Cinta Tak Beralih (CTB) saya sudah berada di pasaran sejak sepuluh hari yg lalu. Walaupun seronok dan teruja kerana ianya sudah mula dipasarkan... saya sebenarnya masih berdebar menunggu reaksi dan komen pembaca. Masih risau jika CTB dibandingkan dengan Melodi Kasih (MK ) dan Kenangan Terindah (KT). Walaupun sebenarnya, MK, KT mahupun CTB punya keunikan dan kekuatan tersendiri. Masing2 ada kelebihan dan kekurangan. Saya menulis ketiga-tiganya dengan perisa yg berbeza walaupun dalam acuan yg sama. Mcm mengadun kek la jugak... bekas acuannya serupa... tray yg empat segi tu. Cuma resepi dan ramuannya dipelbagaikan supaya terhasil satu kek butter, satu kek coklat dan satu lagi kek kismis...hehe.
Dalam saya berdebar ni, rupanya ada terselit keseronokan. Teruja sgt2 bila dpt tahu yg MK saya sudah 3 kali dicetak!!! Alhamdulillah... syukur sgt2. Saya memang berharap sungguh MK diulang cetak. Tapi bila tak de berita tentang hal tu... maka dlm keterpaksaan saya kena buat andaian yg MK tidak sepopular KT. Kena terima hakikat yg KT berjaya memonopoli sebilangan besar pembaca novel yg tega berbanding MK. Tapi rupanya, andaian saya meleset bila terlihat buktinya...
Saya tak tersilap tengok, kan?? Hehe. Seronok... seronok... seronok... I'm so proud of this unexpected personal achievement! Walaupun ianya bukan diulang cetak sebanyak 13 kali... tapi bagi saya, 3 kali pun dah boleh dibanggakan! Enough reason to cheer me up the whole day!!
Hmmm... teringat pada email yg diterima drp 'Uncle J' satu ketika dulu... MK should be the 2nd novel. thanks for the very good novel. betul2 enjoy. MK is like a Diamler while KT is a jaguar. MK is avangarde while KT is elegance. Dan tiba2 saya rasa rindu pulak pada Zaha-Fariq, EJ-Taj-Ku Ril & Iman-Huzir... :))))
2 comments:
Tahniah...Hehe, dalam setiap ujian, ada keberkatan.
Thanks Lynn. Tu la kita diuji macam2 cara...moga ujian ni ada hikmahnya.
Post a Comment