Tuesday, October 28, 2014

Jualan Gudang is around the corner!!

Jom reramai ke Jualan Gudang di Pekarangan Karangkraf bermula Jumaat 31 Oktober - Ahad 2 November 2014. Kalau selama ni payah nak jumpa novel2 lama saya di kedai2 buku, meh datang beli kat sini. For sure ada.... and very sure, ada diskaun :)

Ni senarai novel2 lama saya. Sila cari SAH, AKU CINTA KAMU!...SEMERAH RED VELVET... AKU PILIH DIA...CINTA TAK BERALIH...KENANGAN TERINDAH... MELODI KASIH.

Nak cari novel2 terbaru ALAF21 pun ada.

Ni hah...novel terbitan September, Oktober dan November 2014. Boleh beli mana yg berkenan....:)

Tapi jangan cari novel baru saya... sebab saya tak habis tulis lagi!! Muahahaha.





Monday, October 27, 2014

Bolingku Bolingmu NovelistNovelholic 2.0

Acara boling ni dah masuk kali kedua diadakan. Kalau tahun lepas di Bukit Beruntung Golf Club, tahun ni bakal diadakan di Melaka International Bowl. Kira mcm acara tahunan utk geng2 novelist Alaf21 dan pembaca2 novel.

Ada di antara anda yg berminat nak turut serta? Semua syarat2 penyertaan ada di dalam poster di bawah ni.
Penyertaan masih dibuka hingga 31 Oktober 2014.

Jom kita berentap main boling!! Ai taklah terror sgt boling ni...tapi ai menang gelaran Juara Keseluruhan Kategori Novelist tahun lepas...hehe. Ada lagi ai simpan plaque tu...walaupun dah terpecah skit...huhu.



Friday, October 24, 2014

Salam Maal Hijrah...

Bismillahirrahmanirrahim

It's been a lonngggg time since my last entry in July.

Sepanjang tempoh Julai hingga Oktober ni... macam-macam yg dah terjadi. Dan Alhamdulillah, I'm still alive and kicking!

Byk benda nak cerita sebenarnya...tapi tahap kemalasan saya melebihi segala...hahaha. Bila umur pun dah bertambah satu lagi angka, actually I have more stories to share. But then again, NOT ALL stories can be shared. Some are too petty to tell and some are too personal to reveal.

Memandangkan hari Jumaat ni merupakan hari terakhir dalam tahun Hijrah 1435, saya ingin memohon maaf jika sepanjang saya berblogging ni, ada tulisan saya yg menyinggung perasaan. Atau sebarang tulisan saya di dalam keenam-enam novel itu yg tidak menyenangkan. Masa hari raya Aidilfitri dan Aidil Adha yg lepas, saya tak berkesempatan menulis entry utk meminta maaf.

Kali ini, dengan serendah-rendah hatinya... saya pohon maaf banyak-banyak. Kita tutup buku lama dengan bermuhasabah diri dan kita buka buku baru dengan semangat utk memperbaiki diri.

Salam Maal Hijrah utk semua.


Fadilat membaca Doa Akhir dan Awal Tahun

  • Barangsiapa membacanya doa akhir tahun maka berkatalah syaitan: Kesusahanlah bagiku dan sia-sialah pekerjaanku mengoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua dengan sebab membaca doa itu, Allah mengampunkannya setahun.

  • Barang siapa membacanya doa awal tahun maka bahawasanya syaitan berkata: Ia telah amanlah anak Adam itu daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan.


SEPERTI ADA CINTA

Blurb: Bertahun menyulam cinta, yang Farra Nuha dambakan hanyalah sebuah mahligai indah bersama Ilhan. Tetapi semakin tiba hari...