Sunday, October 10, 2010

AHA turns 8...

Lapan tahun lalu, bila saya luahkan kerisauan kpd gynae sbb dia nak fly ke Sidney (tak silap saya) krn ada seminar dan saya pulak tak nak gynae lain kecuali dia, lebih kurang beginilah dia ‘memujuk’ saya... “I balik dari Sydney on the 6th October. I touch down aje… I will switch on my handphone. Kot la u nak call sbb dah nak bersalin sgt. Tapi entah2 anak u ni nak lahir 10th October…”



Memang betul kata gynae tu… AHA lahir pada 10.10.2002 bersamaan 3 Syaaban 1423 pkl 2.59pm. Alhamdulillah… kelahiran yg dipermudahkan untuk saya w/pun ada sedikit complication.

Dan hari ni, 10.10.2010… genaplah umur AHA 8 tahun. Selama 8 tahun membesarkan dia, bermacam2 perasaan yg saya pernah rasa dan pengalaman yg saya tempuhi.

Pernah rasa nak gugur jantung, bila mak saya beritahu yg AHA tak naik van sekolah utk ke tadikanya dan maid saya pun ‘hilang’!! YA ALLAH… masa tu saya yg on the way ke ofis, dah menangis kat telefon dan nafas rasa sungguh ketat masa tu!! Dlm kepala saya dh fikir macam2 yg negative. Mana anak saya? Apa dah jadi pada dia? Maid tu bawak lari ke? Ni ke dugaan untuk saya? Dan masa tu jugak, saya patah balik dan pecut balik ke rumah. Bila dah sampai rumah, cerita sebenarnya… AHA tertinggal bas sekolah! Dan maid saya yg ‘terlebih’ pandai tu… ambik keputusan utk hantar AHA ke tadika dgn berjalan kaki without informing my mother!! Alasan dia, takut nak ckp dgn mak saya yg it was her mistake tat AHA missed the school bus!! YA ALLAH… masa tu tak dpt nak gambarkan marahnya saya pada maid tu!! Mmg kaw-kaw dia kena marah dgn saya, husband dan mak saya!! Mana tak nye, panik la mak saya bila dia keluar dari bilik air tetiba tgk cucu dia dan maid tak de kat porch rumah. Walhal sepatutnya, sedang menunggu van utk ke sekolah. Tak terfikir ke maid tu, tindakan dia tu mengundang lebih bahaya. W/pun jarak tadika AHA dgn rumah mak saya mmg walking distance tapi kena melintas main road dan kawasan construction di mana terdapat some Indon workers kat situ. Dan maid saya tu… dengan selambanya mengendong AHA yg baru berumur 5 thn masa tu… merentasi kawasan construction yg ada crane, lori hantu dan kereta yg laju2 untuk ke sekolah!! Ngeri betul bila saya bayangkan semua tu!!

Pernah rasa risau dan sedih bila AHA dimasukkan ke hospital krn disyaki terkena jangkitan H1N1 gara2 demam yg tak kebah-kebah. Tengok dia dimasukkan drip berbotol-botol dan mengadu pening kepala, memang masa tu saya rasa, biarlah saya aje yg sakit drp tengok dia tak bermaya macam tu. 5 hari kami terpaksa berkampung di Tropicana Medical Centre. Masa tu bulan puasa… bersahur dan berbukalah saya dan husband kat sana. Alhamdulillah, rupa-rupanya cuma Viral Fever saje.

Pernah rasa panik gila bila AHA yg berumur 6 tahun masa tu telah berlari masuk ke lif seorang diri utk ke ofis saya di tingkat 6. Masa tu husband saya ada kat belakang… tapi tak sempat nak kejar dia dan pintu lif terus tertutup bila AHA masuk. Immediately dia called saya dan minta saya tunggu di depan lif, kalau2 AHA keluar kat tingkat 6. Saya tunggu2 tak ada... sementara husband saya naik ke each level mencari dia. Dah gelabah kitorg masa tu! Rupa-rupanya, AHA naik ke tingkat 8 (sbb dia lupa yg saya di tingkat 6) dan bila tengok lain aje… dia turun ke ground floor semula. Masa dia lalu sorang diri di koridor ground floor tu, sorang pekerja kedai mamak panggil dan suruh dia duduk kat restoren tu. Nasib baik pekerja tu perasan yg AHA sebelum tu berjalan di koridor dgn husband saya dan bila AHA berjalan sorang diri, dia pun rasa pelik. Berterima kasih betul saya pada pekerja yg prihatin tu. At least we know, there are still good people around. Next few minutes, husband saya turun semula ke ground floor untuk ke kereta. Dia terfikir kalau AHA berjalan semula ke kereta bila dah tak jumpa saya. Masa tu, baru nampak AHA tunggu di restoren mamak tu dengan relaxnye sambil jeling2 junk food yg terjual kat situ! When we asked her what was she thinking at ta time?... dia jawab “Bila dah tak jumpa ofis mama dan papa pun tak de ikut kat belakang, ingat nak tunggu papa kat kereta aje! Tapi orang India tu panggil suruh duduk kat sini.” Ish… budak ni! Memang la apa yg dia terfikir nak buat tu sama dengan apa yg husband saya fikir. Tapi husband saya masa tu park kereta kat tepi jalan!! Kalaulah pekerja tu tak panggil dia dan biarkan dia berjalan sorang diri menunggu di kereta… tak ke haru dan bahaya menanti? Seriau betul lah bila terfikir insiden tu. Alhamdulillah… akhirnya AHA ‘dijumpai’ semula dalam keadaan safe and sound!!

Itu semua antara pengalaman yg kami tempuhi dan beri pengajaran serta peringatan buat saya dan husband. And today, she’s already 8. Dialah teman gelak saya dan juga lawan bergaduh saya. Kadang2 kami boleh ketawa bersama over silly things. Tapi ada masanya, kami akan bergaduh over small things!

Apa2 pun, dia tetap kesayangan saya. Moga dia sentiasa menjadi hamba yg soleh, anak yg taat, pelajar yg bijak dan insan yg berbakti satu hari nanti. Amin…

No comments:

Antologi Cinta Dia 2 - Marry Ku Ril?

Memandangkan dah lama tak blogging, maka lama jugaklah tak share ttg buku sendiri. So skrg ni barulah terhegeh-hegeh nak promote buku saya...