Biasanya, orang kaitkan zodiac atau bulan masehi dgn perilaku atau peribadi seseorg. Kali ni cuba kaitkan dengan bulan Islam pulak. Received this from a friend via email.
HIJRAH Sekiranya anda mengetahui pada bulan Hijrah anda dilahirkan, menurut pengetahuan tradisional bulan itu mempunyai pengaruh yang tersendiri terhadap perilaku. Dicatatkan bagi menambahkan pengetahuan.
MUHARRAM Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi kurang bijak jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.
SAFAR Tabiat buruknya ialah, dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu. Jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.
RABIULAWAL Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.
RABIULAKHIR Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar jika dibiarkan dgn tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.
JAMADIL AWAL Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang tidak masuk akal atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.
JAMADIL AKHIR Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecil, ibubapanya perlu mendidik dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.
REJAB Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang murni. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walaubagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.
SYA'ABAN Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya danmudah mendapat rezeki.
RAMADHAN Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.
SYAWAL Perwatakannya dan hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruk itu. Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya.
ZULKAEDAH Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.
ZULHIJJAH Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan
Untuk mengetahui tarikh lahir anda dlm bulan Islam, cuba layari: www.islam.com/islamicdates.asp
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
SEPERTI ADA CINTA
Blurb: Bertahun menyulam cinta, yang Farra Nuha dambakan hanyalah sebuah mahligai indah bersama Ilhan. Tetapi semakin tiba hari...
-
1 BANGLO dua tingkat berwarna coklat cair yang tersergam indah itu telah siap pembinaannya sejak sebulan yang lalu. Dan tiga minggu lep...
-
Memang sesuatu yg tak disangka, bila sebulan yg lalu, Ziana (Alaf 21) 'menjemput' saya menyertai barisan penulis otai ALAF utk ke Br...
-
Bertempat di Panggung GSC Pavilion KL, saya berkesempatan menonton tayangan perdana (Premier Show) filem MANISNYA CINTA DI CAPPADOCIA p...
4 comments:
Hezzy tq for the website dapat jugak check yg saya lahir bulan Syawal. Tapi macam tak betul aje ramalan tu. Saya berperwatakan keras hati?...susah mak ayah nak jaga?...kalau tanya saya mmglah sgt bertentangan tapi tak taulah kalau org lain atau anda sendiri melihat saya begitu...
eses6456,
oh, bulan Syawal eh? hehe. tapi namanya pun ramalan...mungkin tepat dan mungkin tersasar. mungkin ada yg kena pada orangnya dan mungkin juga ada yg tak kena langsung. walau apa pun, pada pendapat saya, ramalan ttg anda itu amatlah bertentangan skali dgn apa yg saya lihat sendiri....
btw, untuk saya 80% tepat. anak saya 90% menyerupai dan suami saya 100% menyamai... haha... how do u explain tat?
"ZULKAEDAH Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan."
Hahaha... rasa nak tergelak plk. Pendiam tu mgkn ya... baik jadi buruk tu, rasa cam takut plk. kena hati2 ni.
Jogi,
Alaa... namanya pun ramalan! Tak pyh takut2. Dlm realiti kehidupan pun, kita perlu berhati-hati... agar yg baik itu dikekalkan dan buruk tu dijauhkan...
Post a Comment