Datanglah beramai-ramai... insyaALLAH saya akan menyertai anda pada hari Sabtu dan Ahad (1 & 2 November). Jumpa di sana...
... kerana saya ada sesuatu untuk anda yg mengikuti hasil penulisan saya selama ini...
Taraaaa...
Alhamdulillah... novel terbaru saya sudah 'dilahirkan'. Terima kasih kepada ALAF 21 yg sudi menerbitkan karya kedua saya ini. Buat permulaan, ianya akan berada di rak buku premis ALAF pada esok 1 November hingga lusa, 2 November SAHAJA. Kenangan Terindah hanya akan berada di pasaran luar pada pertengahan bulan November. InsyaALLAH...
Sanggup berkorban tanda cinta, tetapi Marisa tidak sanggup mempersiakan usia muda untuk berkahwin dengan Ridzwan. Apatah lagi selepas itu terpaksa berpisah demi cita-cita yang ingin digapai Ridzwan di luar negara.
Bukan bermakna cintanya tiada harga. Dia tahu, Ridzwan keliru dalam mengukur sejauh mana cintanya. Mustahil Ridzwan tergamak membiarkan diri berpaut pada yang lain, menabur duri pada cintanya.
Namun, hati lelaki sememangnya sukar dijaga. Kesetiaannya pedih dicalar luka. Kemudian, dugaan membadai lagi. Ayah tercinta pula pergi buat selamanya.Tanggungjawab pada keluarga dan syarikat digalas ketika masih mentah. Kesabarannya berbalas, TUHAN kirimkan seorang insan untuk menghapuskan airmata, merawat lukanya dan berada di sisi... ketika suka atau duka.
Masa berlalu... Ridzwan kembali menagih cinta. Hati Marisa tidak pernah keliru, cintanya terhadap si dia semakin menebal. Namun, dirahsiakan nama si dia daripada pengetahuan Ridzwan, tidak mahu lelaki itu tersalah anggap.Ketika rahsia tersingkap, dapatkah Ridzwan menerima kenyataan yang dia kenal insan itu?