Adakah anda suka dgn SRV saya? Menepati citarasa atau tidak 'cuppies Red Velvet' yg Raina buat tu? ;) Bagi saya, mmg ada beberapa sebab kenapa saya suka SRV (sebagaimana saya enjoy makan Red Velvet cuppies...hehe) dan kenapa SRV ada tempat di hati saya (sama tahap sayangnya dgn empat novel yg lain tu)
1) Kerana tajuknya...
Walaupun tajuk SRV ini bukanlah idea asal saya tapi saya sgt2 sukakannya!! Bagi saya tajuk SRV ini sungguh catchy and it's really up to-date. Kan Red Velvet skrg ni the in-thing? Sebetulnya, saya TIDAK ADA TAJUK untuk manuskrip kelima ini, sehinggalah pada hari saya menghantarnya ke tangan editor. Masa tu, saya main hentam saje tajuk 'Inikah Cinta' (sungguh koman tajuk ni, kan? Mujur editor tak pilih...kuikui) Dan beberapa minggu lps tu...editor saya beritahu tajuk manuskrip saya adalah Semerah Red Velvet. Masa tu saya tersenyum bahagia sambil terfikir, why didnt I think of this earlier?? It's simple and yet very relevant to the storyline!! Dlm manuskrip tu... si Raina berkali2 buat Red Velvet cuppies!!! Isk..isk...lembab betul otak saya tak boleh 'nampak dan fikir' pasal tu!! Yg ada dlm fikiran saya cuma tajuk yg berkaitan dgn buku dan kek... tapi takkan nak bagi tajuk 'Cinta Kek & Buku' pulak, kan? Heeee. Dan bila terpampang tajuk SRV di muka kulit buku yg merah itu...rasa bangga dan seronok pulak saya nengoknya! Memang tajuk itu sungguh bertepatan dgn jln cerita, senang untuk diingati dan pasti ianya cukup unik (kerana novel2 saya sblm ni mana ada tajuk2 macam gitu, ye dok?...hehe)
2) Kerana SRV satu eksperimen
Saya pernah menulis MK yg fast-pace (ada yg suka dan ada yg tak suka). Saya pernah menulis KT yg melodrama (ada yg kata meleret dan ada yg kata padat). Saya pernah menulis CTB yg agak berat konfliknya (pun ada yg memuji dan ada yg menghentam). Saya pernah menulis APD yg medium...tak berat dan tak santai (ada yg kata ok dan ada yg kata biasa2 jer). So, untuk SRV ni...saya cuba menulis sesuatu yang santai...yg ringan...yg tak pening kepala sangat... yg simple... dan inilah hasilnya!! Masih terlalu awal untuk menilai eksperimen saya ni berjaya atau tidak... tapi sekurang-kurangnya, saya sudah berjaya mencabar diri menulis sesuatu yg 'lari' sikit daripada apa yg pernah saya hasilkan sebelum ini. It's my personal achievement kerana bagi penulis yg hanya ada 5 buku sepanjang 6 tahun ini, saya rasa itu merupakan satu kepuasan peribadi bila saya mampu menulis dlm gaya penceritaan yg pelbagai. Dan saya tetap bersyukur, saya mampu menyudahkan eksperimen ini dalam masa 11 bulan sahaja dan ;menghadiahkan' kpd pembaca yg tidak mahu jln cerita complicated, memeningkan atau yg ala2 sinetron. For a change... SRV is here for all of you!!
3) Kerana konflik dan mesejnya
Walaupun mungkin ada yg menganggap...konflik remeh suami isteri lepas kawin ini sungguh tidak mencabar minda, konflik mak mertua kureng suka menantu yg berpendidikan SPM ini sungguh klise, konflik ex gf/tunang kacau daun ini sungguh stereotype... but this conflict is actually make sense in this modern world. And there's still a message hidden without any heavy conflicts!! Kadang2 kita tak perlu konflik yg mega utk menyampaikan mesej...simple and little things are sufficient. Dlm SRV, antara konflik yang diketengahkan adalah jurang akademik serta perbezaan umur sepasang suami isteri. In the end, of coz lah, kematangan si suami yg lbh berusia itu terserlah dan sebenarnya, perbezaan mereka itulah yang mendekatkan mereka. Kelainan itulah yang menjadikan mereka saling melengkapi kalau diperhalusi plot dlm SRV. Saya mungkin tidak termasuk dlm kategori penulis intelligent yg mampu memikirkan konflik yg out of the box...atau melakar plot yg cerdik dan bijak...tetapi itu tidak bermakna, apa yg saya tulis dlm SRV itu tanpa saya memikirkannya terlebih dulu. I still think..hokay?? ;) Nak buat scene wayang pacak tu pun kena fikir jugak tau!! :D
Ada yg komen, penulisan SRV seperti budak yg baru belajar menulis kaedahnya...kerana konflik tak cukup kuat. Ada juga yg mengomel, SRV saya ini tidak cukup brilliant jalan ceritanya... kerana isu yg diketengahkan terlalu simple. Ada juga yg mengatakan, saya kurang berfikir masa menulis SRV ni...kerana 'kurangnya' dialog dan plot yang meninggalkan kesan di hati! :) Apa2 pun, saya berterima kasih di atas komen2 itu...anda semua mmg observant orangnya...tahniah!!
Tetapi, saya hanya penulis biasa2, karya pun tidaklah puluhan ribu cetakannya, nama pun tidaklah se-gah mana... maka dgn itu, saya terpaksa akui yang saya tak mampu nak puaskan hati semua pembaca. Mungkin anda tidak boleh menerimanya. tetapi ada juga yg mampu menghadamnya. Namun komen anda tetap terpahat di hati saya... supaya boleh dijadikan panduan untuk menulis manuskrip yg akan datang. Anda secara tidak langsung telah memberi guideline 'the doS and the don'tS' in my writing...;)
Kepada mereka yang telah memberikan 5 ***** terhadap SRV, yang 'terhidu' bau cuppies bila membaca plot Raina baking di dapur, yg tersenyum dan terhibur dgn gelagat Emir dan Raina, yg 'tersentap' dgn dialog Emir yg tidak sengaja merendahkan Raina yg hanya lepasan SPM, yg faham situasi Emir-Raina berlainan latar belakang (i.e sampai tak boleh tgk tv...hehe), yg 'nampak' mesej di sebalik konflik yg tidak berat ini... saya ucapkan jutaan terima kasih!!! Saya hargai sgt2 feed back anda!!
Kerana itu saya sayang SRV... kerana komen2 anda yg memberangsangkan ini menjadikan saya rasa sungguh berbaloi menulis SRV!!
MAKLUMAN: Lepas ni dah takde entry syok sendiri lagi ye...at least for the next one year!! Sebabnya, manuskrip ke6 saya masih di peringkat 'preliminaries'.... so saya belum boleh 'syok' lagi dgn 'perkembangan' yang tidak berkembang sgt ni...hu hu.
MAKLUMAN: Lepas ni dah takde entry syok sendiri lagi ye...at least for the next one year!! Sebabnya, manuskrip ke6 saya masih di peringkat 'preliminaries'.... so saya belum boleh 'syok' lagi dgn 'perkembangan' yang tidak berkembang sgt ni...hu hu.
9 comments:
Lain orang lain pendapat, and everybody has the right to their own opinion. Tak semua ada citarasa yang sama dalam menghayati sesebuah karya. Saya suka plot yang biasa2 dan "masuk akal" jalan ceritanya. Kepelbagaian jalan cerita dan "masuk akal" conflict yang Hezzy hasilkan di setiap karya mampu memberi penghayatan bagi certain readers dan mendapat iktibar & pengajaran darinya. Saya rasa Hezzy setanding dengan Anis Ayuni, Aisya Sofea, Sarnia Yahya dalam menghasilkan karya yang harus di buat koleksi untuk di baca berulangkali.
Dear LR,
Yes agree with you...mmg semua org punya pendapat dan citarasa yg berlainan...(as well as myself...hehe) Saya terima dgn hati terbuka terhadap semua komen...krn mmg saya ingin dgr feed back pembaca...apa yg mereka suka atau tidak suka.
Alhamdulillah... I have readers like you who can be very open about what you read. Thank you for your support. Err...malu pulak bila dibandingkan dgn diva2 Anis Ayuni, Aisya Sofea, Sarnia...;)
Dear Hezzy, i read thi twice but i still want to read it again. Memang best! Farah
Dear Farah,
Thank you for reading SRV twice!!! Alhamdulillah...:)
Farah, what makes you want to read it again...if I may ask? ;) Apa2 pun, saya hargai kesudian Farah membaca novel saya ni...
Salam kak Hezzy. Sekarang saya dah faham kenapa akak wrote simple story. For me, takpe if penulis menulis cerita yang simple, as long as ada isi and isunya tidak bergantung.
Just for the record, you're a brilliant and intelligent writer la kak. Even with this simple outcome, you still write professionally. Bukan macam sesetengah writer yang bercerita macam menulis dalam diari sahaja. and English akak is among the best from Malay author. ;)
Salam Kiki,
Mungkin sbb akak tak pandai tulis cerita yg mega heavy kot...that's why I just write a simple story...apa yg penting, ada isi! ;)
Alhamdulillah and thank you for the comment...walaupun akak rasa 'besar' sgt gelaran brilliant & intelligent tu ;)
Hehe. Bukan tak pandai kak, akak chose not to kan. Sometimes, simple and sweet stories can make pembaca hilang stress. Macam Ki, kalau ada adegan romantik, memang boleh buat Ki happy... sampai ada kalanya, I will read lagi.
Dari apa yang Ki ingat, your stories tend to stay out of something cliche and try not to be macam typical Malay stories. That's actually good, tapi I think ramai yang sudah terbiasa dengan genre yang typical seperti "kahwin paksa", etc... That's why ada yang don't favor novel akak. Tapi takpe la kak sebab masing-masing memang ada pemikiran sendiri. For me, novel akak selalu kena dengan jiwa Ki. I don't know about novel akak Aku Pilih Dia sebab Ki belum lg baca kn... Huhu. Camne Ki boleh terlepas that novel. Huhu
Hehe. Memang brilliant and intelligent pun. Style penulisan somehow serupa dengan the way my favorite English author olahkan ceritanya... and I especially like how you wrote your dialogue. I guess it's really your writing style yang membuatkan I suka dengan novel akak, disamping jalan cerita yang unique.
Now waiting for APD lagi. hehe. Terbalik dah.
Ki,
Yes... memang nak cuba tulis something varies from each other. After I have chosen to wrote APD yg begitu, now I choosed to write SRV yg begini.
Like you said, masing2 ada pemikiran yg tersendiri dan semua pembaca pun ada selera yg tertentu. All I can do is to write whatever that is comfortable with me. And I hope to get support from all readers esp those like you...yg selalu boleh nampak apa yg akak nak sampaikan! :) Thank u dear!
Post a Comment