Tajuknya adalah...
SEMERAH RED VELVET
Merah, kan cuppies RV ni?? hehehe
Meh kita layan sikit lagi snippet SRV... happy reading! Sbb saya rasa, lepas ni saya nak stop bagi snippets dah. Cukup2 la tu ek? Hehe. Nak tahu cerita sepenuhnya... nantikan SRV di rak2 kedai buku anda!!
Namun di kala itu juga, mata Emir tiba-tiba
tertancap pada gerai bernombor 17 yang hanya 12 kaki sahaja jaraknya daripada
tempat mereka berdiri.
Kelihatan seorang gadis yang tidak bertudung
membelakangkan tubuhnya sedang menjaga gerai tersebut. Emir mengecilkan matanya
untuk lebih fokus. Eh… itu bukan Aida. Aida bertubuh kecil dan bertudung.
Tetapi siapa gadis yang lebih tinggi dan berkulit putih kemerahan itu?
Mungkinkah?
Serta merta hati Emir berdebar kencang. Kakinya
bagai ditarik magnet untuk terus mendekati. Lalu dia berjalan ke arah gerai itu
dan meninggalkan kelompok rombongan yang mengiringi Datuk Azhar.
“Raina?!”
***
Sejurus matanya bertemu dengan sepasang mata
milik lelaki yang digelar ‘mamat ulat buku’ itu, masa seolah terhenti berdetik.
Jantungnya bagai terhenti berdegup.
Benarkah apa yang dilihatnya di depan mata?
Lelaki yang tidak mahu ditemuinya gara-gara perasaan malu dan kesal masih
menyelaputi. Dia berharap sangat, lelaki itu akan melupakan diri atau sebaris
namanya. Namun saat itu juga Raina sedar, lelaki itu masih mengingati dirinya.
Malah mungkin, masih mengingati peristiwa yang terjadi di antara mereka di
hadapan koridor Kafe Boraque.
Aduh… Raina terasa hendak pitam saat itu juga
dek kerana rasa malu yang menyerbu.
“Err… encik?!” Suara yang keluar bagai
tersekat di kerongkongnya. Sangkanya,
dia sudah mampu berlari jauh daripada lelaki itu. Namun sebenarnya, dia masih
dirantai di tempat yang sama.
No comments:
Post a Comment