Followers

Friday, July 23, 2010

CTB di tangga ke 9...

Alhamdulillah... dlm masa 3 minggu berada di pasaran, CTB saya berjaya menembusi senarai top 20 MPH as at 18 July 2010. Check out: http://www.mphonline.com/books/bestseller.aspx

Walaupun sekadar di tangga ke 9... tapi saya syukur dan happy sangat2. Ada yg sudi beli buku ketiga saya tu. Secar jujurnya, saya cukup risau kalau org tak nak beli buku saya. Hehe. Ye la, bukan senang sebenarnya nak pujuk orang beli buku kita. Sedangkan kawan2 saya sendiri pun pernah kata "Oh... I do read novels... but not malay novels la... please!" "Aku tak pernah la baca novel2 melayu ni... tak minat!" "Baca sinopsis pun I terus turned off!" Ouch... tat statement really hurts all malay novelists, okay?? Dan bukan mudah nak buat orang enjoy, suka, terharu dan sedih baca karya kita lantas menghargainya. That is the real challenge to most novelist esp me!!

Melodi Kasih (MK) pernah bertakhta di nombor 1 dlm senarai top 10 di MPH Alamanda pada January 2008 selepas sebulan dipasarkan. Dan harap-harap, CTB akan menyusul dengan kejayaan yg sama selepas ini. Amin.

Kepada yg sudah membeli, membaca dan menyukai CTB... saya ucapkan terima kasih yg tidak terhingga. Ur support means a LOT to me...

P/S: Tidak dilupakan ucapan tahniah utk rakan2 seperjuangan saya; Dhiya Zafira dan Eka Fahara (my 'trio' members...hehe) krn novel mereka Jauh Kau Pergi dan Sayang Sepenuh Hati juga turut berada di dlm senarai top 20 tersebut.
Utk Dhiya, jangan kau pergi jauh2... rapatkan jurang utk mendekati senarai the top 3!!
Utk Kak Eka, berharap sepenuh hati agar akak berjaya menduduki takhta top 3!!

Tuesday, July 13, 2010

Antara debaran dan keriangan...

Cinta Tak Beralih (CTB) saya sudah berada di pasaran sejak sepuluh hari yg lalu. Walaupun seronok dan teruja kerana ianya sudah mula dipasarkan... saya sebenarnya masih berdebar menunggu reaksi dan komen pembaca. Masih risau jika CTB dibandingkan dengan Melodi Kasih (MK ) dan Kenangan Terindah (KT). Walaupun sebenarnya, MK, KT mahupun CTB punya keunikan dan kekuatan tersendiri. Masing2 ada kelebihan dan kekurangan. Saya menulis ketiga-tiganya dengan perisa yg berbeza walaupun dalam acuan yg sama. Mcm mengadun kek la jugak... bekas acuannya serupa... tray yg empat segi tu. Cuma resepi dan ramuannya dipelbagaikan supaya terhasil satu kek butter, satu kek coklat dan satu lagi kek kismis...hehe.


Dalam saya berdebar ni, rupanya ada terselit keseronokan. Teruja sgt2 bila dpt tahu yg MK saya sudah 3 kali dicetak!!! Alhamdulillah... syukur sgt2. Saya memang berharap sungguh MK diulang cetak. Tapi bila tak de berita tentang hal tu... maka dlm keterpaksaan saya kena buat andaian yg MK tidak sepopular KT. Kena terima hakikat yg KT berjaya memonopoli sebilangan besar pembaca novel yg tega berbanding MK. Tapi rupanya, andaian saya meleset bila terlihat buktinya...









Saya tak tersilap tengok, kan?? Hehe. Seronok... seronok... seronok... I'm so proud of this unexpected personal achievement! Walaupun ianya bukan diulang cetak sebanyak 13 kali... tapi bagi saya, 3 kali pun dah boleh dibanggakan! Enough reason to cheer me up the whole day!!



Hmmm... teringat pada email yg diterima drp 'Uncle J' satu ketika dulu... MK should be the 2nd novel. thanks for the very good novel. betul2 enjoy. MK is like a Diamler while KT is a jaguar. MK is avangarde while KT is elegance. Dan tiba2 saya rasa rindu pulak pada Zaha-Fariq, EJ-Taj-Ku Ril & Iman-Huzir... :))))

Monday, July 12, 2010

And Spain is the new World Cup Champion!!

World Cup 2010 is finally over!!

Setelah sebulan saya 'ter'jaga dan 'ter'ganggu antara pkl 2.30 hingga 4.30 pagi... selepas ini, tidur saya boleh kembali teratur dan tenang bila World Cup 2010 berakhir dgn menyaksikan Sepanyol menjuarainya buat julung kali!!

I've been a Germany fan over the past 20 years... mengenali serba sedikit pemain pasukan German yg bermain di WC 1990 iaitu Klinsmann, Littbarski, Voller dll... sehingga generasi muda yg beraksi di WC 2010 ini. Dan saya kagum dgn cara mereka bermain... well planned. Walaupun sekadar mendpt tempat ketiga, it's already good enough for these young players yg kebanyakannya berumur sekitar awal 20an. Well done deutche... after defeated Uruguay 3-2.












Tapi tahun ni, sokongan saya tidak terhad pada German saje. Saya turut menyokong Spain & Holland kerana corak permainan yg memberangsangkan. Holland has been winning all the games in the WC (termasuk mengalahkn Brazil 3-2 di peringkat suku akhir) and they were very consistent. Manakala Spain pula, apa yg saya selalu perhatikan, mereka kerap tukar strategi setiap kali bermain bergantung kpd team yg mereka lawan. I must say tat, Del Bosque is a very good tactician!Dan bila Spain menang WC 2010 mengalahkan Holland 1-0... it's no surprise to me!!

The happy faces of the Spaniards











Del Bosque- jurulatih yg membimbing pasukan Sepanyol hingga jadi juara dunia. Muka serius jer... dan kadang2 nmpak mcm emotionless je org tua ni saya tengok... hehe








Andres Iniesta- penjaring gol tunggal dan kemenangan ketika perlawanan di masa tambahan setelah terikat 0-0 sepanjang 90 minit.









Iker Casillas-Saya memang suka goalie Real Madrid yg berusia 29 thn ni sejak WC2006 lagi. Dan kali ni dia bertindak cemerlang kerana melepaskan dua gol shj dlm WC2010.







After this, no more staying up late at nite... unless for writing purposes ONLY... (4th manuscript!!! PERINGATAN!!!)

Saturday, July 03, 2010

CINTA TAK BERALIH!!!


ALHAMDULILLAH... dalam kemeriahan World Cup 2010 (selepas Holland mengalahkan Brazil 2-1 di perlawanan suku akhir... hehe) akhirnya CINTA TAK BERALIH saya sudah berada di pasaran mulai hari ini!!
Tetapi buat masa ini cuma terhad di PESTA BUKU SELANGOR yg bertempat di Kompleks PKNS sahaja. Untuk sampai ke tempat2 lain... mungkin dalam seminggu dua lagi... InsyaALLAH.
Apa2 pun, hayatilah dahulu blurpnya...
Bila hati asyik diusik rindu, jiwa sering dibelai debaran... perasaan apa lagi yang sedang bergelora kalau bukan cinta? Larra Kirana bahagia dengan rasa indah yang dimilikinya itu.Menatap Shaqril yang sering lalu-lalang di hadapan kedai dobinya dari jauh sudah cukup untuk merawat kerinduan itu. Berbalas senyum sahaja sudah hebat dia diamuk oleh rasa gemuruh. Tidak sangka hubungan mereka terjalin selepas Shaqril menghantar kemeja untuk dicuci.
Detik demi detik memekarkan cinta di hati, sedangkan Shaqril sebenarnya dalam dilema. Kasihnya melimpah untuk Larra, walhal dia tunangan Balqis. Jodoh yang diatur keluarga tidak mampu dibantah. Hari yang dilalui amat menyeksakan. Shaqril berharap sesuatu akan terjadi agar cintanya terhadap Larra tidak berakhir. Moga Larra tidak menyalahkannya andai rahsia tersingkap. Namun dia harus jujur, tak ingin melukai hati Larra lebih dalam lagi.
Saya harap pembaca di luar sana yg selama ini menyokong karya saya... turut berpuashati dgn novel terbaru saya ini. Saya sudah berusaha untuk melakukan yg terbaik untuk menghasilkan yg terbaik utk anda!!
Terima kasih semua...
 
Copyright (c) 2010 when Hezzy Azra writes.... Design by WPThemes Expert

Themes By Buy My Themes And Web Hosting Reviews.