Alhamdulillah… akhirnya saya berjaya juga menulis perkataan TAMAT untuk manuskrip ketiga saya pada 1.1.2010 bersamaa 15 Muharam 1431 pukul 9.21pm!
Lepas ni, nak touch-up sikit-sikit lagi, check spelling… bila betul-betul dah puas hati, baru saya hantar kpd editor.
Rasa beban kerja saya sudah selesai. Kerana manuskrip ini paling letih utk menghabiskannya. Ianya memakan masa paling lama utk saya siapkan. Bayangkan… saya mula menulis pada September 2008 hingga Januari 2010 baru habis… 1 tahun 4 bulan!! Mak ooii… lama betui!! Jauh berbeza dgn MK yg hanya memakan masa 5 bulan dan KT pula 6 bulan.
Can’t blame anyone for this delay. Semuanya salah diri sendiri! Selain daripada kekangan masa dan ada ketika, kekangan idea, saya juga pernah berhenti menulis selama lebih 3 bulan. Atas alasan… penyakit malas menjadi-jadi! Hehe… teruk betul!
Bila dah rajin semula, saya cuma dapat menulis satu minggu satu bab. Macam driving 50km/j… Oh… tat is very bad!! Saya cuba speed up… target saya, 1 bab maximum 2 hari. Jaga seawal pukul 4 pagi untuk menulis atau bersengkang mata tak tidur sepanjang malam Ahad. Mula-mula menjadi jugak strategi saya tu. Tapi lambat-laun… gone case!! Saya penat… kerana di kerja ofis pula makin bertimbun.
Itu tak termasuk bila berlakunya hari kelepasan am atau sebarang cuti yang memaksa saya turut ‘bercuti’ daripada menulis. Hah… cuti anniversary, cuti honeymoon, cuti sakit saya masuk hospital, cuti sakit AHA masuk hospital, cuti raya, cuti sepupu kahwin, cuti-cuti Malaysia!! At the end… baru tersedar yg saya sudah jauh tersasar dari the original target date!!
Semasa cuti sekolah ni, barulah saya berpeluang pulun habis-habisan. Bersaing secara sihat dgn Lynn Dayana yg sedang menulis novel ke 4-nya. Kami akan berSMS setiap kali berganjak mukasurat. At one point, she was way behind me. Kemudian, dia semakin menghampiri. Tup… tup… saya kalah di saat-saat terakhir!!! Dia dah siap hantar… saya masih menulis bab-bab penutup!! Adus… terus betul saya ni! Apa-apa pun tahniah pada dia… di atas kejayaan dan semangat juang yg tinggi!
Fuh... lega!! Now, it’s time to take a short break and take a deep breath. Lupakan sekejap bunyi ngauman ‘the blue car’, keharuman roti kismis dan mihun sup, roll cage dan parking lot! Hehe.
Sempena ‘kejayaan’ saya menulis perkataan ‘TAMAT’… I gave myself a treat. Pergi melepaskan lelah sekejap di PD & Melaka hujung minggu baru-baru ni.
Argh… boringnya… lagi-lagi PD… asyik-asyik Melaka. Ye laa.. terasa nak tengok laut… kira PD antara yang dekat. Terasa nak makan ikan bakar… Umbai atau Alai pilihan tepat! Hmm…. and tat reminds me of Zaha-Fariq dlm MK… makan ikan bakar kat Umbai! Hehe
After this, time to generate the mind again... kena fikirkan novel seterusnya. Nak buat cerita pasal apa pulal? Love story, again... huh? Kalau kisah 'chenta', apa konfliknya? Siapa pula yang akan jadi 'mangsa' untuk inspirasi hero saya kali ni??? Hmm...
Monday, January 04, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
SEPERTI ADA CINTA
Blurb: Bertahun menyulam cinta, yang Farra Nuha dambakan hanyalah sebuah mahligai indah bersama Ilhan. Tetapi semakin tiba hari...
-
1 BANGLO dua tingkat berwarna coklat cair yang tersergam indah itu telah siap pembinaannya sejak sebulan yang lalu. Dan tiga minggu lep...
-
Memang sesuatu yg tak disangka, bila sebulan yg lalu, Ziana (Alaf 21) 'menjemput' saya menyertai barisan penulis otai ALAF utk ke Br...
-
Bertempat di Panggung GSC Pavilion KL, saya berkesempatan menonton tayangan perdana (Premier Show) filem MANISNYA CINTA DI CAPPADOCIA p...
2 comments:
Tahniah hezzy! tahniah! At last ayat TAMAT selamat di taip. hehehehehheheheeh
Tq Kak Eka! Lega betul rasanya bila dah taip perkataan TAMAT tu. For the time being bleh relax jap... sblm memikirkan bila nak publish & feed back yg akn diterima!
Post a Comment