Monday, April 27, 2009

Di PWTC ~ 17, 24 & 25 April 2009

Let's wrap up the news...


Pesta Buku Antarabangsa KL 2009 telah berakhir semalam. Menjelang dan sepanjang pesta buku berlangsung memang saya tak berapa sihat sangat.




Pada 14hb & 15hb April, saya berehat di wad DSH... gara-gara terlebih buat 'stunt' masa turun tangga! Bahananya, saya tergolek jatuh dari anak tangga yang ke tujuh hingga ke bawah! Anda dapat bayangkan?? Kira macam ni lah... babak di mana seorang watak jahat menolak heroin nya yang sedang turun tangga hingga tergolek ke anak tangga terakhir... macam dlam Sinetron tu! Hahaha. Tapi sebenarnya, tak de sesiapa yang tolak saya... saya yg terjatuh sendiri masa terkejar-kejar nak pergi kerja!




Saya called husband yang dh sampai di pejabat masa tu. Sekadar nak beritahu saya jatuh, tak suruh pun dia balik. Masa tu, saya dah start enjin kereta nak pergi kerja dan bayangkan betapa saya perlu memecut di hiway nanti sebab dah lewat! Tapi husband saya kata "You stay where you are... just wait for me. Kita pergi DSH buat X-Ray!"





Alhamdulillah... as the X-Ray result... no breaking bones, no fracture or what so ever. It's just that... I've got bruises here and there. Bila berjalan tak sakit sangat tapi bila duduk dan kemudian nak bangun... terasa jugaklah sakit sikit-sikit. Kalau ikutkan tak admitted pun tak apa. Tapi husband saya tak berpuas hati kalau saya tak 'diperiksa' habis-habisan. Lebih-lebih lagi bila BP saya naik sehingga 150/120 sedangkan saya tak ada medical history of hypertension. Mungkin kesan daripada 'kejatuhan' saya tu kot. Kata husband saya "More reasons why you should be admitted and being put under observation!" Dah dia cakap gitu... sebagai isteri yg patuh...(haha) ok la, masuk aje la ke wad! Bukan duit saya yang bayar pun, kan? Hehe




Saya diberi MC tiga hari. Pada hari Jumaat 17hb, saya masuk ke ofis semula sebelah pagi. Lepas lunch, saya ke PWTC untuk menyertai Kak Durrah Fatiha yg sudah pun berada di booth ALAF 21. Kami sempat lunch sama sebelum Kak Durrah balik sbb ada urusan. Tinggallah saya seorang diri. Mujur ada Mersik, ahli geng kicap dan ulat buku yang datang menyapa. Terima kasih saya ucapkan. Antaranya Rinn, Dyea, Kak Noor dan Nacha yang sudi berborak dengan saya.























Sepanjang minggu lepas, saya diserang batuk dan selsema yang agak teruk. Hidung dah hilang fungsi sebagai deria bau... asyik tersumbat. Batuk saya mengalahkan orang heavy smoker! Suara pun sekejap tak ada... sekejap ada... serak-serak macam rocker! I really didn't sound well! Tapi dah tak boleh MC... by hook or by crook saya kena masuk ofis. Kerja saya sedang menimbun. Tapi sempat jugaklah melarikan diri ke PWTC sekali lagi pada petang Jumaat 24hb berjumpa kawan-kawan dan mereka yang sudi membaca karya saya.


























Pada hari Sabtu 25hb, saya menjenguk ke PWTC untuk kali yg terakhir. Saya sampai pkl 2, mmg tengah ramai orang masa tu. Kali ni, lebih ramai kenalan novelis yang turun. So, kami berpeluang lunch sama-sama, berborak dan bergambar.




















Sebagai penulis kecil-kecilan... ini merupakan kali kedua saya menyertai barisan penulis novel ALAF yang lebih senior. Terima kasih kpd ALAF21 yang menjemput saya utk merasai kemeriahan Pesta Buku KL 2009. Dan juga kepada rakan-rakan penulis yang sentiasa bertanya khabar "dah sampai chapter mana? brp mukasurat?" Soalan-soalan yang memberi peringatan kepada saya... sesungguhnya... I still have a loooonnnngggg way to go as an established writer!

2 comments:

Abang Long said...

Ya suara Hezzy memang kedengaran agak 'rockers' sedikit, tapi masih sedap didengar ... pewitttttt ....

Baru kali ini dapat berbual agak lama, dan Abang long rasa puas dapat 'bergaduh' .... hahahahahahaha

Eh ... April Fool dah lepas ke ?

Hezzy Azra... said...

Salam Abg Long,
Macam rocker? Lupa lak nak sebut 'pewitttt' hari tu! Hehe

So, nak 'gaduh' lagi ke?? Hehe. Lain kali kita gaduh kat restoren briyani seksyen 7... sbb saya tak jumpa pun review yg abg long katakan ari tu...

Hello... ni dah nak masuk Ist May ler... hari buruh... bukan april fool lagi! Hehe

SEPERTI ADA CINTA

Blurb: Bertahun menyulam cinta, yang Farra Nuha dambakan hanyalah sebuah mahligai indah bersama Ilhan. Tetapi semakin tiba hari...