time! Mana pulak macam rupa 20 tahun?...

Rajinnya Ki... one book after another. You must be a fast reader then!

Oh is it? Wat's your real name? Mana la tahu, kot akak nak pakai dalam next novel ke? Hehe. My real name... dari dulu sampai sekarang most people cannot pronounce correctly! Hmmm...

SEPERTI ADA CINTA

Blurb: Bertahun menyulam cinta, yang Farra Nuha dambakan hanyalah sebuah mahligai indah bersama Ilhan. Tetapi semakin tiba hari...