Wednesday, September 28, 2011

Novel dicetak rompak??

Sekarang ini, semua benda boleh dirompak... termasuk novel!!!!

Sesuatu yg di luar dugaan dan jangkaan krn selama ni kita selalu fikir yg dicetak rompak cuma CD dan VCD. Terkini, industri penulisan novel juga sudah terkena bahana cetak rompak ini!!
Di atas ini, gambar novel saya yg original.

Tapi ciri-ciri novel cetak rompak adalah seperti berikut:-

1. Kandungan teks dalam telah difotostat.

2. Bunga di bahagian permulaan setiap bab tidak jelas kerana difotostat.

3. Warna cover di bahagian depan dan belakang lebih gelap daripada cover yang asli.

4. Barcode di cover belakang tidak jelas.

5. Novel yang tiruan digam saja dan ini menyebabkan muka suratnya mudah tercabut. Manakala novel yang asli dijahit dan tidak tercabut.


Kes ini dianggap serius kerana ia menjejaskan imej Alaf 21 di bawah Grup Buku Karangkraf, menganiayai pembeli-pembeli dan menjejaskan pendapatan penulis. Perkara ini akan diserahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dan seterusnya bertindak membawa mereka yang bersalah ke muka pengadilan.

Di sini kami (saya dan pihakl Alaf21 serta GBK) menyeru kepada semua pembeli agar lebih berhati-hati. Sebarang laporan mengenai perkara ini sila hubungi
03 51013888 sambungan ke Alaf 21 - 3692/3683/3684.
Kerjasama anda sangat kami hargai.


Who's the culprit???

2 comments:

Wild Cherry said...

Tak sangka novel pon ade cetak rompak..

Hezzy Azra... said...

Itu la WC... kami penulis penat2 bersengkang mata dan memerah otak cari idea, tapi org lain yg dpt untung 100% hasil dari cetakan rompak ni. Penerbit akan rugi... penulis pasti lebih merana lagi...:((

SEPERTI ADA CINTA

Blurb: Bertahun menyulam cinta, yang Farra Nuha dambakan hanyalah sebuah mahligai indah bersama Ilhan. Tetapi semakin tiba hari...