Biasanya, orang kaitkan zodiac atau bulan masehi dgn perilaku atau peribadi seseorg. Kali ni cuba kaitkan dengan bulan Islam pulak. Received this from a friend via email.
HIJRAH Sekiranya anda mengetahui pada bulan Hijrah anda dilahirkan, menurut pengetahuan tradisional bulan itu mempunyai pengaruh yang tersendiri terhadap perilaku. Dicatatkan bagi menambahkan pengetahuan.
MUHARRAM Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi kurang bijak jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.
SAFAR Tabiat buruknya ialah, dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu. Jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.
RABIULAWAL Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.
RABIULAKHIR Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar jika dibiarkan dgn tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.
JAMADIL AWAL Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang tidak masuk akal atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.
JAMADIL AKHIR Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecil, ibubapanya perlu mendidik dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.
REJAB Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang murni. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walaubagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.
SYA'ABAN Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya danmudah mendapat rezeki.
RAMADHAN Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.
SYAWAL Perwatakannya dan hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruk itu. Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya.
ZULKAEDAH Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.
ZULHIJJAH Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan
Untuk mengetahui tarikh lahir anda dlm bulan Islam, cuba layari: www.islam.com/islamicdates.asp
Friday, February 29, 2008
Friday, February 22, 2008
Tabiat Makan dan Gaya Hidup Yg Sihat...
Malu nak ngaku sebenarnya… that we are actually (esp. myself) have not been living in a healthy lifestyle.
Masa saya kecik2, arwah Wan kata senang nak besarkan saya. Bila cucunya yg sorang ni balik kampung, saya cuma nak makan ikan bawal goreng dan gulai lemak kobis yg dimasak oleh Wan. Bila saya mengandung, saya tak mengidam yg pelik2 pun, makan pun tak byk. Cuma bila dah 7 bulan onwards, saya nak lunch kat umah mak saya hari2. Kesian husband, terpaksalah menghantar saya ke umah mak setiap pagi dan jemput setiap petang. Mujur 15 km aje!
Tetapi sejak bbrp tahun kebelakangan ini, tabiat mkn saya yg tak consistent mmg ada ketikanya menakutkan. Ada masa saya bleh makan apa saje… mulut asyik nak mengunyah tak henti-henti. Ajak husband mkn kat tmpt best2 semata-mata nak makan seafood au gratin, crab meat in shell, seafood’s platter, bathura with butter chicken and massala prawn, lamb chop, kari kepala ikan, grilled chicken, chicken Monterey, macaroni & cheese, oyster, sotong bakar… pendek kata, all those fattening food and high cholestrol la kiranya! Dan husband tak sampai hati agaknya, akan tetap bwk saya ke tempat2 yg disebutkan (takut saya kempunan, kot?) Bila saya berjaya menghabiskan makanan tersebut tanpa dia perlu menghabiskannya utk saya, dia pasti akan kata “Wow, you eat a lot nowadays… Bravo! Tapi jgn complaint klau kebaya u ketat!”
Ada masanya, tanya lah saya apa nak makan… dan jawapan standard saya “dah tak tahu nak makan apa!” Maknanya mmg saya tak berselera langsung. Masa ni, husband saya lah yg kena menghabiskan segala2nya agar tidak membazir. Dan office mate pun dah faham sgt… sepinggan mee goreng, saya cuma makan 5 sudu… yg selebihnya, supplement utk diorg! Kadang2 saya rasa, saya ni mcm ular sawa pulak… minggu ni mkn byk, tapi minggu seterusnya mkn skit… sbb stock minggu sebelum tu masih ada lagi, kot! Haha
Senaman? Oh well, jenis ‘senaman’ yg saya buat hanyalah turun naik tangga, jln kaki dari parking ke office (yg hanya 5 minit tu), berjalan keliling stadium s.alam dua minggu skali sambil meninjau brg2 yg dijual di car boot sale/flea market! Kasut jogging saya? Hmm… saya pun dah tak ingat bila last saya pakai! Teruk betul saya ni, kan?
Dan dengan sedikit kesedaran/keinsafan yg ada… saya pun gagahkan diri pergi ke gymnasium di club house. Selain drp nak memulakan gaya hidup yg sihat (sebelum terlambat!), saya juga berusaha utk fully utilized what ever facilities that the club house has to offer… or else, we will be paying the management for nothing! Buat rugi jer duit! Husband saya jugak kata… kena biasakan diri dulu dgn pergi gym, bila dah fit nnt bleh temankan dia main squasy. Saya pun dgn confidentnya jwb balik kat dia… “I fit apa?”
For the first attempt, saya mulakan dgn cycling. Next visit, saya nak try treadmill, weight lift…. Waaahh… tinggi cita-cita... berkobar-kobar semangat! Bila peluh dah keluar, rasa2 calori pun dah turun skit (iya ke?) saya dengan bangganya pulang ke rumah!
Dan malam ni, saya mula terasa sesuatu! Paha saya… rasa selenguh-lenguhnya. Kaki saya… berkeriut-keriut bunyinya. Pinggang saya… teramatlah sengalnya. Mak ooi… sakit2 badan den!
Fit? Tak de nye fit kalau tak pernah exercise! Nak main squasy? Klau macam ni lah gaya nye… lagi 3 bulan la kot pegang reket squasy tu!

Sunday, February 17, 2008
It's 5 am in the morning...
Why am I still awake?
Saya masih berjaga sejak pukul 6 pagi smlm... (16 feb! fuh... record, almost 24 hours tak tido!) Selain drp duduk mengadap lap top dan 'mengubah kasih yg telah byk kali berubah'... saya juga baru saje meraikan kejayaan MU mengalahkan Arsenal 4-0 (beautiful goals by Rooney, Fletcher, Nani and again, Fletcher) dlm perlawanan FA Cup sebentar tadi!
Now... i can sleep!
Sorry to all Arsenal fans...

Monday, February 11, 2008
Test... jangan tak test!
How did we spent our long holidays?
~ menerima kunjungan tetamu di rumah i.e my two best friends (elin & arfah), my sis in-law & family
~ menjenguk saudara mara yg tgh bercuti di Zon on the Park, KL (tapi saya bukan relative Datuk K atau Datuk S... hehe!)
~ menziarah sepupu yg baru melahirkan baby ke 3
~ test drive the new proton SAGA...
my review... (mcm Jeremy Clarkson la pulak! Tapi apa2 pun saya tak kan mengulas spt Jeremy Clarkson... if you know what I meant by that!)
Anda digalakkan membeli keluaran terbaru Proton ini jika:-
1) Anda menginginkan sebuah kereta yg easy to handle, sekadar untuk membawa anda dari point A ke point B tanpa perlu mencilok atau speeding (bukan kereta2 yg mencanak kelajuannya!)
2) Anda memang mahukan ruang yang besar dan selesa
3) Anda suka kereta yg simple... tidak byk gadget i.e ada suis kat sana, terpaksa petik button sini
4) Anda bukannya seorg pemandu yg suka menghabiskan masa berjam2 di dlm kereta
5) Anda bukan peminat kereta dan tidak bercita2 utk memiliki 'the driver's car'...
Sekiranya anda tergolong dlm golongan di atas... there you go! This new national car named SAGA suits you....
I missed driving the best car Proton ever produced, Putra 1.8dohc... so badly!
P/S: Dah agak dah... bila MU jumpa Man City, sure kalah punya! Stress...
Friday, February 01, 2008
The Cars...
Peugeot 206cc - Sporty yet feminine...
Porsche Cayenne - What's the latest price now? Close to RM1 million...
Last but not least. I think, it's the cheapest if you were to compare with the above cars. But the performance... 240 bhp, 2 litre turbo, 0-100 kph in 6.5 secs... that's the Mitsubishi Airtrek Turbo! (Tak dpt beli yg lain... yg ni pun cukup ler...)
P/S: Ini la kereta2 yg saya 'abadikan' dlm MK! Well... I'm full of imagination, anyway...
Subscribe to:
Posts (Atom)
SEPERTI ADA CINTA
Blurb: Bertahun menyulam cinta, yang Farra Nuha dambakan hanyalah sebuah mahligai indah bersama Ilhan. Tetapi semakin tiba hari...
-
1 BANGLO dua tingkat berwarna coklat cair yang tersergam indah itu telah siap pembinaannya sejak sebulan yang lalu. Dan tiga minggu lep...
-
Memang sesuatu yg tak disangka, bila sebulan yg lalu, Ziana (Alaf 21) 'menjemput' saya menyertai barisan penulis otai ALAF utk ke Br...
-
Bertempat di Panggung GSC Pavilion KL, saya berkesempatan menonton tayangan perdana (Premier Show) filem MANISNYA CINTA DI CAPPADOCIA p...