Followers

Thursday, April 24, 2008

10 days of silence...

Apa sudah jadi pada saya 10 hari kebelakangan ni?


Tak de la jadi apa-apa yg tragik. Selain drp mengalami sedikit sakit belakang (mungkin berpunca drp saya tergelincir jatuh ketika sedang mencuci bilik mandi. Yes... I'm prone to home accident! Pernah jatuh kerusi, jatuh tangga... name it... saya pernah merasa!) Saya juga sibuk memuaskan hati dgn memperkemaskan manuscript yg ke2 sblm dihantar ke editor. Turut meluangkan masa di saat-saat terakhir mengisi borang B Income tax saya dan suami. Well, this is my yearly routine in the month of April ever since we got married. Sebagai isteri merangkap secretary (who keeps all his documents, receipts, do all his filing, etc) saya akan mengisi semuanya dgn senang hati. Come to think about it... I should've been treated during the secretaries week. What happen to my treat?! Paling kurang pun lunch kat hotel tengok Anuar Zain atau 'Spend A Nite With Anuar Zain' ke? Kena claim ni!!



Husband saya mmg kurang berminat bila tiba bab mengisi-isi borang mcm gini. Sejak dulu lagi mcm tu dan saya tak pernah kisah. Bagi dia, kerja2 administrative ni, sesuai dilakukan oleh org mcm saya. Dan bila dia tak mempersoalkan apa yg saya buat... tahu2 semua dah siap dan dia kena sign jer borang2 tu... I feel damn good about it. The fact that he has his faith in me! On top of that, at least I know... klau dia terfikir nak tambah 'cawangan' lain pun, saya jugak yg kena isi borang 'keizinan' tu utk dia! In other words... I am rest assured that he cannot go that far! Hahaha....




Bila saya sibuk dan kureng sihat ni, anak saya AHA pun tetiba jadi rajin semacam.



Gambar di atas menunjukkan yang dia sedang sibuk membasuh pinggan mangkuk. Kalau org tgk, mesti ingat saya dera anak saya yg berumur 5++ melakukan house chores. Tapi sebenarnya, dia yg volunteer nak buat. Bila fikir balik, elok jugak tu... budak2 skrg ni semua bibik tolong buatkan. Sejak tak de maid ni, pandai2 lah buat sendiri. Kalau tak train buat kerja rumah sekarang, bila lagi nak ajar,kan?



Bila AHA basuh pinggan tu... mulut dia pot-pet, pot-pet. Yes, she's the bubbly type. Kalau siapa yg dah biasa dgn dia... akan terdengar la celoteh dia yg entah apa2 tu. Yang kelakarnya, dia siap cakap kat saya... "Mama jgn risau, semuanya berjalan lancar. Bukan susah pun basuh pinggan ni mama... senang sangat. Mama mesti suka sebab semuanya pasti berkilat dan bersinar! Tapi bila dah basuh pinggan byk2 mcm ni, hari ni tak bleh la sembahyang. Nak cuti 3 hari!"



"Kenapa pulak nak cuti? Sembahyang mana boleh cuti-cuti?" Saya tanya dia.


Dengan selambanya dia jawab "Hari tu mama kata mama cuti sembahyang satu minggu... ni mintak 3 hari jer cuti! Tak kan tak boleh?"




This daughter of mine has got all the answers to my questions. Cuma saya jer yg kadang2 terkedu sekejap sebelum menjawab soalan2 dia!

2 say you... say me:

eses said...

Bagus tu kalau your husband rely on you to file kan all his personal documents, at least boleh keep track on his activities, especially boleh scrutinize his credit cards expenses…taklah terkena mcm ej pulak…

Hezzy Azra... said...

Eses,
Terkena mcm EJ?? Ish... tak baik tau kata suami saya mcm Taj Ghazi! Jauh panggang dari api sbb he's always on cash basis...not credit cards! Haha.

Tapi kalau cash basis, lagi susah nak keep track, kan? Hmmm....tapi tak pe, I even know his ATM pin number!

 
Copyright (c) 2010 when Hezzy Azra writes.... Design by WPThemes Expert

Themes By Buy My Themes And Web Hosting Reviews.