Being a novel writer has NEVER BEEN my dream.
Ya... sebetulnya, saya tidak pernah bermimpi untuk menulis novel atau menjadi novelis. Tak pernah termasuk dlm senarai cita2 saya kalau cikgu tanya zaman sekolah dulu...hehe. Saya juga tidak pernah cuba menulis cerpen atau puisi. Seingat saya, saya pernah menulis artikel untuk disiarkan di majalah sekolah... tapi itu pun tak terpilih untuk diterbitkan... hehe. Maka dengan itu, ada sebablah kiranya sehingga sekarang ni, saya tak rasa diri saya ni penulis novel... apatah lagi untuk dikenali sebagai novelis. Kalau ada yg bertanya; you ni penulis novel ke? Saya senyum aje. Tapi kalau orang tak tahu dan tak bertanya langsung... lagi bagus rasanya...;)
Namun saya tidak dapat mengelak bila ada yg bertanya, "Kak, boleh bagi tips untuk menulis novel? Saya pun berminat nak tulis novel jugak." Saya garu kepala. Apa saya nak jawab ni??
Sejujurnya, saya ni bukanlah hebat sangat untuk memberi tips menulis kepada sesiapa yg berminat. Saya terjun dalam bidang penulisan ini pada tahun 2006... so, baru 5 tahun saya menulis berbanding dengan penulis2 tersohor yg sudah mencecah 10 tahun ke atas dan menghasilkan belasan dan puluhan novel. Novel saya pun baru nak masuk 4. Dan 3 novel saya yg sudah diterbitkan itu pun bukannya meletop2 di pasaran sehingga kehabisan stok di kedai2 buku... dan org ramai berpusu2 membelinya... jadi, siapalah saya ni untuk memberikan tips??
Dan saya juga mula terfikir, kenapa ramai orang nak jadi penulis novel sekarang ni? Sudah menjadi trend mungkin, penulis novel tumbuh bagai cendawan. Satu perkembangan yg sihat sebenarnya. Akan ada lebih ramai penulis dalam industri ni, maka lebih banyak bahan bacaan dan lebih variasi dalam bidang penulisan. The more the merrier.
Tapi saya juga terfikir, mereka yang ingin menulis ini kerana apa? Adakah kerana minat? Bakat terpendam? Semata-mata hobi? Nak glamor? Atau nak jadikan sumber pendapatan atau mencari duit sampingan?
Saya menulis kerana disarankan oleh kakak kedua saya. Melihat saya membelek novel yang berada di rak bukunya, dia bertanya pada saya, "Tak nak tulis novel? Try la..." Itulah saranan kakak saya... dan saya menerima saranan tersebut sebulan selepas itu.
Nak kata saya ni menulis kerana minat? Well, saya bukannya jenis yg on saje laptop dan boleh menulis apa saje yg terlintas di fikiran dan hati. Kalau diberikan pen dan kertas pun, saya bukannya boleh mencoretkan apa saje. 'Minat' saya mungkin boleh dikategorikan sebagai 'average' saje, agaknya ;) Bukan ekstreem... sehingga sehari tak menulis serasa tak lengkap hidup... ;)
Menulis kerana bakat? Hmm... berbakat sangat ke saya ni? Saya rasa saya ni macam orang lain jugak... orang yang mampu menulis. I think everybody can write. Dari segi tu, saya rasa... saya tergolong dalam kategori yg ada bakat sikit la... ;)
Menulis sebagai hobi? Ya... mungkin, Bila ada kelapangan, saya menulis. Bila saya tak ada masa, saya tak paksa diri. Tapi kalau idea tengah mencurah-curah (which is very seldom...hehe) baru saya serius menulis. Berjaga sepanjang malam hingga ke pagi... sanggup bersengkang mata menghadap computer. Tapi itu pun kadang-kadang aje... ;)
Menulis kerana mengejar glamor? Hmmm... glamor ke jadi penulis ni? Bagi saya glamor tu tak akan kekal lama. Mula2 novel keluar dan terpampang di kedai2 buku, sedikit sebanyak akan rasa "wow... glamornya aku!!" But given a year after that... tell u, the feeling will just fade away. Rasa pressure pulak bila satu atau dua org dah mula kenal kita....;)
Menulis kerana duit? Sebagai mata pencarian atau duit sampingan?? Saya masih seorang 'nine to five employee' (who works every Saturday...hu hu) Maka saya menulis bukan kerana menjadikan penulisan ini sebagai mata pencarian tetap. Tetapi kalau sebagai duit sampingan... ya, saya akui itu! If I can make money out of my hobby (sesuatu yg saya mampu lakukan di waktu senggang dengan berbekalkan minat dan bakat yg kecil ini...) Why not, right??
Berbalik kepada persoalan di atas, sebelum anda menjadi penulis... fikirkanlah kenapa anda ingin menulis. Minat? Bakat? Hobi? Glamour? Atau duit? If you choose the latter... let me share with you my experience... saya belum mampu jadi kaya dengan menulis.... hahaha.
Untuk memberi tips... insyaAllah, saya akan usahakan setakat termampu. Nanti bila ilmu saya bertambah... saya akan kongsikan di sini segala tips yg saya perolehi dan dari pengalaman saya sendiri buat panduan untuk mereka yg bertanya dan berminat untuk menulis.