Sunday, June 22, 2008

EURO 2008


Antara sebab musabab saya tidak buat entry lebih awal ttg Euro 2008, kerana banyak game yang saya tak tengok di peringkat awal pusingan pertama. Seperti kata novelis Laila Kamilia (yg juga kaki bola spt saya! haha) bila usia dah bertambah ni... dah tak berapa larat nak berjaga sampai dinihari.


Atas faktor itu, saya cuma layan team yg saya betul2 minat ataupun player yang saya teruja nak tengok aksinya i.e Klose, Podolski (Germany) Ruud Van Nistlerooy, Robin Van Persie, Edwin Van de Sar (Holland) Rustu Recber (Turki) Ronaldo (Portugal) Fernando Torres, Fabregas, Casillas (Spain) Luca Toni, Buffon (Italy)


Bila perlawanan suku akhir bermula sejak 2o Jun... dan team yg saya sokong dan minat bertempur... Germany vs Portugal, Turki vs Croatia, Holland vs Russia... memang sukar utk saya missed. Dah dua malam, waktu tidur saya sudah lari dari timing asal! Mak oooii... memang stone dibuatnya, bila tidur selepas Subuh dan bangun semula pukul 8.30 pagi!


Dan malam ni... I'm still contemplating... nak tengok atau tidak Spain vs Italy. Kalau layan jugak... perlukah ambik MC esok hari? Hahahaha... marah bos saya kalau diorg tahu!

No comments:

SEPERTI ADA CINTA

Blurb: Bertahun menyulam cinta, yang Farra Nuha dambakan hanyalah sebuah mahligai indah bersama Ilhan. Tetapi semakin tiba hari...