Tuesday, October 28, 2008

Sepanjang Syawal

Syawal pun dah nak sampai ke penghujungnya. Sepanjang sebulan ni, memang saya agak sibuk... sibuk beraya... hehe. Jemputan rumah terbuka tiap-tiap minggu mesti ada.

Bermula dengan...


7 Okt - Rumah novelis Kak Eka Fahara. Open house cum farewell dinner utk novelis Laila Kamilia.




11 Okt- Rumah mak saya. Open house cum birthday party AHA. Saya tak sempat bergambar kerana mendapat kontrak mencuci pinggan mangkuk/periuk belanga di dapur! Cuma sempat ambil gambar AHA di samping keknya saje.




12 Okt- Tiga jemputan rumah terbuka. Gambar di bawah ni, salah satu daripadanya.




18 Okt- Rumah Along saya. Pun tak sempat bergambar... sibuk sangatlah gamaknya! AHA saje yg berposing di samping sepupu saya.





19 Okt- Empat jemputan... tapi sempat pergi tiga saje. Salah satunya, rumah kakak ipar saya. Gambar di bawah ni, saya dengan anak dia. Mamanya sibuk melayan tetamu, saya pun tolonglah layan anak dia sekejap.




23 Okt- Majlis Hari Raya di premis Alaf 21.




25 Okt- Satu rumah saje.





26 Okt- Ada tiga jemputan. Tapi dah tak larat nak pergi. Kami sekeluarga diserang batuk dan selsema. Enough of open houses! With all the rich and oily food... I think I have gained back the 2 kilos which I have lost in the month of Ramadhan... uhuk...uhuk!
Kena makan semula makanan yg berkhasiat dan tidak menggemukkan. But what is healthy food?... Hmm.... bubur nasi dan sup, kot!

No comments:

SEPERTI ADA CINTA

Blurb: Bertahun menyulam cinta, yang Farra Nuha dambakan hanyalah sebuah mahligai indah bersama Ilhan. Tetapi semakin tiba hari...