Sudah hampir setahun saya tak tulis entry syok sendiri ni. Memandangkan novel keenam saya SAH, AKU CINTA KAMU (atau singkatannya SACK) sudah mula dipasarkan sejak hujung Januari... maka saya pun akan kembali 'syok sendiri' di sini dan mencoretkan sebab musabab kenapa SACK begitu dekat di hati saya.
Saya mengambil masa lebih kurang 7 bulan untuk menulis SACK. Tapi sepanjang saya menulis, tajuknya bukan SACK tapi saya menamakannya KAC iaitu Kerana Ada Cinta. Tak glamer, ek? Sbb tu agaknya editor mintak tukar...hehe. So, saya perah idea cari tajuk...masih tak menepati citarasa mereka. Dan saya pun minta bantuan talian hayat drp rakan2 saya...baik rakan novelis ataupun tidak. Sudahnya, setelah disenaraikan semua tajuk, akhirnya tajuk SACK yg diilhamkan oleh novelis Lynn Dayana menjadi pilihan pihak editor. Lynn Dayana sememangnya novelis yg kaya raya dgn tajuk novel yg catchy... owh... and that reminds me of a handbag! Nanti ya Lynn! ;)
Why do I love SACK??
1) Kerana heronya adalah Raif Imran
Sejak saya menulis AKU PILIH DIA (APD) lagi, jiwa saya memang 'lekat' dengan Raif Imran ni...hehe. Dlm APD, the beginning of the story is all about him. Dia merupakan watak penting dlm APD tapi saya tak mengangkat dia jadi hero... cuma sekadar 2nd lead saja. Sebabnya, dlm APD... mmg saya dah tetapkan Ian Redza adalah heronya...no two ways about it. Walaupun Raif ni dikatakan player, sweet talker, playboya.... dan watak sebegini TIDAK MENJADI KEGEMARAN PEMBACA, sebaliknya menimbulkan KEGERAMAN PEMBACA...tapi saya cukup enjoy menulis karakternya itu...hehe. Seriously, I can 'see' him everytime I write about him. His colorful character... Raif yg sengal, nakal, mulut manis tahap kilang gula, dedicated, responsible, can be romantic at times, can also be very cheeky...I found him very real! Ada pembaca yg tak suka watak dia. Geram dgn dia dan kata dia entah apa-apa sbb semua perempuan dipanggil 'dear'. Anda berkata apa saja...saya tetap suka dia! Hahaha. Bagi saya...watak dia yg begitulah menjadi 'penyeri' SACK. Sbb tu saya sayang SACK.
2) Kerana kali pertama buat sequel.
This is my first attempt writing a sequel. Another experiment....and another achievement. Walaupun sebelum ni, saya cuba mengelak utk menulis cerita sequel bila ramai yg minta sequel untuk MK dan CTB, tetapi utk karya keenam ini, saya memberanikan diri. Ada hikmah rupanya bila saya tersangkut idea utk menulis manuskrip yg keempat dalam tahun 2010. Kerana kebuntuan idea itu, maka lahirlah APD sbagai ganti manuskrip keempat saya. Dan bila APD diterbitkan, feedback anda semua telah mempengaruhi saya untuk membuka kembali manuskrip yg tersangkut tu. Setelah dirombak idea asal, dicanai semula...maka lahirlah SACK dengan tunjang utamanya Raif Imran.
But come to think of it... bukannya sequel sgt sebenarnya. Saya cuma mengambil karakter APD utk dikembangkan dlm SACK. Dari segi plot, saya tak sentuh sgt apa yg berlaku dlm APD...so it's not really a continuation. SACK lebih tertumpu kpd Raif setelah 'die hard fans' Raif 'marah' dgn saya kerana Raif tidak dipilih oleh Johana dlm APD...hehehe. So in return, saya harus mengubati 'kekecewaan' mereka dengan menggandingkan Raif dan Idin. Bila saya dapat respon yg mengatakan mereka berpuashati dgn SACK kerana Raif Imran is back... saya rasa sungguh lega dan gembira. Inilah rupanya hikmah apabila saya ketandusan idea dahulu...rupanya idea itu muncul kemudiannya. Kalau saya proceed tahun 2010 dulu dgn cerita dan idea yg asal...mungkin impaknya tidak sebegini. Mungkin SACK tidak akan wujud. Alhamdulillah... hikmah itu baru saya nampak hari ini. That is why I love SACK!
3) Kerana covernya
For the very first time...saya dapat cover sepertimana yg saya harapkan. Masa SRV dulu...saya memang minta cuppies dan buku sbgai objek cover. Oklah... the two objects were there tapi tidak seperti yg saya bayangkan. Tapi utk SACK ni...mmg saya kongsikan dgn editor...kalau boleh saya nak banner, dart board dan petal of roses sbgai objeknya krn ketiga2 ni mmg signifikan dlm plot SACK. Banner tergantung tu masa Raif sambut Idin di kondo mereka. Dart board...is when the two had confrontation about their feelings. Petal of roses tu pun, semasa Raif buat his own 'majlis perasmian' pertama kali mereka masuk ke kondo as husband and wife. Dan designer Marliya sungguh kreatif sekali mencurahkan kepakaran dan ideanya menyusun semua objek itu menjadi cover yg cukup cantik di mata saya. The so-called dinding tu pun mmg macam dinding...kasar gitu. I loike! Cover yg nampak 'muda' dan fresh... (w/pun penulisnya tidak lagi muda dan fresh....kuikuikui)
Sungguhpun ada yg kata SACK sebenarnya biasa2 sahaja, bosan dan hambar pada permulaannya, konflik tidak kuat...too light and simple, saya tetap sayangkan SACK. Bagi saya, SACK ada jalan ceritanya yg tersendiri. It's not just about love between husband and wife, it's also love between mother and daughter. SACK bukan kisah fairy tale....SACK kisah kehidupan hari2 yg mngkin berlaku pada segelintir masyarakat di luar sana. Ada yg menganugerahkan SACK dengan hanya 1 bintang, tetapi saya tetap sayang SACK kerana ada yg 'nampak' apa yg saya cuba sampaikan dalam SACK dan sekaligus menganugerahkan 5 bintang!!! Anda semua memang terbaik!! Jutaan terima kasih saya ucapkan. Tak terbalas rasanya budi anda semua...moga Allah rahmati kalian semua.
P/S: Entry syok sendiri # 7...tahun depanlah gamaknya ye? Sbb saya masih merangka perjalanan manuskrip ke 7 saya tu. Harap maklum... baru rangka jer tu....tulisnya belum lagi!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
SEPERTI ADA CINTA
Blurb: Bertahun menyulam cinta, yang Farra Nuha dambakan hanyalah sebuah mahligai indah bersama Ilhan. Tetapi semakin tiba hari...
-
1 BANGLO dua tingkat berwarna coklat cair yang tersergam indah itu telah siap pembinaannya sejak sebulan yang lalu. Dan tiga minggu lep...
-
Memang sesuatu yg tak disangka, bila sebulan yg lalu, Ziana (Alaf 21) 'menjemput' saya menyertai barisan penulis otai ALAF utk ke Br...
-
Bertempat di Panggung GSC Pavilion KL, saya berkesempatan menonton tayangan perdana (Premier Show) filem MANISNYA CINTA DI CAPPADOCIA p...
2 comments:
SACK memang terbaik!!..jatuh cinta dengan Raif..:))..
p/s:lepas ni nk cari karya akak yg lain..
si yellow,
Berbanyak2 terima kasih krn sudi membaca SACK dan 'mencintai' Raif Imran!! :)
p/s: Jgn lupa cari AKU PILIH DIA (di situlah bermulanya kisah Raif Imran...hehe)
Post a Comment