Apa azam 2012 anda yg telah terlaksana?
Dan apa pula azam 2013 anda kali ni?
Bagi saya (yg selalu berazam secara small scale ni...hu hu) adalah untuk menghabiskan editing SRV sebelum melangkah ke tahun baru. And I did it!! Saya habis edit SRV pada 30 Disember 2012.... hoorayy!! Dan azam 2013 saya (masih lagi small scale...:D) adalah untuk memulakan penulisan manuskrip ke6. Dengan jayanya semalam, saya dapat tulis satu perenggan!! Hahaha. Told you... I work on a small scale...:P
Sempena hari Jumaat pertama dlm tahun 2013 ni, meh kita baca sedikit petikan dari novel SRV yg bakal diterbitkan tidak lama lagi. In Sha Allah... :)
Raina meletakkan minuman di depan Emir.
Emir yang ralit dengan buku, terhenti pembacaan.
“Terima kasih.”
“Buku apa yang encik baca tu?” Memandangkan
suasana kafe tidak sibuk waktu petang itu, tiba-tiba tergerak hati Raina untuk
menegur lelaki yang sering dilihat tidak pernah lekang dengan sebarang bahan
bacaan.
Emir yang mendengar pertanyaan Raina, menutup
bukunya seketika dan membaca tajuknya satu per satu. “Keith Roberts, The
Origins of Business, Money, and Markets,” ujarnya dalam senyuman tatkala
memandang Raina.
Raina sekadar mengangguk. Akademik betul lelaki
ni. Buku-buku yang dibacanya semua berbentuk ilmiah, desisnya di dalam hati.
“Buku pasal Toyota yang encik baca hari tu, dah habis ke?”
Emir terkejut. Tidak pernah pun selama ini,
seseorang yang asing, mengingati buku-buku yang pernah dibacanya. “Raina boleh ingat buku apa yang saya baca dua
minggu lepas?”
Raina tersenyum. “Sebab tajuknya ada perkataan Toyota … brand kereta, tu yang saya
ingat sikit-sikit.”
Emir turut tersenyum. “I’m impress,” pujinya
terhadap daya ingatan Raina yang dirasakannya cukup baik. Pelanggan sentiasa
keluar masuk ke Kafe Boraque sepanjang dua minggu yang lalu, bagaimana Raina
boleh mengingati hal sekecil itu? Bijak budak ni, desis hatinya.
“Lagipun setiap kali encik datang sini, mesti
encik baca buku sementara tunggu Encik Jeffri datang.” Walaupun ramai pelanggan
yang mengunjungi Kafe Boraque tidak kira waktu, tetapi pelanggan yang seorang
ini ada ciri-ciri tertentu. Akan duduk di tepi tingkap dan berterusan membaca
tanpa menghiraukan sesiapa yang lalu lalang. Pembacaannya hanya akan terhenti
jika Jeffri ada di depan mata.
“Raina pun minat baca buku juga ke?” Emir
memanjangkan perbualan justeru topik tersebut dibicarakan.
“Err… saya tak minat baca buku,” akui Raina
malu-malu. Dia sedar, sepatutnya dia memupuk budaya membaca tetapi dia bukan
jenis yang gemar menghadap buku. Dia bukan seperti Sabrina dan Qistina yang
hantu novel. Malah, dia boleh terlelap setiap kali cuba
membaca buku atau novel!
Emir tertawa kecil mendengar jawapan polos
Raina. “Habis tu, Raina minat apa?” Semakin dia tertarik untuk berbual dengan
Raina yang begitu telus berbicara.
“Minat buat kek.”
“Wah… menarik tu!” Emir teruja. Sebelum ini, dia
tidak pernah mengenali mana-mana gadis yang berminat dengan kek. Sesuatu yang
baharu untuknya.
“Saya suka browse
internet dan pergi ke blog-blog tulisan chef
terkenal untuk cari resepi kek dan tip untuk baking.” Raina galak bercerita
melihat keramahan Emir.
“That’s
good! Kiranya, Raina ni pandai buat keklah ya?”
“Bolehlah sikit-sikit.”
4 comments:
X sabar nak tunggu buku baru dari Hezzy.. ;)
Terima kasih Rozita Said di atas kesabaran dan sokongan tu...:)
Panik dan risau gak ni dgn penerimaan pembaca...hu hu
saya pun suka CTB.
Saya nak plot2 macam tu lagi bole hezy
Terima kasih obayashibox... suka hati saya bila ada yg suka plot CTB!! :)
Tapi kdg2 idea utk plot sebegitu dtg secara spontan. Bila nak buat kali kedua atau seterusnya... mesti dah tak kena...hehe.
Post a Comment