Inilah dia close up cover SACK!!
Ada banner yg tergantung, ada dart board dan petal of roses on the floor!! I loike!!!
HANYA dengan senyuman nakal milik Raif Imran, sekeping
hati Irdina sudah tertawan. Mereka berkenalan dan akhirnya menjadi teman. Namun
terdetik di hati Irdina, siapa dia jika dibandingkan dengan gadis-gadis lain di
mata pemuda itu? Jadi teman wanita pun masih 50-50. Jauh sekali kalau hendak
diikat sebagai tunang.
Irdina Jasmin - “Hari ni
dia jemput aku. Entah esok lusa dia jemput siapa pula. Pada aku, ditinggalkan
keretanya. Tapi siapa pula gadis yang dipanggil ‘dear’ itu?”
Pada Raif, Irdina teman paling istimewa. Tapi dia
perlukan sedikit masa. Ada banyak perancangan di benaknya sebelum menyunting si
dia sebagai suri hidupnya.
Raif Imran – “Yang
saya tahu, lamaran itu membolehkan saya jadi suami awak… dan awak jadi isteri
saya dalam tempoh tiga bulan dari sekarang.”
Satu tragedi telah mendekatkan dua hati ini.
Akhirnya mereka bergelar suami isteri. Rumah tangga yang indah dilalui dengan
kasih sayang. Namun tiba-tiba, sesuatu membadai hubungan mereka. Kesetiaan dan
cinta Raif dipersoalkan satu per satu.
Raif buntu. Bagaimana dia mahu meraih semula
kepercayaan si isteri? Irdina pula semakin membeku. Benarkah suaminya bermain
kayu tiga? Antara mereka terpaksa memendam rindu kerana fitnah dan salah
sangka.
Kepada yg berminat nak order SACK, nanti saya buka kaunter pre-order bulan Januari nanti ya? Saja tak nak buka order awal2 sbb sebenarnya SACK hanya akan berada di pasaran pada hujung Januari/awal Februari nanti. Harap bersabar ya...(ayat untuk menyabarkan diri sendiri juga...hu hu)
Walaupun dah masuk novel ke6...keterujaan bila ada novel terbaru masih tetap sama seperti dulu!! :)
No comments:
Post a Comment