Hari-hari terakhir di bulan Ramadhan mencatatkan beberapa peristiwa. Handphone husband saya hampir diragut ketika dia berkunjung ke bazaar ramadhan. At that time, he was on the phone with me... asking me what to buy at the bazaar. Ada pulak dua orang mamat yg membonceng motosikal berniat utk meragut handphone yang masih melekap di telinganya tu! How rude... bulan puasa some more! Dah lah nak mencuri di bulan puasa, telefon yg kat tangan orang pun nak dirampasnya! Mujur misi itu tidak menjadi... he was holding the phone very tightly with him. Cuma spec dia terpelanting entah ke mana... cuma jumpa cerminnya aje.
Dan malam tadi, rumah mentua saya dimasuki pencuri. Good attempt sbb saya rasa dia dah aim rumah mentua saya tu. Kebetulan, mentua saya tidur di rumah kakak ipar saya over the weekend. Bila balik semula ke rumah, tengok pintu dah kopak-kopak. Alhamdulillah, tak ada barang-barang berharga yang hilang. But still... dah nak raya ni, nak kena baiki pulak pintu-pintu yang dikopakkan tu! Dugaan...
Persiapan menyambut hari raya?
Baju raya? Baju raya AHA dah dibeli pada hari pertama berpuasa... advance betul! Baju saya... tempah satu dan beli satu.
Langsir raya/perabut raya? Tak tukar apa pun... infact tak beli apa pun! Ini tahun pertama beraya di rumah baru... so, kira langsir dan perabut yg dibeli masa nak pindah 10 bulan lepas... considered raya punya la tu!
Duit raya? Saya jadi banker tahun ni... semua orang tukar duit baru dengan saya. Kerana saya sorang aje yg terlebih rajin berulang alik ke bank dan beratur di kaunter untuk tukar duit baru.
Cuti raya? Saya masih rajin sebenarnya nak bekerja pada hari Isnin 29hb. Tapi bos saya mengarahkan semua staf ambil cuti wajib kerana pejabat akan ditutup sempena raya selama seminggu. Nak tak nak... terpaksa la saya bercuti... (haha... what a statement!)
Kad raya? Cuma dua kad raya aje saya terima tahun ni. Satu, daripada kakak ipar saya; yg rumahnya hanya 3 minit saje jaraknya drp rumah saya! Mungkin allocation kad raya ofis dia banyak sangat kot... sebab tu kat saya pun dia nak bagi! Hehe. Dua, daripada ALAF 21 FC. Terima kasih kpd Abg Long, Mersik, Kak Ina dan Kak Salmah yg sudi mengirimkan kad hari raya.
Menu raya? Apa-apa yang mak saya rajin nak masak... itu lah menu kami nanti! Saya hanya pembantu, buk... apa-apain, boleh saja! (Ini semua gara-gara tak de maid seperti tahun-tahun yang lepas! Maka, saya lah 'maid' yang akan bertugas pada hari tersebut! Haha)
Rumah terbuka raya? Masih di tahap perbincangan... tak tahu sama ada kami akan 'membuka pintu' rumah atau tidak. Kena tengok keadaan dan teliti perbelanjaan... hehe. Bukan apa... caterer yang kami nak... dah fully booked. Jadi... terpaksalah cari caterer lain yg bersesuian dgn belanjawan. Tapi walau apa pun, kami sedia menerima kunjungan biarpun tidak 'membuka' pintu rumah sepenuhnya...
Saya mengakhiri entry kali ini dengan ucapan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua pengunjung blog ini dan mohon maaf jika sepanjang saya berblogging, terdapat tulisan atau coretan saya yang menyinggung hati dan perasaan sesiapa yang membaca.
6 comments:
Salam Aidilfitri, Salam Lebaran dan salam hormat. Semoga bahagia berhariraya bersama keluarga.
your kad raya is still with me...kena pass by handlah, tak sempat beli setem..heheh
raya meh dtg rumah my mom!
selamat hari raya aidilfit3 maaf zahir batin.. smoga amalan kita diberkati Allah.. amin...
Alaf21fFC,
Terima kasih di atas kiriman kad raya dan kunjungan ke sini.
Salam Aidilfitri dari saya sekeluarga...
Diamond baby,
Kalau aku jadi buat open house... bawak je la kad raya tu sekali! Hehe...
InsyaALLAH... kalau sempat, I'll go to ur mom's house. Dan anda juga dialu-alukan ke rumah mak saya...
Rinn,
Selamat hari raya, maaf zahir batin jika ada tersilap kata atau terkasar bahasa...
Semoga amalan kita diberkatiNYA... amin...
Post a Comment