Thursday, September 04, 2008

Bulan Puasa

Walaupun dah masuk hari ke 4 kita berpuasa, tapi rasanya masih belum terlambat utk mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan kpd semua pengunjung blog saya yg tak seberapa ini.


For the past 8 years, I really made a point to cook during fasting month. Tak kisah la masak apa... asalkan ada dua atau tiga lauk, itu dah mencukupi untuk saya, husband, AHA dan maid. Semua maid yg pernah bekerja dgn saya tak pandai masak... because tat was not the main criteria I was looking for. Dulu, saya cuma perlukan maid utk jaga AHA bila saya kerja dan buat kerja rumah excluding cooking. Balik kerja... mmg berkejar masuk dapur. Tak sempat pun singgah ke mana-mana bazaar ramadhan. Especially tahun lepas... bila adik ipar tinggal sekali dgn kami. Most of the time, saya masak dua lauk dan import dua lauk lagi daripada dapur mak saya. Mak tahu, saya cuma sempat masak cincai-cincai aje. Dia juga tahu, kemampuan anaknya setakat mana untuk masak makanan yang best2... haha. Hasil daripada rundingan, persefahaman dan kerjasama kami anak beranak, setiap kali husband saya ambik AHA dan maid dari rumah mak petang-petang, mesti dah siap mangkuk tingkat utk kami! Alhamdulillah...

Tapi tahun ni agak berbeza daripada tahun2 yang lepas. Selain daripada kali pertama berpuasa di rumah baru, tahun ini juga ada rekod tersendiri. Iaitu... dah masuk hari ke empat berpuasa, tapi stove saya masih belum berasap!


Antara sebabnya... hari pertama berpuasa, gerenti tak masak sbb kami berbuka di rumah mak. Masuk hari kedua, dah mula kerja, balik masih pukul 5. And the fact tat, it's only us... me, husband and AHA, rasanya tak berbaloi nak berkejar balik ke rumah dan berkecah masak di dapur. Restoran banyak, bazaar ramadhan berlambak, juadah pelbagai pilihan... jadi rasanya tak perlu bersusah payah hanya untuk memenuhi citarasa kami bertiga.

Dan esok hari Jumaat, nak berbuka di rumah mak lagi. Hari Sabtu, insyaALLAH... berbuka di rumah Along saya. Hari Ahad, besar kemungkinan di rumah kakak ipar saya pulak. Lazimnya, hujung minggu mesti ada jemputan2 lain... berbuka dengan keluarga dan kawan-kawan.

Maka kerana itulah, stove masih belum berasap kerana saya hanya masak nasi di rice cooker dan jerang air di electric kettle sahaja! Teruk betul!!

No comments:

SEPERTI ADA CINTA

Blurb: Bertahun menyulam cinta, yang Farra Nuha dambakan hanyalah sebuah mahligai indah bersama Ilhan. Tetapi semakin tiba hari...