Sebenar-benarnya, saya ni suka buat kuih & kek menjelang hari raya. Because baking has been my speciality in the family... chewah... hehe... perasan!! Disebabkan saya ni taklah pandai masak jadi kenalah pandai buat kuih... barulah seimbang, ye tak? Hehe. Walaupun tak lah terror mana sebenarnya.
Antara kami tiga beradik, rasanya saya yg paling rajin utk buat biskut raya dan telah 'berkecimpung' dalam bidang ini sejak umur saya 15 tahun lagi! Infact when I was 19, saya telah menerima tempahan biskut ovaltine drp kawan sepejabat arwah abah. Personal achievement tu. Dapatlah duit raya lebih sikit masa tu... hehe.
Tapi sejak dah ada AHA lapan tahun lepas... mood untuk buat kuih raya tu menurun sikit. Mungkin sbb busy (kononnya beranak kecil... lame excuse! Hehe) Mungkin juga sbb penat (dah beberapa tahun juga kami beraya tanpa maid... maka sayalah yang terpaksa jadi maid...hehe). Atau mungkin juga kerana saya diserang penyakit MALAS!! (Hahaha... itulah yg sebetulnya!)
Tapi tahun ni, dengan tiba2 saya jadi rajin. Entah kenapa mood untuk buat kuih raya muncul. Mungkin bila harga kuih sekarang teramatlah mahal. RM20-RM35 sebotol... kira mahal utk saya sebab selalunya saya bukan hanya akan beli sebotol saje nanti... sekurang-kurangnya 3 botol untuk 1 jenis. Kalau berbotol2 dan berjenis2... dah berapa 'hengget' pulak tu? Dan setelah didarab, dicampur dan ditolak... akhirnya saya decide nak buat biskut raya sendiri. Lebih2 lagi biskut yg saya nak, susah betul nak dapatkan di pasaran sekarang ni. Rata2 org jual biskut yg moden... yg sudah di'improvise' drp resepi2 lama. And yes.... being an oldies... saya suka resepi turun temurun zaman mak saya muda2 dulu... biskut kelapa, biskut kacang & biskut cornflakes yg original.
Dan inilah hasilnya sepanjang cuti hujung minggu semalam. Biskut cornflakes kegemaran saya!! Baru buat satu jenis dah kecoh.... hahaha. Tapi ada sebab saya boleh berbangga. Kerana saya menyediakannya seorang diri... tanpa bantuan sesiapa pun. Berpanas duduk di depan oven tu dari pukul 7am hingga 2pm untuk sesi pertama. Dan sesi kedua, dari pukul 8.30pm hingga 11.30pm. Buat 7 adunan pulak tu... roughly 450 pieces... boleh tahan banyak jugak tu... hu hu.
InsyaALLAH, minggu akan datang saya nak buat biskut kacang. Sebab bila dah nak dekat raya nanti, saya kena buat kek pulak. Ish.... ish... sibuk betul la saya nak raya nih! Hehehe.
** Atau mungkin saya 'merajinkan' diri untuk buat kuih raya sebagai 'menggantikan' masa-masa yg sepatutnya diperuntukkan untuk menulis manuskrip. Yes... by right, I should be writing my 4th manuscript NOW. But I am baking raya cookies instead!! But come to think of it... okay wat?? Sekurang2nya nampaklah jugak hasil (berbalang2 home made cookies) walaupun manuskrip masih tak berganjak muka surat, kan?
YES... I'm JUSTIFYING myself!!! Hahahaha.
6 comments:
Wah, sedapnye kuih yg kak hezzy buat..
Wild Cherry,
Tak la sedap sangat, tapi boleh la tahan :) Tapi rupanye tak berapa manis/ceria...agaknye kalau letak cherry skit kat atas tu nampak menarik kot...hehe.
wow cayalah hezzy!!! dasyat tuh!! tahniah! tahniah! hehehe bila plak kak mid nak wat kuih ni ek..asik main tunjuk jek..kering dah duit u!!!
i want my cornflakes!!!!
terliur tgk.
baca your post i dpt idea for your next book. the other day u where looking for a place for the leads to meet kan?
how about at cooking/baking class?
guy n girl jumpa masa belajar memasak or guy/girl jatuh hati with the chef?
Kak Mid,
Sbb duit dh makin kering la maka saya terpaksa buat sendiri... hehehe. Tak pe kak, masih belum terlambat nak buat kuih... ada 3 hari...sempat lagi tuh...:)
Elinna,
U tau tak... balang kat umah I dah separuh, kat umah mak I pun tinggal separuh... raya lagi 3 hari ni... tak tau sempat ke tak nak bagi you. Tapi kalau you datang beraya ke umah I... InsyaALLAH seketul dua tu sempat la kot nak rasa...:)
Hmm... ok jugak kan... both meet at cooking/baking class. Tapi kalau jatuh hati dgn chef... susah sikit la sbb I tak kenal mana2 chef untuk dijadikan rujukan.Thanx neway...
Post a Comment