Thursday, October 25, 2007

Open Houses...

Masuk aje minggu ke2 Syawal, as much as we can guess... semua org pun mula buat rumah terbuka. Saya dan hubby pun tidak ketinggalan dijemput. Setakat hari ni, saya dah terima lebih daripada 5 jemputan. Alaa... what is 5 or more invitation? What's the big deal about it? Tapi yang tak bestnye... semuanye pada hari yg sama... Sabtu 27 Oktober!

My husband, being as practical as he is, suggests that I should make a proper schedule this Saturday. Supaya kami berdua boleh rancang masa & perjalanan dan attend SEMUA jemputan! Nanti tak de la yg kecik hati ke, atau apa ke. So, this is the schedule going to be:-

1) 9am to 3 pm Location: Wangsa Maju
Kindergarden anak saya. Principal siap call saya jemput datang besides sending the invitation card
2) 1pm to 6pm Location: Rawang Country Homes
Rumah big boss saya. Tak kan tak pergi rumah own MD kot?
3) 1pm to 5pm Location: SS5 Kelana Jaya
Rumah ex-college mate saya. Dah lama tak jumpa dia... masa ni la patut berjumpa pun
4) 3pm to 6pm Location: SS4, Kelana Jaya
Rumah husband punya working network. Kalau networking tak bagus, it might effect the work pulak, kan? Hahaha
5) 8pm to 10pm Location: Ampang Jaya
One of my best friend's house.
6) 1pm to 5pm Location: Shah Alam
Kakak sulung saya menjemput semua adik-beradik, ipar duai dan sanak saudara beraya di rumah dia.
And not forgetting... 9am to 12pm Location: SS7, Kelana Jaya
Saya kerja hari Sabtu...

Okay, I'm done! Putting up a schedule is not a problem. Tapi masalahnye, larat dan termampu ke nak pergi SEMUA? Dan setakat mana yang saya mampu makan setiap 3 jam? Ataupun minum air bergelen-gelen? Atau setakat pergi dan tunjuk muka? Tapi tuan rumah mesti akan pelawa makan... tak kan pandang dan ambik bau jer,kan? Ini bukan citer 3 Abdul...
So, what's the conclusion or solution going to be? Akan ada ke yg berkecil hati atau kami akan menghabiskan masa di dalam kereta sepanjang hari?

Tuesday, October 23, 2007

Kisah di bulan Syawal...

1st Syawal - Every raya eve and raya morning, will be spent at my mom's house. That's the standard operating procedure ever since I got married... no compromising! Kejam ke saya? Or is it, the power of negotiation? Am I good or what? Haha
Everything went on just fine. Spt tahun2 lalu, saya dah ziarah kubur arwah abah, hari terakhir ramadhan. Dan kali ni, saya bawak sekali anak dara saya yg umur 5 tahun tu. Sebelum ni, dia tak pernah pergi kubur arwah atuk dia. Masa tu dia tak berapa faham lagi. Tapi bila sekarang dia dah lancar baca Al-Fatihah, boleh la saya ajar dia sedekahkah Al-Fatihah utk atuk dia. Saya tak suka pergi kubur pagi raya sbb selalunya pagi Syawal kawasan perkuburan tu boleh create traffic-jam. Havoc! At least, pergi sebelum raya, boleh lama sikit kat kubur sbb tak pyh terkejar-kejar nak pergi beraya pulak lepas tu... nak pergi rumah in-laws, sedara-mara, etc.

4th Syawal - My sis in law gave birth to a pair of twins... Ayra and Asif! Syukur semua selamat... ibu & anak2 yg comel tu! Bila cium kembar tu, the smell of a new born baby (bau johnsons & johnsons punya lotion. Emm... best!) rasa macam nak tambah ahli keluarga pulak! InsyaALLAH... kalau ada rezeki!

8th Syawal - Kalau ikut bulan Islam... tahun 1428 hijrah ni, wedding anniversary yg ke 8. Alhamdulillah... we survived in this marriage for the past 8 years (and more years to come, InsyaALLAH). No marriage is perfect... but, we can always try to make it as perfect as we can!

Hari-hari yg lain tu... saya masih bercuti. Walaupun husband dah kerja hari raya ke 4, tapi saya masih tetap beraya! Mother & daughter outing!
Overall, raya has never been the same since arwah left us in 1999 but we still cherish this moment... beraya dengan mak. The rest of it, tak de apa2. The excitement of raya, is when you see the kids getting excited counting their duit raya collection... that's all!

Thursday, October 11, 2007

Selamat Hari Raya...

Selamat Hari Raya, maaf zahir batin kpd semua yg jenguk atau singgah di halaman saya ni...
Memandangkan esok dah nak masak rendang, nak bakar lemang, nak anyam ketupat, nak buat kek... jadi saya tak de masa nak blogging! Sebab tu kena wish hari ni! Hahaha... macam real jer saya ni. Tetiba, nampak anak bulan ptg ni... arrgh, sudah! Rendang ke mana, lemang Pak Ali jer la jawabnye! Haha
To all my dear friends, yg mana buat open house/raya gathering tu jgn lupa jemput. InsyaALLAH... I wont disspoint you guys.

Wednesday, October 10, 2007

What's up today?



Time flies... my one and only daughter turns 5 today. Well currently, she’s the one and only child I have… belum ada rezeki lagi untuk dia ‘beradik’.
To my princess of happiness… you are the sun, the rain, the moon and the stars to mama and papa. You are our reason for breathing! May ALLAH bless you always… jadi anak yang solehah, yang bijak dan yang kuat semangat. May you have a good life and fortune ahead of you, sayang!






Dan hari ni juga, angkasawan Malaysia yang pertama akan bertolak ke angkasa lepas tepat jam 21:21. Another record to contribute to our 50th Independence Day Celebration.
To our drop dead gorgeous angkasawan; Dr Sheik Muszaphar, we are all very proud of you. Congratulations and wish you all the best throughout the whole mission. Bawalah nama Malaysia ke mercu kegemilangan.



Dan 3 hari lagi, dah nak raya. This time around, I don’t really feel the raya heat. Walaupun lagu raya dah berkumandang di radio sejak 15 ramadhan lagi. Nape, ek?
Mungkin kerana saya tak turun ke Jln Tuanku Abdul Rahman, Masjid India atau pun Kompleks PKNS utk merasai kemeriahan membeli-belah sempena hari raya. Baju raya anak dah dibeli sebelum puasa. And as for me, thank you to my husband’s office mate who’s selling nice kain ela and managed to influence him to get those nice ones for me! Senang hidup saya, bila husband balik bawak bbrp pasang kain dan saya terus hantar ke tailor the following week. Selesai bab baju raya! Tak pyh berpusu-pusu membeli belah…
Dan mungkin juga suasana hari raya tak terasa sbb tahun ni saya tak buat walaupun sejenis kuih raya kot! Saya ni nak kata terror sgt, tak jugak. Tapi kalau bawak sebalang kuih raya ke office, sekejap jer dah tinggal serbuk! Komen kawan2… rupa biskut raya tak menarik sgt, tapi sedap! Hahaha, ok la tu kan? Well, saya pun bukan nak menjual, so mmg akui presentation utk biskut2 raya saya tu, tak begitu menarik! Ada yg nipis, ada yg tebal, acuan pun lain2… bentuk bintang, bentuk bulan…ikut suka saya la!



Sejak sekolah rendah lagi, saya suka tolong mak buat kuih raya. Tolong mak aturkan kuih dlm tray, masukkan dlm balang, pukul butter dan telur… itu semua favourite past time tu! Dan bila umur meningkat belasan tahun, saya dah boleh take over tugas tu dari mak. Kalau mak sibuk jahit langsir, saya kat dapur buat biskut kelapa, tart, nestum, cornflakes, kacang… macam2 lagi la! Cuma bila time menggaul tepung utk buat dough tu, saya kena mintak tolong mak sbb tangan saya tak cukup besar nak menggaul! Sanggup bersengkang mata sampai ke pagi dan panas2 muka duduk kat dpn oven tu! Dan saya masih ingat, office mate arwah abah pun pernah tempah biskut ovaltine dari saya… and I was only 15 years old at tat time! Personal achievement tu!
Walaupun sibuk, tradisi membuat kuih raya diteruskan hingga saya dah bekerja. Dan masa saya dlm pantang lepas bersalin pun, saya sempat jugak buat dua jenis biskut. Biasanya, kalau tak dapat buat banyak jenis, satu dua jenis pun dah memadai.



Tapi tahun ni, saya dilanda angin kemalasan yg teramat sgt. Satu jenis biskut pun tak terbuat. Cuma saya harap sgt2, angin kemalasan saya tu tak berlarutan hingga hari terakhir ramadhan. Sbb saya dah berazam nak buat butter cake atau chocolate cake sehari sebelum hari raya. Kesian anak saya, dia ingat tahun ni mama dia buat choc chip cookies mcm kat Famous Amos tu, tapi nampaknye, beli kat Famous Amos je la!

Friday, October 05, 2007

Another blog is being created today...

Though I’ve already had one in Yahoo 360 (which is a private blog, created for a private reason and viewed only by selected friends) this particular blog is different (created for a different purpose and shall be viewed by a totally different set of people… I think!) Whatever it is, this is exclusively created to celebrate the ‘birth’ of my first novel…

Hah... wat? Novel? Kekadang rasa tak percaya pulak yang saya akhirnya terjerumus di dalam bidang penulisan novel. Memang saya suka berangan/mengelamun dan menulis. Tapi semua hasil tulisan saya tu lesap entah ke mana. Kalau tak kena bakar sebab saya dah boring tengok, mungkin mak saya dah ‘ter’buang bila dia beli almari baru! Or, she must have thought that it was one of those Karangan Bahasa Malaysia that I wrote for my school homework!
Anyway, reading novels has always been my favourite past time since young. I don’t just read, I love to analyze and criticize! Antara sebab switched dari science stream ke arts stream masa tingkatan 4 dulu pun kerana teringin sangat nak membaca novel during school hours without fear dan membuat analisa sendiri! Terima kasih kpd Puan Siti dan Puan Puteh, antara guru-guru sastera sejak form 4 hingga form 6 di CBN kerana selalu menyergah saya dgn soalan2 “Awak ingat kenapa watak tu bertindak macam tu? Apa konflik dia sebenarnya? Betul ke tindakan watak tu?” Part2 yg memang saya seronok betul nak menjawab, walaupun tak semestinya jawapan saya tu betul. Biarpun Puan Puteh selalu nak ‘menyongsangkan’ pendapat saya… tapi saya tetap mempertahankan pendirian dan pemikiran! Those sweet moments…
Lepas habis tingkatan 6, entah di mana silapnya saya, minat membaca novel menurun dgn merudum sekali. Bertahun-tahun lamanya saya tak membaca novel. Begitu juga dgn menulis. Diary pun saya dah malas nak sentuh. Mungkin kerana sibuk dgn kehidupan baru selepas itu (i.e college life, part time & temporary jobs, working permanently, err… what else? Courting, got married, then got pregnant, delivered my first baby… and the list goes on and on!)
Only in recent year that my 2nd sister mentioned abt ALAF 21 and their popular novels written by so many new authors. Dan bila dia kata “Tak nak try menulis? Jadi novelis?” Saya mula menggaru hidung dan kepala… berkerut-kerut kening dan dahi… memikirkan soalan dia. Jadi novelis? Mampu ke? Masih ada ke skill aku menulis? Bermula dari saat itulah, saya mula membelek dan membaca novel2 Melayu… just to analyse the trend now. And after reading from one novel to another… by various writers… the spirit of writing just blossomed!
Maka sebab itu, terciptalah blog ini khusus untuk meraikan kemunculan karya pertama saya (yg bakal dijual di rak2 kedai buku yg berhampiran anda! InsyaALLAH…very soon!) dan kelahiran ‘Hezzy Azra’ sebagai novelis yang baru hendak mengorak langkah.
Welcome to my world of writing, everybody…. Salam perkenalan untuk anda semua!

SEPERTI ADA CINTA

Blurb: Bertahun menyulam cinta, yang Farra Nuha dambakan hanyalah sebuah mahligai indah bersama Ilhan. Tetapi semakin tiba hari...