Monday, December 21, 2009

Bila AHA bercuti...


Sejak cuti sekolah bermula, tiap-tiap hujung minggu, AHA memang tak pernah lekat di rumah. Dia akan pergi rumah Wa (mak saya) atau ke rumah mak long (kakak saya). Ke sana, ke mari... pergi shopping mall dan tengok wayang dengan sepupunyalah, ikut mak saya pergi rumah orang kahwin la, ikut kakak saya balik kampunglah... banyak betullah aktiviti dia.



Bagi saya, as long as she's happy with all her cousins and sleep well with Wa every night (tanpa sebarang rengekan hendakkan tangan saya untuk dipeluk)... saya tak kisah. I know she'll be okay.



Untuk sesi kali ini, dia sudah berada di rumah mak saya sejak hari Khamis minggu lepas. Sepatutnya dia balik ke rumah hari Ahad (semalam). Saya pun pergilah ke rumah mak, ingat nak bawa dia balik... but at the end, she refused to go back! Rupanya dia telah merancang untuk ikut kakak saya sekeluarga bercuti ke Bukit Merah Laketown bersama mak saya sekali. Amboi... panjang betul langkah anak dara saya kali ni!



Tak diizinkan... kesian pulak pada dia. Sepupu-sepupu semua dah mengajak dan dia pun excited bukan main lagi. Tapi kalau diizinkan... alamak, lamanya saya tak tengok dia! Walaupun hubungan saya dengan dia... bak kata husband saya... 'you and your daughter is a love-hate relationship' (sebab dia selalu nak cari pasal dengan saya... selalu nak buat saya leterkan dia. One minute, dia akan kata 'tak nak kawan dengan mama' bila kehendak dia saya tak turut. But the next minute, dia boleh cakap 'I love you mama.... muahhah!) Tapi itu tak bermakna saya okey bila tak jumpa dia berhari-hari!



After taking into consideration... akhirnya, kami izinkan jugak dia ikut kakak saya. Mereka bertolak pagi tadi. Dan sekarang, kami suami isteri macam mati kutu pulak dah bila dia tak ada di rumah. Rasa sunyi pula bila dia tak ada untuk dileterkan... hehe. Kadang-kadang rasa malu jugak dengan jiran... anak seorang aje, tapi kecohnya bukan main lagi. Tapi itu memang realiti... kebisingan saya di rumah macam kebisingan menjaga tiga orang budak! Haha. Dan selalunya during weekdays, saya breakfast dengan dia sebelum pergi kerja. Cepat-cepat siapkan dia sebelum hantar ke rumah kakak ipar saya. Tapi tadi saya breakfast seorang diri... was not in a hurry at all. Syahdu pula rasanya...



So, what have I/we done for the past 3 days while she was not at home?

1) Pergi keluar joging lepas subuh. Sebab kalau ada AHA, kesian nak kejutkan dia pagi-pagi ajak cycling sementara kami berjoging.



2) Makan dekat mana-mana aje. Tak payah memilih restoren kerana tak perlu melihat menu yang bersesuaian dengan selera AHA.


3) Saya dapat pergi spa bersama kawan... berJacuzi, bersauna, body scrub/mask/massage.


4) Menaip manuskrip sehingga 20 mukasurat! Kejayaan yang sudah lama tidak dikecapi! Haha





And what I/we plan to do until she comes back from Taiping?



1) Balik kerja lewat.... sebab balik cepat pun dia tak de kat rumah untuk dilayan



2) Kalau balik cepat dari ofis pun... kami nak berjoging atau main squasy



3) Makan di restoren yang dah lama kami tak pergi



4) Menulis lagi 40 mukasurat... then saya boleh TAMATkan manuskrip yang sudah lama tertangguh ni!



P/S: AHA just called me about one hour ago..."Mama, skrg ni dekat Tapak (as in Tapah)... tengah makan Baskin Robbins!"

2 comments:

ina said...

hezzy,wah!honeymoon sakan la ye. AHA pun tau sporting kat mak dia. suruh mak dia kumpul suara lepas dia balik nanti..hehehe

Hezzy Azra... said...

Salam Kak Ina,
Haha... ye la tu honeymoon!
Bila AHA balik... terkejut tgk dia yg dh tanned, suara serak... betul2punya holiday dia dgn sepupu dia! :)

SEPERTI ADA CINTA

Blurb: Bertahun menyulam cinta, yang Farra Nuha dambakan hanyalah sebuah mahligai indah bersama Ilhan. Tetapi semakin tiba hari...