Friday, February 28, 2014

Anugerah Grup Buku Karangkraf (AGBK 2013)

Assalamualaikum...salam Jumaat semua.

It's the last Friday of the month...and the last day of February. Tomorrow will be another new day, another new month and lot of new hopes!!

Ok, ni nak khabarkan sikit. Bermulanya esok 1 Mac... ada sesuatu yang akan bermula!!!

Apakah itu??

Dapatkan akhbar SINAR HARIAN edisi 1 Mac 2014 (esok) kerana buat julung kalinya, GRUP BUKU KARANGKRAF akan mengadakan majlis anugerah untuk semua penulis novel di bawah naugan GBK (Alaf21, Buku Prima dan Karya Bestari) and it is called ANUGERAH GRUP BUKU KARANGKRAF 2013 (AGBK2013)


Apakah yg anda perlu lakukan? Esok.. bangun pagi, bila keluar sarapan dan beli surat khabar tu...jgn lupa beli Sinar Harian, ya? Kalau yg dah memang langgan Sinar Harian hari2...anda selak2 sampai ke mukasurat yg mempromosikan tentang AGBK ini. Dah jumpa mukasurat tu, ambil pen...mulalah mengundi penulis2 kesayangan anda. Ada beberapa kategori yg dipertandingkan iaitu:

Anugerah Novel Terbaik
Anugerah Novelis Popular
Anugerah Penulis Pilihan
Anugerah Penulis Harapan
Anugerah Buku Agama, Buku Umum, Buku Kanak-kanak Terbaik
Anugerah Kelab Peminat
Anugerah Buku Terbaik
............
dan banyak lagi!!!

So, apa lagi?? Dont forget to grab your copy of SINAR HARIAN tomorrow...and start voting for your most favourite novelist/ your most favourite novel cover... and whoever your favourite la!!! :D

Kenapa perlunya majlis anugerah ini? Perlukah penulis diberi anugerah??

Di sini saya kongsikan satu artikel yg ditulis oleh seorang sifu yg saya cukup hormati pendapat dan pandangannya di dalam bidang penerbitan. Artikel ini dipetik dari FB page Wayang Minda:

https://www.facebook.com/Wayangminda

APAKAH PENULIS PERLUKAN ANUGERAH?

Esok, Grupbuku Karangkraf memulakan pencarian untuk memberi anugerah kepada para penulis melalui Anugerah Grupbuku Karangkraf atau AGBK. Tujuan utama anugerah ini adalah untuk memberi pengiktirafan kepada para penulis. Siapa yang mengiktiraf mereka? Para pembaca.

Anugerah Penulis Pilihan, Buku Pilihan dan Penulis Harapan dengan 16 kategori lain pasti meriah. Peminat bukulah yang akan memilih dan membuat keputusan siapakah yang selayaknya menerima anugerah-anugerah itu.

Kerja penulis buku bukannya mudah. Ia kerja yang payah yang memerlukan disiplin kental. Perlu istiqamah kata orang, untuk menyiapkan sesebuah buku. Berminggu, berbulan malah bertahun mereka tunduk menghadap komputer. Mereka bukan manusia biasa. Jika setakat menulis tiga empat baris ayat seperti di dalam instagram atau facebook, itu semua orang boleh buat.

Jika menulis 10 para menjadi sebuah artikel, itu ramai orang boleh lakukan. Tetapi menulis beratus-ratus para, 200 hingga 600 halaman bukan boleh dilakukan oleh semua orang. Hanya orang yang benar-benar berminat sahaja yang sanggup lakukan.

Ia adalah marathon fikiran. Siapa sanggup menulis begitu terperinci, menceritakan sesuatu ataupun menghuraikan sesuatu dengan panjang lebar? Selagi penulis tidak mengakhiri tulisannya dengan perkataan ‘tamat,’ selagi itulah apa yang ditulisnya akan membayangi setiap langkahnya, mengintai di waktu senggangnya dan mengusik tidurnya. Dan, apabila seseorang penulis membuat noktah di hujung ayat akhirnya, ia umpama seorang ibu yang melahirkan seorang bayi. Seluruh tenaga mengandung idea dapat dilepaskan dengan kelahiran sebuah buku.

Namun, apakah penulis perlukan anugerah? Penulis menulis kerana dia berminat. Bukan duit yang dikejar. Jika wang dimahunya, lebih baik buat kerja lain yang cepat mendatangkan wang ringgit. Kerana minatlah dia bersengkang mata mencurahkan apa yang bertakung di mindanya untuk khalayak. Itulah kepuasan baginya. Kerana itu, penulis tidak perlukan anugerah.

Tetapi sebaliknya, golongan pembaca yang menatap karya mereka, yang memperoleh ilmu, yang terinspirasi dan termotivasi, malah terhibur dengan sesebuah buku itulah yang seharusnya meraikan penulis dengan memberi mereka anugerah itu. Anugerah itu sebagai tanda penghormatan kepada manusia unik yang telah menyuntik sesuatu yang hidup di fikiran, hati dan jiwa mereka.

No comments:

SEPERTI ADA CINTA

Blurb: Bertahun menyulam cinta, yang Farra Nuha dambakan hanyalah sebuah mahligai indah bersama Ilhan. Tetapi semakin tiba hari...