Wednesday, October 10, 2007

What's up today?



Time flies... my one and only daughter turns 5 today. Well currently, she’s the one and only child I have… belum ada rezeki lagi untuk dia ‘beradik’.
To my princess of happiness… you are the sun, the rain, the moon and the stars to mama and papa. You are our reason for breathing! May ALLAH bless you always… jadi anak yang solehah, yang bijak dan yang kuat semangat. May you have a good life and fortune ahead of you, sayang!






Dan hari ni juga, angkasawan Malaysia yang pertama akan bertolak ke angkasa lepas tepat jam 21:21. Another record to contribute to our 50th Independence Day Celebration.
To our drop dead gorgeous angkasawan; Dr Sheik Muszaphar, we are all very proud of you. Congratulations and wish you all the best throughout the whole mission. Bawalah nama Malaysia ke mercu kegemilangan.



Dan 3 hari lagi, dah nak raya. This time around, I don’t really feel the raya heat. Walaupun lagu raya dah berkumandang di radio sejak 15 ramadhan lagi. Nape, ek?
Mungkin kerana saya tak turun ke Jln Tuanku Abdul Rahman, Masjid India atau pun Kompleks PKNS utk merasai kemeriahan membeli-belah sempena hari raya. Baju raya anak dah dibeli sebelum puasa. And as for me, thank you to my husband’s office mate who’s selling nice kain ela and managed to influence him to get those nice ones for me! Senang hidup saya, bila husband balik bawak bbrp pasang kain dan saya terus hantar ke tailor the following week. Selesai bab baju raya! Tak pyh berpusu-pusu membeli belah…
Dan mungkin juga suasana hari raya tak terasa sbb tahun ni saya tak buat walaupun sejenis kuih raya kot! Saya ni nak kata terror sgt, tak jugak. Tapi kalau bawak sebalang kuih raya ke office, sekejap jer dah tinggal serbuk! Komen kawan2… rupa biskut raya tak menarik sgt, tapi sedap! Hahaha, ok la tu kan? Well, saya pun bukan nak menjual, so mmg akui presentation utk biskut2 raya saya tu, tak begitu menarik! Ada yg nipis, ada yg tebal, acuan pun lain2… bentuk bintang, bentuk bulan…ikut suka saya la!



Sejak sekolah rendah lagi, saya suka tolong mak buat kuih raya. Tolong mak aturkan kuih dlm tray, masukkan dlm balang, pukul butter dan telur… itu semua favourite past time tu! Dan bila umur meningkat belasan tahun, saya dah boleh take over tugas tu dari mak. Kalau mak sibuk jahit langsir, saya kat dapur buat biskut kelapa, tart, nestum, cornflakes, kacang… macam2 lagi la! Cuma bila time menggaul tepung utk buat dough tu, saya kena mintak tolong mak sbb tangan saya tak cukup besar nak menggaul! Sanggup bersengkang mata sampai ke pagi dan panas2 muka duduk kat dpn oven tu! Dan saya masih ingat, office mate arwah abah pun pernah tempah biskut ovaltine dari saya… and I was only 15 years old at tat time! Personal achievement tu!
Walaupun sibuk, tradisi membuat kuih raya diteruskan hingga saya dah bekerja. Dan masa saya dlm pantang lepas bersalin pun, saya sempat jugak buat dua jenis biskut. Biasanya, kalau tak dapat buat banyak jenis, satu dua jenis pun dah memadai.



Tapi tahun ni, saya dilanda angin kemalasan yg teramat sgt. Satu jenis biskut pun tak terbuat. Cuma saya harap sgt2, angin kemalasan saya tu tak berlarutan hingga hari terakhir ramadhan. Sbb saya dah berazam nak buat butter cake atau chocolate cake sehari sebelum hari raya. Kesian anak saya, dia ingat tahun ni mama dia buat choc chip cookies mcm kat Famous Amos tu, tapi nampaknye, beli kat Famous Amos je la!

6 comments:

Anonymous said...

I think I know lah why u malas buat kuih this time around, sbb the excitement of awaiting the release of your 1st novel has overtaken raya excitement...betul tak? (come to think of it who wouldn't right?)

Hezzy Azra... said...

Anonymous... couldn't agree with you more! Ye le... who wouldn't, right?

Anonymous said...

I agree wif anonymous. Sebab you sibuk tunggu 'angpow'.

Kalau bakar kek atau biskut pun takut hangit je... sbb fikiran dah melayang entah ke mana... hehe...

Selamat Hari Raya. Mintak maaf banyak2 ye jika ada tersalah dan terkasar bahasa di spjg perkenalan kita.

Hezzy Azra... said...

Jogi - Slamat Hari Raya serta ampun & maaf jika ada sebarang kata/sms/gurauan yg keterlaluan.

Sebab takut hangit le sampai tak terbuat2 biskut raya tu! hehe

diamond baby said...

oh well, rezeki org lain yg jual kuih. buat cam aku je..every year its kuih tunjuk. but cakes! ah yg itu biar kita buat sendiri..

selamat hari raya fren!

Hezzy Azra... said...

db- kaya org jual kuih tu...disebabkn 'kerajinan' kita yg main tunjuk jer! yup... berkobar2 semangat aku nak buat cake esok! haha...

babe, slamat hari raya...maaf segala2...raya mana?

SEPERTI ADA CINTA

Blurb: Bertahun menyulam cinta, yang Farra Nuha dambakan hanyalah sebuah mahligai indah bersama Ilhan. Tetapi semakin tiba hari...