Wednesday, April 30, 2008

Ladies Night...











Get Together Class of 1990 CBN... pada 30hb 8.30 malam. So... kpd kaum Adam, bapak-bapak sekalian... sila awasi anak anda untuk satu malam kerana ibu/mama/mummy perlu menghadiri ladies night! Hahaha




Bila saya kata nak pergi gathering ni, husband saya dah tepuk dahi... "ni gang yg mana pulak ni?" Seperti biasa, saya akan menjawab semua soalan dia tanpa prejudis. Beritahu dia 'gang' yang mana, siapa kengkawan yg akan datang, etc. Sehari sebelum tu, saya balik ke rumah lambat sikit lepas kerja... sbb lepak berkongsi rasa dan pendapat dengan Rose Harissa di Subang Parade. Pun dia tanya..."lepak dgn sapa pulak ni?" Dah give-up lah tu... saya asyik jumpa kengkawan aje! Really... you can't blame me for having so many friends, can you? Hehe



Dan malam tu, berjumpalah semula gang2 CBN. Havoc giler... bergegar rumah dibuatnya dgn gelak tawa hampir 20 orang! Bercerita ttg zaman2 nakal di sekolah... cikgu2 yg pernah marah kitorg... kena kejar dgn pengawas la... macam2! Well, I had fun... walaupun saya balik paling awal drp diorg. Should do this from time to time... tak de la lepas 18 tahun baru jumpa semula!







Thursday, April 24, 2008

10 days of silence...

Apa sudah jadi pada saya 10 hari kebelakangan ni?


Tak de la jadi apa-apa yg tragik. Selain drp mengalami sedikit sakit belakang (mungkin berpunca drp saya tergelincir jatuh ketika sedang mencuci bilik mandi. Yes... I'm prone to home accident! Pernah jatuh kerusi, jatuh tangga... name it... saya pernah merasa!) Saya juga sibuk memuaskan hati dgn memperkemaskan manuscript yg ke2 sblm dihantar ke editor. Turut meluangkan masa di saat-saat terakhir mengisi borang B Income tax saya dan suami. Well, this is my yearly routine in the month of April ever since we got married. Sebagai isteri merangkap secretary (who keeps all his documents, receipts, do all his filing, etc) saya akan mengisi semuanya dgn senang hati. Come to think about it... I should've been treated during the secretaries week. What happen to my treat?! Paling kurang pun lunch kat hotel tengok Anuar Zain atau 'Spend A Nite With Anuar Zain' ke? Kena claim ni!!



Husband saya mmg kurang berminat bila tiba bab mengisi-isi borang mcm gini. Sejak dulu lagi mcm tu dan saya tak pernah kisah. Bagi dia, kerja2 administrative ni, sesuai dilakukan oleh org mcm saya. Dan bila dia tak mempersoalkan apa yg saya buat... tahu2 semua dah siap dan dia kena sign jer borang2 tu... I feel damn good about it. The fact that he has his faith in me! On top of that, at least I know... klau dia terfikir nak tambah 'cawangan' lain pun, saya jugak yg kena isi borang 'keizinan' tu utk dia! In other words... I am rest assured that he cannot go that far! Hahaha....




Bila saya sibuk dan kureng sihat ni, anak saya AHA pun tetiba jadi rajin semacam.



Gambar di atas menunjukkan yang dia sedang sibuk membasuh pinggan mangkuk. Kalau org tgk, mesti ingat saya dera anak saya yg berumur 5++ melakukan house chores. Tapi sebenarnya, dia yg volunteer nak buat. Bila fikir balik, elok jugak tu... budak2 skrg ni semua bibik tolong buatkan. Sejak tak de maid ni, pandai2 lah buat sendiri. Kalau tak train buat kerja rumah sekarang, bila lagi nak ajar,kan?



Bila AHA basuh pinggan tu... mulut dia pot-pet, pot-pet. Yes, she's the bubbly type. Kalau siapa yg dah biasa dgn dia... akan terdengar la celoteh dia yg entah apa2 tu. Yang kelakarnya, dia siap cakap kat saya... "Mama jgn risau, semuanya berjalan lancar. Bukan susah pun basuh pinggan ni mama... senang sangat. Mama mesti suka sebab semuanya pasti berkilat dan bersinar! Tapi bila dah basuh pinggan byk2 mcm ni, hari ni tak bleh la sembahyang. Nak cuti 3 hari!"



"Kenapa pulak nak cuti? Sembahyang mana boleh cuti-cuti?" Saya tanya dia.


Dengan selambanya dia jawab "Hari tu mama kata mama cuti sembahyang satu minggu... ni mintak 3 hari jer cuti! Tak kan tak boleh?"




This daughter of mine has got all the answers to my questions. Cuma saya jer yg kadang2 terkedu sekejap sebelum menjawab soalan2 dia!

Monday, April 14, 2008

Di PWTC ~ 13 April

Saya diapit oleh K.Meen, K. Anis, Aleya & Fatin
Di depan; K.Aisya, Damya, K.Lina & Dhiya















Di depan; K.Meen & K.Anis. Di belakang; Dhiya, Lynn & saya


















Saya, Dhiya, K.Anis dan Mersik (2nd man Alaf FC) Di belakang; Carrie Kirana (pengulas novel yg disegani), Abang Long (1st man Alaf FC), K.Meen, Aleya dan Fatin



Saya terjumpa kawan sekelas masa darjah 4; Siti Salmah. Puas tenung muka, minda kerja keras seketika... sbb nak recall nama!




















Pesta Buku 2008 berakhir semalam. Di atas, adalah antara gambar2 yg sempat dirakamkan. Tapi Fadli Akiti yg turut ada smlm, tidak dpt bersama ketika sesi fotografi ni. Dalam saya teruja bergambar, ada masanya, saya terlupa langsung yg saya bwk camera. And due to that forgetfulness, rasa ralat dan nyesal jugak bila tak dpt bergambar dgn cikgu saya masa darjah 6... Ms Ng. Terharu sgt bila Ms Ng kata, dia masih ingat karangan yg saya tulis masa darjah 6 ttg keseronokan cuti sekolah yg berakhir dgn kesedihan bila arwah datuk saya meninggal. Yes, I do remember that karangan.... To Ms Ng, thanx for the compliment and encouragement.



Dan saya jugak tak sempat snap a photo with the cute and adorable Abdul Rahman and his mama. Saya sign MK utk Rahman yg belum berusia setahun! Well, mama Azlina (junior saya di CBN dulu)... you may have to read MK first before Rahman reaches 18! Screen dulu, okay?Hehe.


Kepada yg singgah bertemu saya, terima kasih banyak2 kerana sudi memiliki MK; karya pertama drp saya yg baru nak menapak dlm bidang penulisan novel. Dan untuk kesekian kalinya, saya berterima kasih kepada pihak Alaf 21 yg menjemput saya utk bersama2 memeriahkan pesta buku kali ini dan berada di kalangan semua penulis yg hebat2 belaka. I felt really small but being able to sit next to them, I must say that it was a wonderful experience. (I guess, any other new writer would feel the same too!)


P/S: 13 April juga menyaksikan kekalahan Arsenal 1-2 ditumpaskan oleh MU di Old Trafford. Sorry again to all Arsenal fans...

Thursday, April 10, 2008

Di PWTC ~ 5 & 6 April

Sabtu 5 April – Pertama kali saya berdepan dengan para pembaca yg sudi membeli dan membaca MK sempena berlangsungnya Pesta Buku. Berbanyak terima kasih saya ucapkan kepada mereka yang menghulurkan MK untuk saya coretkan sepatah dua kata dan turunkan tandatangan. Walau pun saya masih kekok… (sehingga puas diketawakan oleh Rose Harissa kerana terkial-kial bukak plastik pembalut buku tu!) tetapi ianya satu pengalaman yg manis. Tak pe, Rose… practise makes perfect. Ada beberapa hari lagi aku boleh practise! Haha

Kepada yg akan membaca MK (termasuk beberapa rakan lama yg melintasi booth Alaf dan tetiba terkejut tengok saya tulis novel!) saya harap anda enjoy membaca setiap halaman. Spt yg sering saya katakan… ‘membaca MK utk enjoy jalan ceritanya, because MK is mainly not a sad story yg akan membuatkan anda meraung bila membacanya!’
Kepada yg sudah selamat khatam MK… jutaan terima kasih di atas komen yg diberikan. Buat Nacha, K.nOOr and the gang (I hope I spelt it correctly!) yg kata mereka berguling-guling kerana seronok membaca MK… well, saya lebih-lebih lagi berguling kerana seronok dengan feed back tersebut!
Pada hari tu turut ada Aisya Sofea, Anis Ayuni, Ramlee Awang Murshid, Richie Rachman, Emma Maizura, Qaira Qashida. Tetapi saya cuma sempat bergambar bersama K.Meen, Rose, K.Lina. Di belakang; Bikash dan Aleya
Ahad 6 April – Hari kedua saya diapit oleh Lynn Dayana dan Aleya Aneesa. Di hujung sana, Ramlee Awang Murshid dan Kak Aisya sibuk dikerumuni peminat. Di hujung sini, kami gelak... kunyah kacang... gelak dan berterusan gelak. Itulah antara aktiviti sampingan saya, Lynn dan Aleya selain drp sibuk menyain autograph (maksud saya, diorg la yg lebih sibuk menyain berbanding dgn saya yg lebih byk mengunyah kacang! Hehe) Dan pertama kali bertemu Rinn yg pernah review MK di dalam blognya. Sorry la ye, hari tu ter’blur’ skit… didn’t know who I was supposed to sign the book for! Hehe

Gambar saya dgn junior sewaktu di CBN. Sesudah 16 thn tak berjumpa, di PWTC kami bertemu semula. Thanx for the support, Imel…
InsyaALLAH, pada hari terakhir pesta buku Ahad 13hb ni… saya akan berada di sana sekali lagi. Sudi-sudikanlah menjengah booth Alaf jika anda tidak berkesempatan untuk berkunjung pada minggu lepas.

Thursday, April 03, 2008

Pesta Buku Antarabangsa KL di PWTC

JADUAL KEHADIRAN PENULIS-PENULIS ALAF 21
TARIKH 4 - 13 APRIL 2008
ISNIN - KHAMIS 10.00 PAGI - 7.00 MALAM
JUMAAT - AHAD 10.00 PAGI - 9.00 MALAM

JADUAL KEHADIRAN NOVELIS
Jumaat 4 April
Norzailina Nordin, Lily Haslina, Rose Harisa
Sabtu 5 April
Norzailina Nordin, Anis Ayuni, Aleya Aneesa, Ramlee Awang Murshid, Azhan Kamal, Richie Rachman, Hezzy Azra, Emma Maizura,Rose Harisa, Qaira Qashida
Ahad 6 April
Norzailina Nordin, Anis Ayuni, Aleya Aneesa, Lynn Dayana, Ramlee Awang Murshid, Azhan Kamal, Emma Maizura, Samsiah Md. Noor, Aminah Mokhtar, Luqman Hakim, Hezzy Azra, Qaira Qashida
Isnin 7 April
Lily Haslina, Murad Arshad, Rose Harisa, Luqman Hakim
Selasa 8 April
Norzailina Nordin, Durrah Fatiha, Murad Arshad
Rabu 9 April
Durrah Fatiha, Lily Haslina, Norzailina Nordin
Khamis 10 April
Dr. HM Tuah Iskandar, Norzailina Nordin, Murad Arshad, Durrah Fatiha, Damya Hanna
Jumaat 11 April
Norzailina Nordin, Lily Haslina, Rose Harisa, Meen Zulaikha, Damya Hanna
Sabtu 12 April
Norzailina Nordin, Anis Ayuni, Damya Hanna, Meen Zulaikha, Aisya Sofea, Richie Rachman, Aleya Anessa, Fatin Nabila, Lynn Dayana, Ramlee Awang Murshid, Qaira Qasidah, Rose Harisa
Ahad 13 April
Norzailina Nordin, Anis Ayuni, Damya Hanna, Meen Zulaikha, Aisya Sofea, Richie Rachman, Lily Haslina, Lynn Dayana, Aleya Aneesa, Fatin Nabila, Hezzy Azra
Kepada pihak ALAF 21, ribuan terima kasih diucapkan kerana menjemput saya utk bersama2 memeriahkan Pesta Buku 2008 ni, sedangkan saya masih lagi bertatih dlm dunia penulisan. Masih merangkak-rangkak menimba pengetahuan utk belajar jadi novelis.
I'm honoured...

SEPERTI ADA CINTA

Blurb: Bertahun menyulam cinta, yang Farra Nuha dambakan hanyalah sebuah mahligai indah bersama Ilhan. Tetapi semakin tiba hari...