Waa... hampir dua minggu saya menyepi dari dunia blogging. Selain daripada tak ada mood untuk menulis sebarang entry, saya juga kesuntukan masa untuk kerja2 mengemaskini blog sendiri.
Foto2 di bawah ini menjelaskan kenapa saya macam tak cukup masa aje sejak kebelakangan ni.
5, 6 & 7 June
Menghadiri ESQ di PICC.
Bersama bonda Ilyani Maisarah, Kak Meen Zulaikha, Kak Eka Fahara, Hani Fazuha dan Lily Suriani, Kak Haiza Najwa dan En Norden.
Terima kasih kepada pihak ALAF21 yg memberi peluang utk saya menghadiri seminar ESQ ini. Satu-satunya seminar yang membuatkan hati saya sebak dan mata saya bergenang!
8 & 9 June
Budak2 lain lazimnya tidur di hotel sempena cuti sekolah baru-baru ni. Tapi AHA terpaksa tidur di hospital satu malam. Alhamdulillah... the operation went as planned. It was just a minor surgery, actually. Cuma nak membuang satu ketumbuhan di leher kirinya. Tapi kerisauan saya tetap di tahap yg tinggi bila temankan dia masuk operation theater. Sedangkan dia relax aje... masih terkinja-kinja lagi sebelum masuk OT. Siap boleh tanya saya... "Mama, pukul berapa nak masuk OT ni? Kenapa Dr Razak lambat?"
Terima kasih kpd rakan2 yg bertanya khabar AHA. Terutama Kak Eka Fahara yg dtg ke DSH dengan membawa toy yg 'dijahit' sendiri dan belon GET WELL SOON yang 'ditiup' oleh suaminya! Hehe
10,11 & 12 June
Dek kerana dah beberapa hari bercuti tak masuk ofis, kerja saya pun berlambak bila kembali ke meja. Tak cukup meja sendiri, meja orang lain pun saya sepahkan! Dan bila saya bawak balik kerja ofis ke rumah, husband saya gelakkan saya! Sebab sebelum ni bila dia buat macam tu, saya akan cakap pada dia, "Tak cukup ke you duduk kat ofis dari pukul 7.30 pagi hingga 5.30 petang buat kerja? Cuma orang2 yang tak pandai time management aje yg bawak balik kerja ofis ke rumah!" Hah... sekarang kan dah kena batang hidung sendiri!
13 June
Perjumpaan di D'Palma Hotel Shah Alam antara ALAF 21 dan para novelis. Havoc jadinya bila dah lama tak bersua muka dengan rakan penulis.
Bersama Lily Suriani, Eka Fahara, Lynn Dayana, Dhiya Zafira, Aleya Aneesa, Shanika Latisha, Hani Fazuha, Liza Zahira, Hasreeyati Ramli, Fatin Nabila & Aida Adriani
Inilah antara penulis yang hadir. Ramai lagi yg datang tapi saya tak sempat nak bergambar sbb tak boleh lepak lama-lama. Kena rush balik utk kenduri kahwin sepupu saya.
Ini gambar AHA dgn sepupu-sepupunya di atas pelamin. Gambar pengantin bersanding belum sempat upload... terpaksa cilok drp camera kakak saya lepas ni. Sebab saya sampai agak lewat, masa tu pengantin pun dah tukar baju biasa!
Itulah alkisahnya sepanjang dua minggu ni...
Monday, June 15, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
SEPERTI ADA CINTA
Blurb: Bertahun menyulam cinta, yang Farra Nuha dambakan hanyalah sebuah mahligai indah bersama Ilhan. Tetapi semakin tiba hari...
-
1 BANGLO dua tingkat berwarna coklat cair yang tersergam indah itu telah siap pembinaannya sejak sebulan yang lalu. Dan tiga minggu lep...
-
Memang sesuatu yg tak disangka, bila sebulan yg lalu, Ziana (Alaf 21) 'menjemput' saya menyertai barisan penulis otai ALAF utk ke Br...
-
Bertempat di Panggung GSC Pavilion KL, saya berkesempatan menonton tayangan perdana (Premier Show) filem MANISNYA CINTA DI CAPPADOCIA p...
No comments:
Post a Comment