Friday, August 21, 2009

Berkongsi gembira

Bertempat di Hotel UiTM pada hari Rabu lepas (19th August), kami para novelis ALAF 21 beramai-ramai memeriahkan majlis pelancaran novel Aleya Aneesa.



Had a good time catching up with each other. Good to see those in red, gold and white. Seronok tengok adik seorang ni yang telah berjaya menghasilkan lima novel dalam masa lima tahun. Tahniah untuk Aleya!



Berikut ini gambar2 yg sempat dirakamkan. Tak nak cerita banyak-banyak sebab saya tgh byk kerja sekarang ni. And futhermore, I am really not in a mood to write anything else rather than my 3rd manuscript! (Fuyo... sungguh saya tidak percaya saya boleh buat kenyataan sebegitu! Haha) Sekali gus, saya minta ampun banyak-banyak kpd mereka yg hantar email dan masih tidak dpt balasan drp saya. InsyaALLAH, I'll find the time to reply.


Bersama yang diraikan pada hari itu... Aleya Anessa




Bersama yang menyempurnakan majlis pelancaran tersebut... Erra Fazira!

Wednesday, August 12, 2009

H1N1

Got this email from a friend and would like to share this little info with all of you readers.



Apa itu H1N1?

Viral novel influenza type A H1N1. Ianya berasal dari virus avian flu (selsema burung H5N1) yang telah menjangkiti babi @ khinzir dan telah bergabung dengan swine flu (yg sepatutnya hanya menjangkit ternakan babi sahaja) dan telah evaluasi (mutasi) untuk penyesuaian diri di dalam 'host' yg lebih tinggi di dlm rantaian makanan @ manusia. Dan semasa di dlm badan manusia, sekali lagi ia berevolusi supaya ia menjadi 'air born' dan menjangkit dr manusia kpd manusia.



Jangka hayat virus.

Oleh kerana ia adalah viurs yg 'air born', ia hanya boleh bertahan di udara selama 2 hingga 8 jam sahaja. Jika selepas tempoh tersebut ia idak mendapat perumah @ host( badan manusia) ia akan mati.Maka bilik yang dibiarkan selama 24 jam dengan air ventilation yg baik....akan 'bersih' dr virus tersebut.



Virologi virus H1N1

Incubation period yg singkat pada purata 2 hari. Dgn julat 1 - 4 hari ini bermakna ia cepat menyerang badan manusia setelah ia menjangkit pesakit. Pesakit akan menunjukkan simptom selepas 1 hari dijangkit paling cepat dan selewat2nya hari ke-4. H1N1 sebenarnya adalah selsema biasa namun kpd pesakit yg berisiko, ia dapat membunuh. Jika pesakit adalah seorang yg normal, ia hanya akan memberi kesan seperti demam selsema biasa dan batuk.



Cara serangan virus

Ia boleh disebarkan melalui batuk, bersin dan percakapan virus ini akan menyerang sistem pernafasan ( seperti selsema burung dan SARS) peringkat awal. Ia hanya pada 'trakea' jika tidak mendapat rawatan awal, ia akan menyerang paru2 dan boleh menyebabkan kematian akibat 'lung collapse' ia amat merbahaya kpd golongan yg berisiko tinggi.



Siapa yang berisiko

1.orang yg ada masalah 'obesiti' @ gemok

2.perempuan yg mengandung

3.orang yg ada athmatic

4.orang2 yg bermasalah dgn sistem imunisasi ( menjalani 'operation yg besar', kanak2 yg belum cukup suntikan imunisasi, golongan2 yg rendah tahap imuniti eg. HIV ext.)



Simptom-simpton

2 day 1 - rasa kurang sihat, tak bermaya

Day 2 - selsema, batuk dan demam yg kekal ( demam tidak turun walaupun telah mkn ubt demam)

Day 3 - rasa kurang selesa di bahagian dada dan sesak nafas

Day 4 - sakit dada yg teruk....... .jumpa doktor dengan segera

Day 5 and above- lung collapse atau koma



Langkah-langkah kawalan

1 - golongan2 yg berisiko, elakkan drpd kesesakan ( kawasan yg padat dgn orang ramai)

2 - menjaga kebersihan diri, basuh tangan selalu dan dgn betul, jaga kebersihan rumah dan persekitaran

3 - elakkan diri jika terdapat orang batuk, bersin dan kurang sihat

4 - jika kurang sihat, elakan diri dari beraktiviti (sosial dan berkumpulan)

5 - jika kurang sihat dan ada ILI ( influenza light illness @ selsema biasa) jgn hadirkan diri di kawasan orang ramai. Jika terpaksa, pakai 'mask' (sekurang2 nya 3 ply mask)

6 - utk org yg sihat, elakkan dari kawasan yg padat

7 - jika ada tanda2 simptom di atas, segera ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan

8 - jika sihat, jgn ke hospital atau klinik utk 'checkup' kerana di kawasan tersebut mengandungi bnyk virus

9 - tak perlu ambil anti-viral atau apa2 ubt influenza. Jika sihat dan mengambilnya, akan mengakibatkan resistan kpd vaksin @ ubt2 untuk merawat jika terkena jangkitan. Ini adalah kerana berlakunya resistansi virus terhadap persekitaran badan yg telah mengambil ubat2 tersebut terlebih awal

10 - tahap kesedaran dan pengetahuan yg tinggi amat perlu utk kita sama2 menghadapi outbreak ini.

Sama2lah kita berdoa kpd ALLAH s.w.t agar bala ini cepat berlalu. Amin.

Tuesday, August 04, 2009

Birthday in August...

Berikut disenaraikan kajian mengenai bulan dan sikap anda yang telah dijalankan oleh Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.
(Ini sekadar panduan sahaja)

1) Suka berlawak – Hehe… suka merapu sebenarnya!
2) Mudah tertawan padanya – Haha… Ada ke orang yang tertawan dengan saya atau pernah jadi ‘tawanan’ saya? Hmm… well, not that I know off!
3) Sopan santun – Ehem… ehem… perempuan melayu terakhir ke??!!
4) Berani dan tidak tahu takut – Berani drive kereta laju-laju tapi takut tengok cerita hantu… camana tu??
5) Tegas dan bersikap kepimpinan – Ye ke?? Siapalah yang pernah saya pimpin?? I wonder what happened to them now! Hehe
6) Pandai memujuk orang lain – Mungkin saya pandai memujuk tapi saya cukup malas untuk memujuk!
7) Bersikap ego dan nilai harga diri sangat tinggi – No comment!!
8) Mengambil berat terhadap orang lain dan terlalu pemurah – Laa… ye ke?? Padanlah saya boleh bagi souvenir pada orang yang tak sepatutnya! Haha
9) Dahagakan pujian – Semua pujian-pujian hanya untuk ALLAH S.W.T
10) Semangat juang yang luar biasa – Mungkin saya belum sampai tahap berjuang habis-habisan kot!
11) Cepat marah dan mudah mengamuk apabila cakapnya dilawan – Yang ni kena tanya AHA… betul ke tak. Hehe
12) Sangat cemburu – Eh… mana ada?? Tanya husband saya!
13) Daya pemerhatian yang tajam & teliti – Observant? Hmm… only when I have interest in whatever I’m doing
14) Cepat berfikir – Or shall I say… pandai dan cepat memberi alasan?? Hehe
15) Berdikari – Kalau sesuatu tu boleh buat sendiri… buat aje la, kenapa nak harapkan orang
16) Suka berangan – Oh yes! No doubt about it. Sebab tu la ‘lahirnya’ MK & KT. Tapi susah jugak suka berangan ni… takut terbawa-bawa dlm mimpi pulak!
17) Berbakat dalam bidang seni lukis, hiburan dan silat – Mak oii… seni lukis saya failed masa sekolah dulu! Saya suka menyanyi tapi tak ada bakat. Bersilat? Alahai urat-urat ni semua dah berselirat kalau nak bersilat!
18) Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk – Yup… kadang2 benda remeh pun saya boleh kecil hati tapi saya tak pulak merajuk. Entah apa-apa saya ni…
19) Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit – Sembuh dengan keizinan ALLAH S.W.T
20) Bersikap kelam kabut dan patut belajar untuk bertenang –Sebab kelam kabutlah gamaknya maka saya saya pernah jatuh tangga, jatuh kerusi, jatuh bas…
21) Romantik, pengasih dan penyayang – Oh is it?? Waa... I didn’t know that!!
22) Suka mencari kawan – Seperti kata husband saya everytime we bump into somebody who looks familiar. “Eh… tu bukan kawan you ke? You kan ada banyak kawan!” Haha



Today's Starscope:
You will receive news about work and money. You will probably hear you are to recieve an increase.

Does that mean, I'm going to be one day older and a bit richer??? Wow!!


Kalau ada orang tanya berapa umur saya hari ni... jawapan saya; 28 tahun! Hahaha. Ye ke?? Macam tak percaya je...

Ok la, saya mengaku... 28 + 8 =

Dan kepada mereka yang beri ucapan melalui SMS, YM & Facebook... thank you very much. I'm so touched sbb saya mula menerima SMS seawal pukul 7 pagi dan di Facebook pukul 1 pagi!
May ALLAH blessed all of you... amin...

Antologi Cinta Dia 2 - Marry Ku Ril?

Memandangkan dah lama tak blogging, maka lama jugaklah tak share ttg buku sendiri. So skrg ni barulah terhegeh-hegeh nak promote buku saya...