Menduduki tangga keenam dalam senarai jualan terlaris sepanjang bulan Ogos 2014.
This is after 7 months SACK being published.
Menduduki tangga ketujuh dalam senarai Top 10 Pilihan Pembaca utk tempoh 1-15 Oktober 2014.
This is after 9 months SACK berada di pasaran.
Menerima tawaran dana penulis daripada Perpustakaan Negara Malaysia. So now, you'll be able to grab a copy of SACK in all national libraries across the country. Kalau rasa tak nak beli SACK utk dijadikan koleksi, bolehlah pinjam dari library...:)
Saya tak penah rasa menulis novel sesuatu yang mudah. Utk menyiapkan satu novel dgn ketebalan antara 500-600 mukasurat, sering buat saya lelah. Saya bukan penulis yang mampu menaip berpuluh-puluh mukasurat satu hari. Dapat siapkan satu bab sehari pun saya dah berpuas hati. Saya bukan penulis yang rajin utk tulis beberapa manuskrip dalam satu masa. Saya hanya fokus kpd satu manuskrip berbulan-bulan lamanya.
Jadi, bila ada small achievement macam ni... I would say, it'a big thing for me. Bukanlah pencapaian besar mana pun, tapi utk penulis kecil-kecilan spt saya, yg sering menghadapi kepayahan utk menulis... saya rasa pencapaian ini sudah cukup baik utk saya. It's a personal achievement. Alhamdulillah... Allah masih beri saya rezeki dalam bidang penulisan ini.
Kepada yg telah membaca SACK dan enjoy membacanya, saya ucapkan terima kasih kerana menerima kekurangan dan kelebihan Raif Imran & Irdina Jasmin...:)
Kepada yg telah membaca SACK dan hampa krn SACK tidak memenuhi citarasa anda, saya pohon maaf. Saya akan cuba menulis dgn lebih baik lagi utk manuskrip ketujuh.
Kepada yg baru beli SACK semasa jualan gudang Karangkraf semalam, saya ucapkan selamat membaca dan moga terhibur.
P/S: November 2013, SACK sedang dalam proses penilaian oleh editor.
November 2014, saya masih terkial2 menulis manuskrip ketujuh...
Oh Noooooooooo!!!!!
No comments:
Post a Comment