Tuesday, September 07, 2010

Berakhirnya Ramadhan dan tibanya Syawal

Hari ni dah 28 Ramadhan (hmm... kalau dalam CTB, 28 Ramadhan ni hari terakhir Shaq bekerja sebelum cuti raya dan cuti kahwin... kesian Larra...hehe)

Ramadhan kali ni menyaksikan :-

1) pecah rekod... setakat ini, tak sekali pun kami berbuka puasa di hotel! Tak seperti tahun2 lepas, akhirnya dapat juga kami menahan nafsu dari menjejakkan kaki ke mana2 hotel yg ada buffet ramadhan.

2) Alhamdulillah... setakat ni, AHA tak tinggal puasa walaupun sehari! Sungguh pun ada sekali tu, kami sekeluarga ter'missed' sahur gara2 terlajak tidur. Tidur mati saya masa tu, tak sedar langsung bunyi alarm! Or may be I should use a bigger alarm!! Hehe. Tiba2 AHA kejutkan saya "Mama, kita ni puasa ke tidak? Kenapa kita tak sahur... dah pukul 6!" Memang terlompatlah saya dari katil dan terus pesan kat dia, cuba puasa dulu... tapi kalau dah tak larat, nanti buka. Alhamdulillah... berjaya juga dia menunaikan fardhu puasa hari tu!


Neway, mixed feeling sebenarnya bila dh hujung2 puasa dan nak raya ni. Sebab tak tahu dah banyak ke pahala yg dikumpul di bulan yg mulia ini? Dan bila raya muncul, bermakna dah 11 tahun kami tidak meraikannya dengan arwah abah.



Walaupun masih terasa kehilangan, tapi kami tetap menyambutnya sama seperti ketika arwah abah ada. Kalau dulu, arwah abah yg menyertai rombongan takbir dari rumah ke rumah di kawasan perumahan kami ni... dan semestinya rumah kami pun diziarahi... tak kira rumah paling awal atau paling akhir. Arwah abah mesti suruh kami siapkan makanan yg best2 utk menjamu rakan2 dan jiran2. Dan skrg ni, bila arwah tak ada... Alhamdulillah, rutin itu masih diteruskan dengan menantu2 lelaki yg take over. Ikut giliran dan availability. Kalau abang ipar sulung saya tak ada, abang ipar nombor 2 akan ikut. Dan kalau dua2 tak de krn beraya di kampung masing2, husband saya akan follow suit. Dan kami akan cuba mengekalkannya sampai bila2. InsyaALLAH.


Persiapan raya tahun ni pun paling minimal. Baju raya utk AHA cuma tiga pasang i.e kebaya, baju kurung & dress. Suami saya, baju melayu sepasang. Saya, cuma kasut sepasang. And that's it!! Eh...wait a minute... haaa... tahun ni kami tukar langsir baru dan sarung cushion baru!! Yeah... after 3 years!! Tapi klau org tak perasan, sure tak tahu itu baru sbb kami beli colour dan design yg sama jugak!! Hehe... sewel kan?


Seperti juga tahun2 sebelum ni, saya tetap akan beraya di KL. Kalau keluar dari KL pun mungkin pergi ke Tampin dan Kuala Kubu Baharu. Best ke beraya di KL? Atau boring seperti yg dikatakan oleh org2 luar KL... "Raya kat KL apa ada? Kat kampung lagi best!" Saya juga sebenarnya, pernah merasa beraya di kampung masa kecik2 dulu sehinggalah arwah atuk meninggal. Tapi, sesudah lebih 20 tahun beraya di kotaraya ni... raya kat mana2 pun serupa aje.... tak de beza. Kalau ada pun yg berbeza, cara kita meraikannya. And I think, it's not so much of the location... but it's how you celebrate it and whom are you celebrating with. Dan saya pun tak rasa rugi atau terkilan bila tak ada kampung nak balik semasa hari raya. I'm so used to that already!! Dan yg paling best... tak pyh gaduh2 dgn husband nak balik beraya di rumah siapa. Sebab rumah mak saya dan rumah mertua lebih kurang 15 minit aje! Hehehe.

Saya akhiri entry saya kali ini dengan ucapan Selamat Hari Raya...mohon maaf zahir dan batin di atas segala kesilapan bicara dan tulisan. Semoga anda semua ceria di hari lebaran ini dan sampai ke destinasi yg dituju dengan selamatnya.

2 comments:

Wild Cherry said...

Selamat hari raye kak Hezzy..

Hezzy Azra... said...

Selamat hari raya W.C... moga ceria di hari lebaran.

SEPERTI ADA CINTA

Blurb: Bertahun menyulam cinta, yang Farra Nuha dambakan hanyalah sebuah mahligai indah bersama Ilhan. Tetapi semakin tiba hari...