Followers

Friday, February 28, 2014

Anugerah Grup Buku Karangkraf (AGBK 2013)

Assalamualaikum...salam Jumaat semua.

It's the last Friday of the month...and the last day of February. Tomorrow will be another new day, another new month and lot of new hopes!!

Ok, ni nak khabarkan sikit. Bermulanya esok 1 Mac... ada sesuatu yang akan bermula!!!

Apakah itu??

Dapatkan akhbar SINAR HARIAN edisi 1 Mac 2014 (esok) kerana buat julung kalinya, GRUP BUKU KARANGKRAF akan mengadakan majlis anugerah untuk semua penulis novel di bawah naugan GBK (Alaf21, Buku Prima dan Karya Bestari) and it is called ANUGERAH GRUP BUKU KARANGKRAF 2013 (AGBK2013)


Apakah yg anda perlu lakukan? Esok.. bangun pagi, bila keluar sarapan dan beli surat khabar tu...jgn lupa beli Sinar Harian, ya? Kalau yg dah memang langgan Sinar Harian hari2...anda selak2 sampai ke mukasurat yg mempromosikan tentang AGBK ini. Dah jumpa mukasurat tu, ambil pen...mulalah mengundi penulis2 kesayangan anda. Ada beberapa kategori yg dipertandingkan iaitu:

Anugerah Novel Terbaik
Anugerah Novelis Popular
Anugerah Penulis Pilihan
Anugerah Penulis Harapan
Anugerah Buku Agama, Buku Umum, Buku Kanak-kanak Terbaik
Anugerah Kelab Peminat
Anugerah Buku Terbaik
............
dan banyak lagi!!!

So, apa lagi?? Dont forget to grab your copy of SINAR HARIAN tomorrow...and start voting for your most favourite novelist/ your most favourite novel cover... and whoever your favourite la!!! :D

Kenapa perlunya majlis anugerah ini? Perlukah penulis diberi anugerah??

Di sini saya kongsikan satu artikel yg ditulis oleh seorang sifu yg saya cukup hormati pendapat dan pandangannya di dalam bidang penerbitan. Artikel ini dipetik dari FB page Wayang Minda:

https://www.facebook.com/Wayangminda

APAKAH PENULIS PERLUKAN ANUGERAH?

Esok, Grupbuku Karangkraf memulakan pencarian untuk memberi anugerah kepada para penulis melalui Anugerah Grupbuku Karangkraf atau AGBK. Tujuan utama anugerah ini adalah untuk memberi pengiktirafan kepada para penulis. Siapa yang mengiktiraf mereka? Para pembaca.

Anugerah Penulis Pilihan, Buku Pilihan dan Penulis Harapan dengan 16 kategori lain pasti meriah. Peminat bukulah yang akan memilih dan membuat keputusan siapakah yang selayaknya menerima anugerah-anugerah itu.

Kerja penulis buku bukannya mudah. Ia kerja yang payah yang memerlukan disiplin kental. Perlu istiqamah kata orang, untuk menyiapkan sesebuah buku. Berminggu, berbulan malah bertahun mereka tunduk menghadap komputer. Mereka bukan manusia biasa. Jika setakat menulis tiga empat baris ayat seperti di dalam instagram atau facebook, itu semua orang boleh buat.

Jika menulis 10 para menjadi sebuah artikel, itu ramai orang boleh lakukan. Tetapi menulis beratus-ratus para, 200 hingga 600 halaman bukan boleh dilakukan oleh semua orang. Hanya orang yang benar-benar berminat sahaja yang sanggup lakukan.

Ia adalah marathon fikiran. Siapa sanggup menulis begitu terperinci, menceritakan sesuatu ataupun menghuraikan sesuatu dengan panjang lebar? Selagi penulis tidak mengakhiri tulisannya dengan perkataan ‘tamat,’ selagi itulah apa yang ditulisnya akan membayangi setiap langkahnya, mengintai di waktu senggangnya dan mengusik tidurnya. Dan, apabila seseorang penulis membuat noktah di hujung ayat akhirnya, ia umpama seorang ibu yang melahirkan seorang bayi. Seluruh tenaga mengandung idea dapat dilepaskan dengan kelahiran sebuah buku.

Namun, apakah penulis perlukan anugerah? Penulis menulis kerana dia berminat. Bukan duit yang dikejar. Jika wang dimahunya, lebih baik buat kerja lain yang cepat mendatangkan wang ringgit. Kerana minatlah dia bersengkang mata mencurahkan apa yang bertakung di mindanya untuk khalayak. Itulah kepuasan baginya. Kerana itu, penulis tidak perlukan anugerah.

Tetapi sebaliknya, golongan pembaca yang menatap karya mereka, yang memperoleh ilmu, yang terinspirasi dan termotivasi, malah terhibur dengan sesebuah buku itulah yang seharusnya meraikan penulis dengan memberi mereka anugerah itu. Anugerah itu sebagai tanda penghormatan kepada manusia unik yang telah menyuntik sesuatu yang hidup di fikiran, hati dan jiwa mereka.

Friday, February 21, 2014

Pakej jualan CINTA TAK BERALIH

Novel ketiga saya CINTA TAK BERALIH... sudahkah anda memilikinya?
Jika belum, di sini ada tawaran pakej CINTA TAK BERALIH.

http://novelman.blogspot.com/2014/02/set-kombo-vogue-f.html

SET KOMBO 'VOGUE' F

Menghargai sambutan hangat peminat novel dengan SET KOMBO yang ditawarkan oleh AR RAZI NETWOK.  Maka,  kali ini,  kami memperkenalkan pula  -  

SET KOMBO  'VOGUE'  F.


SET KOMBO ini terdiri dari novel hasil karya para  'otai'  dalam dunia penulisan novel  dibawah bumbung KUMPULAN KARANGKRAF SDN BHD.



Apa yang pembeli dapat dari SET KOMBO 'VOGUE'  F  ini  ?

1]  5 naskah novel yang mendapat sambutan hangat dipasaran.
2]  Senaskah novel PERCUMA !
3]  BONUS.  Diberikan satu soalan.  Dan jika pembeli dapat menjawab soalan yang diberikan,  maka pembeli akan diberikan satu naskah lagi novel secara PERCUMA.
4]  Senaskah AL QURAN AL KARIM terbitan KUMPULAN KARANGKRAF dengan harga DISKAUN 30%.




 [1]
Cinta Separuh Mati
Penulis:  Durrah Fatiha
Harga: RM 19.90






 [2]
Tajuk:  Cinta Tak Beralih.
Penulis:  Hezzy Azra.
Harga: RM 18.00





 [3]
Tajuk:  Aku Turut Bahagia
Penulis:  Asmah Hashim
Harga: RM 23.00





 [4]
Tajuk:   DEMIMU NAZWA
Penulis:  KAMSIAH ABU
Harga: RM 25.90 







 [5]
Tajuk:  Potret Dua Wajah
Penulis:  Haiza Najwa
Harga: RM 21.00




Cinta Separuh Mati:  RM19.90
Cinta Tak Beralih:  RM18.00
Aku Turut Bahagia:  RM23.00
Demimu Nazwa:  25.90
Potret Dua Wajah:  RM21.00
AL QURAN:  RM29.75
--------------------------------------
TOTAL:  RM137.55  +
Kos POS LAJU:  RM20.00
======================

KOS KESELURUHAN:  RM157.55


1 novel PECUMA.  Bernilai RM20.00

Jangan lepaskan peluang untuk tambahkan lagi simpanan novel.  BONUS menanti anda !

Dengan menjawab soalan dibawah.  Pembeli akan mendapat 1 naskah lagi novel secara PERCUMA.  BONUS untuk anda !




Soalan:  
Apakah hubungan sebenar antara Nazwa, Rizwan dan Edham? Berjayakah Edham mengahwini Nazwa?
Siapa yang menang akan dapat hadiah Novel ~  SEINDAH TAKDIR CINTA... (harga novel ini RM27.90)... so memang berbaloi... hehehe...


Keseluruhannya,  anda JIMAT RM60.65 !!!!!


Jangan tunggu lagi !  Kirimkan pesanan / order anda sekarang !

Emel:  mohamad.feroz@gmail.com
Taipkan tajuk:  SET KOMBO 'VOGUE'  F.




Inilah muka surat dalam AL QURAN AL KARIM yang boleh diperolehi dengan 
DISKAUN HEBAT -  30% !
Terbitan KUMPULAN KARANGKRAF SDN BHD.

Harga Pasaran AL QURAN:  RM42.50.
DISKAUN 30%.
Anda hanya perlu membayar:  RM29.70


Kenapa perlu memiliki AL QURAN ini ?

Kelebihan Produk :

[1] Paling murah di pasaran.
[2] Cantik, berwarna, tajwid berwarna.
[3] Dilengkapi panduan waqaf dan tajwid.
[4] Telah disemak oleh Lembaga Tasheh.
[5] Ciri mewah dan kemas.
[6] Kertas bermutu tinggi.



Nanti !  Jangan bayar sen.  Kami genapkan.  Anda hanya perlu bayar RM155.00  SAHAJA.

+  5 novel
+  1 novel PERCUMA.
+  1 novel BONUS.
+  DISKAUN 30% untuk senaskah AL QURAN bersaiz A4.
+  Jimat RM63.20.
+  TANDATANGAN eksklusif NOVEL BONUS ! 


Jangan tunggu lagi.  Kirimkan order anda sekarang !!!

Monday, February 17, 2014

Saya sayang karya saya (entry syok sendiri # 6)

Sudah hampir setahun saya tak tulis entry syok sendiri ni. Memandangkan novel keenam saya SAH, AKU CINTA KAMU (atau singkatannya SACK) sudah mula dipasarkan sejak hujung Januari... maka saya pun akan kembali 'syok sendiri' di sini dan mencoretkan sebab musabab kenapa SACK begitu dekat di hati saya.

Saya mengambil masa lebih kurang 7 bulan untuk menulis SACK. Tapi sepanjang saya menulis, tajuknya bukan SACK tapi saya menamakannya KAC iaitu Kerana Ada Cinta. Tak glamer, ek? Sbb tu agaknya editor mintak tukar...hehe. So, saya perah idea cari tajuk...masih tak menepati citarasa mereka. Dan saya pun minta bantuan talian hayat drp rakan2 saya...baik rakan novelis ataupun tidak. Sudahnya, setelah disenaraikan semua tajuk, akhirnya tajuk SACK yg diilhamkan oleh novelis Lynn Dayana menjadi pilihan pihak editor. Lynn Dayana sememangnya novelis yg kaya raya dgn tajuk novel yg catchy... owh... and that reminds me of a handbag! Nanti ya Lynn! ;)

Why do I love SACK??

1) Kerana heronya adalah Raif Imran
Sejak saya menulis AKU PILIH DIA (APD) lagi, jiwa saya memang 'lekat' dengan Raif Imran ni...hehe. Dlm APD, the beginning of the story is all about him. Dia merupakan watak penting dlm APD tapi saya tak mengangkat dia jadi hero... cuma sekadar 2nd lead saja. Sebabnya, dlm APD... mmg saya dah tetapkan Ian Redza adalah heronya...no two ways about it. Walaupun Raif ni dikatakan player, sweet talker, playboya.... dan watak sebegini TIDAK MENJADI KEGEMARAN PEMBACA, sebaliknya menimbulkan KEGERAMAN PEMBACA...tapi saya cukup enjoy menulis karakternya itu...hehe. Seriously, I can 'see' him everytime I write about him. His colorful character... Raif yg sengal, nakal, mulut manis tahap kilang gula, dedicated, responsible, can be romantic at times, can also be very cheeky...I found him very real! Ada pembaca yg tak suka watak dia. Geram dgn dia dan kata dia entah apa-apa sbb semua perempuan dipanggil 'dear'. Anda berkata apa saja...saya tetap suka dia! Hahaha. Bagi saya...watak dia yg begitulah menjadi 'penyeri' SACK. Sbb tu saya sayang SACK.

2) Kerana kali pertama buat sequel.
This is my first attempt writing a sequel. Another experiment....and another achievement. Walaupun sebelum ni, saya cuba mengelak utk menulis cerita sequel bila ramai yg minta sequel untuk MK dan CTB, tetapi utk karya keenam ini, saya memberanikan diri. Ada hikmah rupanya bila saya tersangkut idea utk menulis manuskrip yg keempat dalam tahun 2010. Kerana kebuntuan idea itu, maka lahirlah APD sbagai ganti manuskrip keempat saya. Dan bila APD diterbitkan, feedback anda semua telah mempengaruhi saya untuk membuka kembali manuskrip yg tersangkut tu. Setelah dirombak idea asal, dicanai semula...maka lahirlah SACK dengan tunjang utamanya Raif Imran.
But come to think of it... bukannya sequel sgt sebenarnya. Saya cuma mengambil karakter APD utk dikembangkan dlm SACK. Dari segi plot, saya tak sentuh sgt apa yg berlaku dlm APD...so it's not really a continuation. SACK lebih tertumpu kpd Raif setelah 'die hard fans' Raif 'marah' dgn saya kerana Raif tidak dipilih oleh Johana dlm APD...hehehe. So in return, saya harus mengubati 'kekecewaan' mereka dengan menggandingkan Raif dan Idin. Bila saya dapat respon yg mengatakan mereka berpuashati dgn SACK kerana Raif Imran is back... saya rasa sungguh lega dan gembira. Inilah rupanya hikmah apabila saya ketandusan idea dahulu...rupanya idea itu muncul kemudiannya. Kalau saya proceed tahun 2010 dulu dgn cerita dan idea yg asal...mungkin impaknya tidak sebegini. Mungkin SACK tidak akan wujud. Alhamdulillah... hikmah itu baru saya nampak hari ini.  That is why I love SACK!

3) Kerana covernya
For the very first time...saya dapat cover sepertimana yg saya harapkan. Masa SRV dulu...saya memang minta cuppies dan buku sbgai objek cover. Oklah... the two objects were there tapi tidak seperti yg saya bayangkan. Tapi utk SACK ni...mmg saya kongsikan dgn editor...kalau boleh saya nak banner, dart board dan petal of roses  sbgai objeknya krn ketiga2 ni mmg signifikan dlm plot SACK. Banner tergantung tu masa Raif sambut Idin di kondo mereka. Dart board...is when the two had confrontation about their feelings. Petal of roses tu pun, semasa Raif buat his own 'majlis perasmian' pertama kali mereka masuk ke kondo as husband and wife. Dan designer Marliya sungguh kreatif sekali mencurahkan kepakaran dan ideanya menyusun semua objek itu menjadi cover yg cukup cantik di mata saya. The so-called dinding tu pun mmg macam dinding...kasar gitu. I loike! Cover yg nampak 'muda' dan fresh... (w/pun penulisnya tidak lagi muda dan fresh....kuikuikui)

Sungguhpun ada yg kata SACK sebenarnya biasa2 sahaja, bosan dan hambar pada permulaannya, konflik tidak kuat...too light and simple, saya tetap sayangkan SACK. Bagi saya, SACK ada jalan ceritanya yg tersendiri. It's not just about love between husband and wife, it's also love between mother and daughter.  SACK bukan kisah fairy tale....SACK kisah kehidupan hari2 yg mngkin berlaku pada segelintir masyarakat di luar sana. Ada yg menganugerahkan SACK dengan hanya 1 bintang, tetapi saya tetap sayang SACK kerana ada yg 'nampak' apa yg saya cuba sampaikan dalam SACK dan sekaligus menganugerahkan 5 bintang!!! Anda semua memang terbaik!! Jutaan terima kasih saya ucapkan. Tak terbalas rasanya budi anda semua...moga Allah rahmati kalian semua.

P/S: Entry syok sendiri # 7...tahun depanlah gamaknya ye? Sbb saya masih merangka perjalanan manuskrip ke 7 saya tu. Harap maklum... baru rangka jer tu....tulisnya belum lagi!!!

Friday, February 14, 2014

Pakej Sah, Aku Cinta Kamu!

Anda ingin mendapatkan novel Sah, Aku Cinta Kamu dgn tawaran yg hebat??

Sila ke link di bawah ni... ada tawaran Sah, Aku Cinta Kamu dan novel lain dan anda berpeluang untuk membeli Al Quran keluaran Karangkraf dgn 35 % diskaun!

Pakej SAH,  Aku Cinta Kamu. 
Set KOMBO C.



# Beli 5 novel.  
Dapat senaskah AL QURAN dengan DISKAUN 35 %  
ATAU  
Senaskah novel dengan PERCUMA.




[1] Seindah Takdir Cinta
KAMSIAH ABU
RM 27.90







[2] Kuingin Cintamu
Haiza Najwa
RM 22.00







[3]  Sah, Aku Cinta Kamu
Hezzy Azra
RM 23.00







[4]  Detik Debar
Eyman Hykal
Harga: RM 17.00








[5]  Runcing
Zharulnizam Shah Z.A
Harga: RM 21.00




Dan rebutlah peluang untuk mendapatkan naskah AL QURAN AL KARIM.  Diterbitkan oleh KUMPULAN KARANGKRAF SDN BHD. 
DISKAUN sebanyak 35%



ATAU.   
Anda boleh mendapatkan SENASKAH novel terpilih dibawah  dengan PERCUMA.



Seindah Takdir Cinta - RM 27.90
Kuingin Cintamu - RM 22.00
Sah, Aku Cinta Kamu - RM 23.00
Detik Debar - Harga: RM 17.00

Runcing - Harga: RM 21.00 
------------------------------------------
Total:  RM110.90
Kos PO LAJU:  RM20.00
-------------------------------------------

Total:  RM130.90
-------------------------------------------

AL QURAN AL KARIM:

Saiz A4:  RM42.50
Saiz A5:  RM30.00
Saiz A6:  RM20.00

DISKAUN 35%:   A4: RM27.60 /  A5:  RM19.50 / A6:  RM13.00.

Bayaran mudah dan genap:
RM130.90 + RM27.60:  RM158.50 = RM158.00 sahaja.
RM130.90 + RM19.50:  RM150.40 = RM150.00 sahaja.
RM130.90 + RM13.00:  RM143.90 = RM143.00 sahaja. 


Bagaimana cara memesan  ?

Mudah sahaja.  Ikuti cara seperti dibawah:

1)  Kirimkan emel ke alamat - mohamad.feroz@gmail.com.
Tuliskan tajuk:  Set KOMBO C

Sila berikan maklumat seperti dibawah:
1 - Nama penuh.
2 - Alamat lengkap dan poskod.
3 - Nombor hp.



2)  Kirinkan sms ke nombor -  019 2254 910.
Tuliskan tajuk:  Set KOMBO C

Sila berikan maklumat seperti dibawah:
1 - Nama penuh.
2 - Alamat lengkap dan poskod.
3 - Nombor hp.

Deposit.  Tunggu dahulu !

Setelah mendapat pengesahan.  Baharulah masukkan deposit kedalam salah satu akaun dibawah:

Sila bank-in ke dalam salah satu akaun atas nama:  MOHAMAD FEROZ BIN MOHAMMAD ZAINI  : 

MAYBANK  112045101747  
CIMB  1214-0103882-528  
BSN  10104-41-00002047-2  
BANK ISLAM  12-038-02-555836-7  
RHB  1-62595-0000651-1

#  Samada pembeli menggunakan emel atau sms.  Mohon diberikan maklumat seperti dibawah:

Emel:  Mohon diberikan bukti pembayaran.  Gambar slip pembayaran atau snap shot bank transfer.  # Sertakan bersama - Nama penuh pembeli.

SMS:  Mohon diberikan bukti pembayaran.  Bank / Nama Pembeli /  Amaun Deposit / Tarikh / Waktu.


TERIMA KASIH.

http://novelman.blogspot.com/2014/01/pakej-sah-aku-cinta-kamu-set-kombo-c.html
http://novelisasi.blogspot.com/2014/01/pakej-sah-aku-cinta-kamu-set-kombo-c.html

Thursday, February 13, 2014

Karnival Karangkraf 7-9 Februari 2014

Karnival Karangkraf yang berlangsung baru-baru ni. These are some of the pixs...(yg saya 'cilok' drp pemiliknya...terima kasih ya!)






Terima kasih kpd mereka yg berkunjung ke karnival ini. Terima kasih kpd yg sanggup meredah lautan manusia, yg bersusah payah mencari parking dan berasak2 serta berpanas utk membeli novel2 keluaran GBK secara amnya dan novel2 saya secara khususnya. Terima kasih kpd yg dtg bertegur sapa dgn saya. Ribuan terima kasih saya ucapkan.... anda mmg best!!

Untuk pembeli2 SACK... semoga anda terhibur dgn karya keenam saya ni. Kalau ada yg terkurang tu...mohon maaf daripada seikhlas hati saya.
 
Copyright (c) 2010 when Hezzy Azra writes.... Design by WPThemes Expert

Themes By Buy My Themes And Web Hosting Reviews.