Thursday, October 23, 2008

Tagged by Moon @ Murni Aqila

Musim2 raya ni, banyak pulak kena tagged.

Tapi tak apa... layan ajelah. Tengah boring, tak berapa sihat (selsema dan batuk) and I'm not really in the right frame of mind... (gosh... hate this feeling!)



3 TABIAT BURUK ZAMAN SEKOLAH

1. Suka berangan.
Kalau cikgu atau subjek itu membosankan, saya pasti akan berangan/mengelamun… i.e. fikir apa nak makan time recess nanti, balik sekolah nak singgah McD Ampang Park ke tidak, atau nak lepak bowling alley Yow Chuan Plaza, nak naik bas sekolah Uncle ke naik bas Sri Jaya…
2. Tidur dalam kelas.
Kalau dah tak faham cikgu tu ajar apa… baik tidur aje… dapat jugak merehatkan mata dan minda…
3. Suka cari alasan keluar kelas
Lebih-lebih lagi bila dah jadi Prefect… memudahkan lagi misi2 untuk ‘tuang’ kelas dengan alasan ada duty... so, memanjang aje lah saya ber'duty'

3 FAVOURITE SUBJEK... KENAPA?

1. BM- pernah menang best student untuk subjek Bahasa Malaysia dan mengalahkan straight A’s student yang lain. Bangga wooo… lebih2 lagi bila students kelas pandai tu mula celik mata tengok saya... A1 without fail...hahaha
2. Sastera – sanggup tukar aliran lepas SRP… from Science Stream to Arts sebab suka menganalisa novel… chewah! Lagi satu, boleh baca novel time sekolah. Dan cikgu2 yg mengajar Sastera dari tingkatan 4 hingga tingkatan 6 semua best2 i.e Puan Siti, Puan Puteh, Puan Rozi
3. Commerce- sebab Puan Latifah Dol yg mengajar commerce masa form 2 tu glamour habis. Suka tengok gaya dia yg stylo dan sanggul siput dia tu!


3 SUBJEK X BEST... KENAPA?

1. Science subjects- be it Biology, Chemistry, Physics. Tak tercapai akalku subjek2 sains ni… hehe
2. Geografi – malas nak hafal nama2 tempat, ibu Negara…
3. Lukisan – sbb tangan keras macam kayu. Kalau lukis gambar orang, tak ada bezanya dengan tiang lampu... kalau Rose Harissa tengok sure dia gelak guling2 punya!

MENARIK PADA KAMU...

Apa yang boleh menarik perhatian saya pada seseorang... is the way he/she talks and how he/she can make one simple conversation turns out to be an interesting one.
Dan apa yang menarik pada saya? Entahlah… kena tanya kepada sesiapa yang pernah ‘ter’tarik pada saya… itu pun, kot la ada yg pernah tertarik!

KAMU PALING SUKA…
Banyak benda yang saya suka, kalau nak disenaraikan, letih lah pulak. Tapi antaranya, driving (the more I drive, the more I can polish my driving skill), listening to music and sing my heart out!


ANDA TAK BOLEH HIDUP TANPA...

Pencipta Yang Maha Esa, Yang Maha Besar
Tapi kalau material wise, saya tak boleh hidup kalau tak ada handphone, muzik dan kunci kereta. These three things enough to keep me going…

SEBELUM TIDUR MALAM, SIAPA YANG DIHUBUNGI?
Dulu masa bercinta, ada la org yg nak dihubungi nak ucap ‘Good Nite, Sweet Dreams’ dan sebagainya. Tapi bila dah kahwin ni, tak payahlah nak berhubung2… membazir aje bil telefon!


MANGSA SETERUSNYA...

1)Eka Fahara
2)Rose Harissa
3)Raudhah

No comments:

Antologi Cinta Dia 2 - Marry Ku Ril?

Memandangkan dah lama tak blogging, maka lama jugaklah tak share ttg buku sendiri. So skrg ni barulah terhegeh-hegeh nak promote buku saya...