Finally, my 6th manuscript has got it's title!!
'SAH, AKU CINTA KAMU!' ... yg sudah semestinya bukan tajuk asal saya!! Hahaha.
Tajuk ini ehsan daripada rakan novelis saya iaitu Cik Lynn Dayana...yg ikhlas menyumbangkan idea di waktu saya sungguh semput dan buntu memikirkannya!! Thank u friend!! I owe you one!!
Dari hari sehari saya nak upload sedutan novel keenam saya ni. Selalu upload di FB...tapi terlupa nak upload di sini. So today, let's read the first snippet from the first chapter of SACK!! Enjoy reading...;)
Suasana sunyi di antara mereka. Masing-masing kelu untuk
berkata. Juadah di depan mata dinikmati sambil minda merencana apa langkah
seterusnya.
Akhirnya pemuda tersebut bersuara bila kebisuan itu
membuatkan dia kebosanan. ‘‘Dah lama atuk you terima rawatan fisio kat sini?’’
Sekilas dia mengerling pinggan gadis itu yang sudah separuh kosong. Lajunya dia
ni makan! Lapar sangat ke? Sempat ke aku nak berborak dengan dia? Atau paling
tidak pun, tanya nama dia?
Irdina menyudahkan kunyahannya. ‘‘Hampir dua bulan.’’
‘‘Strok, kan?’’
Irdina mengangguk tanpa memandang wajah itu. Tiba-tiba
terasa segan untuk menatapnya kerana ada debaran di hati tatkala bertentang
mata. ‘‘Mild stroke.’’ Pasti lelaki itu mengetahuinya daripada salah
seorang jururawat pelatih yang sering membantu atuk menjalani rawatan.
Keduanya kembali diam. Pemuda itu mula keresahan bila si
gadis begitu berselera menghabiskan nasinya. Tak mahu tanya aku apa-apa ke?
Takkan aku saja yang bercakap?
‘‘Hmm... yang you temankan tu, siapa?’’ Akhirnya Irdina
panggung kepala dan bertanya. Memandangkan pemuda itu menemani lelaki yang
berwajah kacukan, mahu juga dia tahu apa hubungan mereka. Kalau adik-beradik,
kenapa wajah mereka berlainan walaupun keduanya tampan? Kawan ke? Atau dia
ni... err... gay? Sayangnya... muka handsome tapi
gay!
Astaghfirullah... Nauzubillah.
‘‘Abang I... dia patah kaki sebab jatuh basikal.’’
Ahh... lega hati Irdina mendengar perkataan ‘abang’ itu
kerana jelas pemuda ini masih normal. Walaupun terselit rasa curiga dengan
perbezaan wajah kedua adik-beradik itu. ‘‘Abang you rider ke?’’
‘‘Peminat tegar MTB.’’
‘‘Oh...’’ Irdina mengangguk. Si abang, peminat Mountain
Biking. Si adik ni, peminat perempuan ke? Kerana suka benar menegur kaum Hawa
yang ditemuinya!
‘‘Err... how should I address you?”
‘‘Hmm... nak buat apa tahu nama I?’’ Irdina main tarik
tali. Kalau dia tanya nama aku, pasti aku akan tahu nama dia. Mahu diberitahu
nama betul atau nama tipu?
Mendengar soalan itu, pemuda itu tahu perlunya memberikan
justifikasi. Tidak mahu disalah anggap dengan niat murninya untuk berkenalan.
‘‘Dah duduk semeja macam ni tapi tak tahu nama you... rasa tak syok pulak, kan?
Kita pun akan selalu jumpa di unit fisio tu. At least for the next month or so...’’ Dia mula memikirkan perancangan masa
panjang. Berkawan biar seribu. Apa salahnya jika dia menambah seorang lagi
kawan dalam senarainya.
Irdina diam seketika. Ya... pastinya mereka akan berjumpa
lagi pada setiap hari Rabu dan Sabtu untuk minggu-minggu seterusnya. Kalau
selepas ini berselisih bahu, takkan hendak disapa dengan ‘hai’ sahaja tanpa
memanggil nama? ‘‘Hmm... Idin.’’
‘‘Idin.’’ Pemuda itu mengulanginya dengan suara perlahan
dan bersulam senyuman.’’Comel nama tu.’’
Irdina hampir tersedak mendengar pujian itu. Ni second
pick-up line ke? Ish... pandainya dia ni mengayat! Dan suara dia bila sebut
nama aku... kenapa romantik semacam aje? Irdina sudah tidak tentu rasa.
‘‘And how should I address you? Kalau
kita satu lif lagi selepas ni... at least for the next month or so?’’ Rasa
ingin tahu Irdina melonjak.
Pemuda itu melemparkan senyuman bila terasa dirinya
diperangkap dengan ayat yang serupa. ‘‘Raif... Raif Imran.’’ Mindanya sudah
memeta perancangan seterusnya. Ada sesuatu pada Idin yang menarik
perhatiannya... gaya yang selamba dan bersahaja itu mengingatkan dia pada
seseorang yang cukup dekat dengan dirinya.
Senyuman itu telah berjaya mengocak hati Irdina sepanjang
hari. Dan hari-hari seterusnya, dia tidak mampu membohongi diri. Senyuman
itulah yang mahu ditatapnya setiap kali berkunjung ke hospital pada hari Rabu
dan Sabtu.
No comments:
Post a Comment