Sunday, June 22, 2008

EURO 2008


Antara sebab musabab saya tidak buat entry lebih awal ttg Euro 2008, kerana banyak game yang saya tak tengok di peringkat awal pusingan pertama. Seperti kata novelis Laila Kamilia (yg juga kaki bola spt saya! haha) bila usia dah bertambah ni... dah tak berapa larat nak berjaga sampai dinihari.


Atas faktor itu, saya cuma layan team yg saya betul2 minat ataupun player yang saya teruja nak tengok aksinya i.e Klose, Podolski (Germany) Ruud Van Nistlerooy, Robin Van Persie, Edwin Van de Sar (Holland) Rustu Recber (Turki) Ronaldo (Portugal) Fernando Torres, Fabregas, Casillas (Spain) Luca Toni, Buffon (Italy)


Bila perlawanan suku akhir bermula sejak 2o Jun... dan team yg saya sokong dan minat bertempur... Germany vs Portugal, Turki vs Croatia, Holland vs Russia... memang sukar utk saya missed. Dah dua malam, waktu tidur saya sudah lari dari timing asal! Mak oooii... memang stone dibuatnya, bila tidur selepas Subuh dan bangun semula pukul 8.30 pagi!


Dan malam ni... I'm still contemplating... nak tengok atau tidak Spain vs Italy. Kalau layan jugak... perlukah ambik MC esok hari? Hahahaha... marah bos saya kalau diorg tahu!

Wednesday, June 18, 2008

Holidaying...

The meaning of 'holidaying' for me is just staying at home... sit back and relax! The idea of pack and unpack the luggage seems 'too tiring' for me. Saya mmg bukan seorg yg kaki melancong... and I'm not an adventurous person too. Dan saya mmg kagum dengan mereka yg hobinya melancong atau bermakan angin. Antara contoh terdekat, Along saya. Ada saje agendanya tiap hujung minggu. Tup-tup dengar pegi Trengganu, ke Kuantan, ke Genting atau paling tidak, balik ke kampung abang ipar saya di Jelebu. Bila saya tanya, ada apa pegi jalan-jalan sana? Jawapan dia "Tak de apa-apa. Saje jalan-jalan.Boring duduk rumah!" Saya sering amazed dgn kerajinan dia untuk berjalan-jalan mengelak rasa 'boring' duduk di rumah!




Kalau pergi holiday mana-mana pun... saya lebih suka dan rela duduk di hotel dan tido! Kalau tak pun, dengan bertemankan novel atau lap top... saya akan terus memerap di dalam bilik tanpa keinginan utk menjenguk dunia luar! I'm such a boring person, I know that! But I'm also aware, it is so selfish of me to behave like that... it will effect the mood of everybody around me. Terutama bila AHA dah pandai melahirkan pendapatnya pada saya. Cuti sekolah baru-baru ni, dia tanya "Kita tak pergi mana-mana ke?" Kesian dan rasa bersalah pulak saya dengar, lebih-lebih lagi bila SEMUA sepupunya (baik sepupu sebelah mama atau papa dia) pergi melancong... ke Pantai Timur, ke Utara, ke Gold Coast, and even to Egypt. Dan saya? Tak langsung memohon cuti merancang untuk bawa dia ke mana-mana sempena cuti sekolah! Teruk kan saya ni?




So, I try to make it up to her.



And here we are... at Avillion Admiral Cove, Port Dickson. Alahai... Port Dickson lagi! Itu pun sebab husband saya mengikuti kursus di sini selama tiga hari... dan saya pun tumpang sekaki. Yeah true, I'm being a cheap-skate... as usual! But I have a strong reason this time... subsidi petrol dah tak ada, so saya pun cari la alternative... iaitu, percutian yg subsidi! Saya memang teruk!



Pemandangan dari balcony tingkat 5




Gambar atas: AHA berposing dgn sea lion.

Gambar bawah: Saya dan AHA sebelum check out.

Sunday, June 15, 2008

Father's Day

Selamat hari bapa utk semua lelaki yg bergelar abah/papa/daddy atau sebagainya.


Saya kehilangan abah ketika berumur 25 tahun 11 bulan. Saya dengan arwah mempunyai satu chemistry yg agak pelik. Kami sering tak sependapat... tapi kami boleh dikategorikan sebagai rapat. Antara kami tiga beradik, rasanya saya yg paling byk meluangkan masa bersama arwah. Mana tak nya, sayalah driver arwah ketika keuzurannya menjadikan dia tidak mampu memandu. And I was still his driver up to his last breath. I did most of his errands. I even nursed him... tukang bagi injection tatkala dia perlu disuntik dgn insulin setiap pagi. Semasa mak saya ke Edinburgh hampir dua bulan kerana menemani kakak sulung saya yg bersalin dan berpantang, sayalah yg 'jaga' makan minum arwah. 'Penjagaan' saya menimbulkan complaint arwah kpd mak saya...
"Lagi2 masak asam pedas... kuahnya cair pulak tu! Kalau tak masak, asyik2 beli mee bandung!'" Errr... I admit, I was not a good cook! Dan kesian arwah kerana ditinggalkan bersama anak daranya yg paling tidak pandai masak!


Kami jarang berbual dan perbualan kami hanya menjurus kpd isu2 tertentu i.e, "Malam tadi tengok game world cup? Team mana menang?" Soalan arwah ketika menemankan saya menunggu bas sekolah pagi2 buta semasa demam piala dunia melanda!

Bila kami tidak sependapat ttg sesuatu perkara... darah muda ketika itu memang akan menjadikan saya stress giler! Tahap tolerasi dan kesabaran saya memang rendah... malahan, cukup minimal! Saya pasti akan bermasam muka dan tension. Dan 'mangsa' yg akan mendengar luahan hati dan bebelan saya... sudah semestinya husband saya (at that time, we were still courting!) Dan husband/boyfriend saya punya response, seperti biasa...

"Alah... abah you memang macam tu. You just have to be patient with him."

"Mana you tahu abah I macam tu? You pernah tinggal serumah dgn abah I ke?" Tanya saya tak berpuas hati.

"Memang I tak pernah tinggal serumah dgn abah you. Tapi I satu zodiac dengan dia. We both think alike... so, I know exactly what he thinks and how he thinks!"


True enough... I should have been more patient!

Al-Fatihah untuk arwah abah... and Happy Father's Day to a man who knew what arwah abah was thinking!

Thursday, June 05, 2008

AHA ~ The Pet Lover




























Sejak dari kecil lagi, AHA suka betul dgn binatang peliharaan dan spesis2 yg seumpama itu.

She was not even two years old when we took her to Rabbit's Farm at Colmar Tropicale for the first time. Tapi elok jer dia main dgn arnab2 tu semua.


Melihatkan kepada kecenderungan itu, dia pernah dibawa ke Petting Zoo di Sunway, A'Famosa Safari tengok Animal Show, Zoo Negara, Ostrich Farm, Buttterfly Park. And even, kandang kambing ketika berlangsungnya Ekspo Penternak dan Peladang di Batu Buruk, Kuala Trengganu. Selamba aje dia peluk anak kambing tu dan cakap "Kita bawak balik anak kambing ni boleh tak mama? I like it so much!" Sedangkan mama dia dah geli geleman tengok anak kambing yang bertompok-tompok tu!


Setakat kucing dan kura-kura dah tak jadi masalah untuk dia. Kura-kura dia yang diberi nama Sonia dan Sania... diletakkan aje atas tapak tangan dengan dialog "Ala cayang busyuk2... mama marah awak, eh?" (Tetiba aje, saya jadi mama kura-kura!) Perli saya lah tu, sbb saya selalu complaint kata Sonia dan Sania tu busuk!



Dia sibuk nak bela hamster, tapi saya tak bagi. Another creature which I'm not fond of! But she's a real negotiator... entah macam mana dia 'berunding' dgn papa dia... at the end, she got herself a rabbit recently! Bantahan saya tidak diambil kira... majority wins! Tengok la gambar yg atas sekali tu, dia dan bunny kesayangan. Setiap kali balik sekolah, itu yg diterpa dulu... "You missed me, Bunny?" Tergelak jugak bila dengar dia cakap macam tu... tapi bunny tu memang excited bila nampak dia. Terlompat2 dlm cage setiap kali AHA sampai rumah. Dengan saya, tak pulak... walaupun saya yang bagi bunny tu makan! Bunny tu memang kenal siapa 'tuan'nye yg sebenar kot!


But no doubt about it... she's very affectionate with pets!

SEPERTI ADA CINTA

Blurb: Bertahun menyulam cinta, yang Farra Nuha dambakan hanyalah sebuah mahligai indah bersama Ilhan. Tetapi semakin tiba hari...