Monday, October 12, 2009

AHA's Birthdays...

2003- 1st Birthday @ Mak Long's house.
Muka tak reti apa-apa... lebih sibukkan kotak Secret Recipe tu daripada kek depan mata.



2004 - 2nd Birthday @ Grandad's house
Blurry face! Colourful ballons... Barney cake, clowns... but wait... what's going on, mama?2005 - 3rd Birthday @ Grandad's house
Masa ni dah pandai sikit tiup lilin w/pun masih memerlukan pertolongan papa.
2006~4th Birthday @ Wa's house.
Sambutan di bulan Ramadhan selepas waktu berbuka.
2007 - 5th Birthday at Wa's house
Masih sambutan birthday di bulan Ramadhan. Kecil-kecilan aje. Potong kek selepas berbuka. Muka mama pun berminyak-minyak masa tu sebab baru balik kerja.






2008 - 6th Birthday @ Wa's house
Masa ni meriah sikit. Ramai jiran dan sedara-mara. Mama malas nak buat majlis... so, kita tumpang Wa punya open house aje, okay?! Hehe.



2009 - 7th birthday @ own house.
Tahun ni mama rajin sikit dari kebiasaan. Hehe. Kita buat birthday kat rumah kita, tapi cuma sepupu-sepapat aje. Rumah sekangkang kera kita tak boleh nak accomodate 500 jemputan kan sayang! Haha. InsyaALLAH... ada rezeki tahun depan kita buat kat pool side! Chewah... besar hajat! Tapi tak tahulah jadi ke tidak...




Alhamdulillah... hari Sabtu lepas bersamaan 10hb Oktober, AHA genap 7 tahun.

Teringat masa nurse tunjukkan dia pada saya sebaik saja dilahirkan. Bila tengok muka dia terus terdetik di hati... "Ikut muka siapa anak aku ni... awat macam anak Chinesse je? Tak kan kenan muka Park Ju Song kot (Korean & MU player tu)?" Masa mengandungkan dia, saya punya favourite past time memang tengok bola! Hehe. But as time goes by, muka dia pun dah berubah... sampai sekarang ni dah tak tahu ikut muka siapa. Tapi mujurlah bukan muka Park Ju Song! Hehe.



Dia baru 7 tahun, tapi kadang2 bercakap dengan dia, rasa macam bercakap dengan budak 17 tahun!!

AHA: Mama... nak dapat lesen kereta, bila umur dah berapa tahun?
Saya: 17 tahun
AHA: Nanti mama cakap kat papa... jangan jual kereta papa tu. Nanti dah 17 tahun, bila dah dapat lesen, nak drive kereta papa! Kereta mama tak best!
Saya: (Antara nak marah dan nak ketawa! Ada ke dia kata kereta mama tak best! Dan macam la kereta papa dia boleh tahan lagi 10 tahun! Haha)

~ ~ ~

Saya: Awak nak sahur apa esok?
AHA: Roti sapu butter dengan minum fresh milk
Saya: Mana cukup makan roti aje. Nanti awak tak tahan puasa sampai petang. Bila balik sekolah, complaint lapar. (Dan saya pun mula berleter.... bla...bla...bla) Esok mama buat scramble egg, goreng hot dog, roti bakar...bla...bla...bla...
AHA: Ok...ok... whatever!! (Siap dengan muka bosan, jeling2 mata sebab saya dah mula leterkan dia!)
Saya: (Grrr.... geramnya! Rasa nak cubit-cubit mulut dia!!)

~~~

Papa: Cepat kemas buku awak... nanti mama marah!

AHA: Okay... okay (kelam kabut kemas buku dia!) Ha'ah kan, nanti bila mama marah, darah mama naik... telinga mama pun keluar asap!

Saya: (Masa tu kat dapur, tak tahu nak gelak ke nak marah dengar dia cakap macam tu!)

Apa-apa pun, dalam rasa marah dan nak cubit mulut dia... she's still the only love I have. Doa saya masih sama, semoga dia menjadi anak yang solehah dan berjaya di dunia dan akhirat. AMIN...

8 comments:

HanaHideaki said...

salam kak hezzy...
heppy belated besday for AHA...may ALLAH bless her always...wishing her all the best..:)

Elinna said...

happy belated bday to AHA.

Sorry aunty linn tak dpt dtg.

Hezzy Azra... said...

Salam hana,
Thank u for the wish...:)

Hezzy Azra... said...

Linn,

Tak pe... tau aunty linn busy. U knw wat, sejak menginjak 7 tahun ni, lagi mcm2 perangai dia...stress I! Haha

Eka Fahara said...

Happy belated birthday to AHA.... sorrylah mak mentua lambat wish.... Semoga AHA menjadi anak yang soleh dan di selalu di bawah peliharaanNYA. Amin.Oh Ya! Mesti best pi holidaykan?

Hezzy Azra... said...

Kak Eka,

Tak pe, tau mak mentua busy semacam lately! Hehe.
Neway, thanx for the wish and the doa... amin.

Yup.. the place is so beutiful, Nexus Karambunai. Nnt ada masa, saya upload gambar...

Anonymous said...

hahaha. Cutenya anak Kak Hezzy!

Hezzy Azra... said...

Ki,

Cute?? Tq. Kawan bertekak tu... ada je benda dia nak argue dgn I!

SEPERTI ADA CINTA

Blurb: Bertahun menyulam cinta, yang Farra Nuha dambakan hanyalah sebuah mahligai indah bersama Ilhan. Tetapi semakin tiba hari...