Monday, September 29, 2008

Penghujung Ramadhan dan Di Ambang Syawal

Dah nak habis puasa... dah nak raya pun!


Hari-hari terakhir di bulan Ramadhan mencatatkan beberapa peristiwa. Handphone husband saya hampir diragut ketika dia berkunjung ke bazaar ramadhan. At that time, he was on the phone with me... asking me what to buy at the bazaar. Ada pulak dua orang mamat yg membonceng motosikal berniat utk meragut handphone yang masih melekap di telinganya tu! How rude... bulan puasa some more! Dah lah nak mencuri di bulan puasa, telefon yg kat tangan orang pun nak dirampasnya! Mujur misi itu tidak menjadi... he was holding the phone very tightly with him. Cuma spec dia terpelanting entah ke mana... cuma jumpa cerminnya aje.



Dan malam tadi, rumah mentua saya dimasuki pencuri. Good attempt sbb saya rasa dia dah aim rumah mentua saya tu. Kebetulan, mentua saya tidur di rumah kakak ipar saya over the weekend. Bila balik semula ke rumah, tengok pintu dah kopak-kopak. Alhamdulillah, tak ada barang-barang berharga yang hilang. But still... dah nak raya ni, nak kena baiki pulak pintu-pintu yang dikopakkan tu! Dugaan...



Persiapan menyambut hari raya?

Baju raya? Baju raya AHA dah dibeli pada hari pertama berpuasa... advance betul! Baju saya... tempah satu dan beli satu.

Langsir raya/perabut raya? Tak tukar apa pun... infact tak beli apa pun! Ini tahun pertama beraya di rumah baru... so, kira langsir dan perabut yg dibeli masa nak pindah 10 bulan lepas... considered raya punya la tu!

Kuih raya/kek raya? Satu kuih pun tak buat tahun ni... semuanya beli. Tapi saya tetap akan usahakan membuat kek sempena raya ni. Sekurang-kurangnya, ada jugak la mood raya tu... bila dok mengayak tepung dan berpanas di depan oven!



Duit raya? Saya jadi banker tahun ni... semua orang tukar duit baru dengan saya. Kerana saya sorang aje yg terlebih rajin berulang alik ke bank dan beratur di kaunter untuk tukar duit baru.



Cuti raya? Saya masih rajin sebenarnya nak bekerja pada hari Isnin 29hb. Tapi bos saya mengarahkan semua staf ambil cuti wajib kerana pejabat akan ditutup sempena raya selama seminggu. Nak tak nak... terpaksa la saya bercuti... (haha... what a statement!)



Kad raya? Cuma dua kad raya aje saya terima tahun ni. Satu, daripada kakak ipar saya; yg rumahnya hanya 3 minit saje jaraknya drp rumah saya! Mungkin allocation kad raya ofis dia banyak sangat kot... sebab tu kat saya pun dia nak bagi! Hehe. Dua, daripada ALAF 21 FC. Terima kasih kpd Abg Long, Mersik, Kak Ina dan Kak Salmah yg sudi mengirimkan kad hari raya.

Menu raya? Apa-apa yang mak saya rajin nak masak... itu lah menu kami nanti! Saya hanya pembantu, buk... apa-apain, boleh saja! (Ini semua gara-gara tak de maid seperti tahun-tahun yang lepas! Maka, saya lah 'maid' yang akan bertugas pada hari tersebut! Haha)

Rancangan utk beraya? Tak tahu lagi apa plan. Tapi sesuatu yg confirm, malam raya sudah semestinya di rumah mak saya. Sembahyang raya di masjid mana, itu masih belum diputuskan. Terpulang kepada budi bicara dan hasil rundingan kami suami isteri selepas subuh pagi raya nanti! Itu la untungnya bila tak de kampung utk beraya... tak payah susah2 nak buat plan. Dah dengar takbir di pagi raya pun boleh decide nak pegi mana dulu... rumah mak saya atau rumah mentua!

Rumah terbuka raya? Masih di tahap perbincangan... tak tahu sama ada kami akan 'membuka pintu' rumah atau tidak. Kena tengok keadaan dan teliti perbelanjaan... hehe. Bukan apa... caterer yang kami nak... dah fully booked. Jadi... terpaksalah cari caterer lain yg bersesuian dgn belanjawan. Tapi walau apa pun, kami sedia menerima kunjungan biarpun tidak 'membuka' pintu rumah sepenuhnya...




Saya mengakhiri entry kali ini dengan ucapan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua pengunjung blog ini dan mohon maaf jika sepanjang saya berblogging, terdapat tulisan atau coretan saya yang menyinggung hati dan perasaan sesiapa yang membaca.

Monday, September 15, 2008

Puasa yg ke 15...

Pejam celik, pejam celik... tiba-tiba dah masuk hari yg ke 15 di bulan ramadhan ni. Tinggal 15 hari aje lagi nak raya... aik, cepatnya!



Sepanjang 15 hari ni juga saya sudah 'mencipta' pelbagai rekod peribadi...



~ Bersahur cuma dgn dua atau tiga biji kurma dan satu mug kopi 'Hai Peng'. Sebelum ni, kalau bersahur, mesti nak makan sesuatu yg quite heavy... i.e. hotdog, burger, scramble egg, roti telur... kerana bimbang perut masuk angin. Now... with an amount of three dates... it could last me one whole day... Alhamdulillah.



~ Tiga hari berturut2 berbuka puasa di sebuah restoran yg sama di Dataran Sunway! Ni... saya dgn husband la ni... tetiba kemaruk nak makan dim sum waktu berbuka di samping menu buffetnya yang memenuhi citarasa kami. Sampaikan owner restoran & pelayan pun sengih aje tengok muka kitorang tiga hari berturut-turut datang. Siap tanya kat owner tu... apa menu utk keesokan hari... kalau sedap, kitorg datang lagi!! Haha... tak senonoh betul.



~ Setelah masuk hari ke 13 berpuasa... barulah stove saya berasap! Hari Sabtu lepas, saya masak lauk sotong kunyit dan bawak ke rumah Along saya. Berbuka tiga keluarga berserta dgn mak. Semua orang tanya mcm tak percaya aje... "kau masak ke atau beli kat bazaar? bazaar mana?" Kerana mereka sedia maklum, kami suami isteri memang kaki bazaar ramadhan. Husband saya pernah berpusing ke 3 bazaar pada satu petang... bazaar Sg Penchala, Damansara Damai dan Kota Damansara... just to scout around and find out what's the speciality in each bazaar!



~ Hari Ahad pulak... saya masak ikan siakap stim, udang galah goreng dan ayam masak merah. To some people, it may sound nothing... what's so great about that 3 dishes? Tapi saya mengaggapnya sbagai 'Personal Achievement' and I'm proud of myself! Haha... well, I should be, right? Bukan apa, dgn kekangan masa, tanpa maid, kesibukan kerja dan kesibukan house chores yang tak pernah habis-habis tu... cooking has become such a BIG deal to me. Saya mengaku, saya bukan superwoman atau supermom... and cooking is not primary in my 'to do' list. I cook only when I have the time to do it. Dan saya cukup kagum dgn kaum ibu yang bekerja dan masih boleh memasak utk sekeluarga tanpa menggunakan khidmat pembantu. And when I have the chance to do it... walaupun sebelum tu sibuk berkemas dan gardening (baru berjinak2 dgn dunia penanaman pokok bunga)... maka smlm, terhidang jugak la tiga lauk di atas meja untuk berbuka. Ok, what??

Agaknya gara-gara sibuk smlm... patut la pagi tadi saya terima remark "You look smashed!" Am I look that bad??

Thursday, September 04, 2008

Bulan Puasa

Walaupun dah masuk hari ke 4 kita berpuasa, tapi rasanya masih belum terlambat utk mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan kpd semua pengunjung blog saya yg tak seberapa ini.


For the past 8 years, I really made a point to cook during fasting month. Tak kisah la masak apa... asalkan ada dua atau tiga lauk, itu dah mencukupi untuk saya, husband, AHA dan maid. Semua maid yg pernah bekerja dgn saya tak pandai masak... because tat was not the main criteria I was looking for. Dulu, saya cuma perlukan maid utk jaga AHA bila saya kerja dan buat kerja rumah excluding cooking. Balik kerja... mmg berkejar masuk dapur. Tak sempat pun singgah ke mana-mana bazaar ramadhan. Especially tahun lepas... bila adik ipar tinggal sekali dgn kami. Most of the time, saya masak dua lauk dan import dua lauk lagi daripada dapur mak saya. Mak tahu, saya cuma sempat masak cincai-cincai aje. Dia juga tahu, kemampuan anaknya setakat mana untuk masak makanan yang best2... haha. Hasil daripada rundingan, persefahaman dan kerjasama kami anak beranak, setiap kali husband saya ambik AHA dan maid dari rumah mak petang-petang, mesti dah siap mangkuk tingkat utk kami! Alhamdulillah...

Tapi tahun ni agak berbeza daripada tahun2 yang lepas. Selain daripada kali pertama berpuasa di rumah baru, tahun ini juga ada rekod tersendiri. Iaitu... dah masuk hari ke empat berpuasa, tapi stove saya masih belum berasap!


Antara sebabnya... hari pertama berpuasa, gerenti tak masak sbb kami berbuka di rumah mak. Masuk hari kedua, dah mula kerja, balik masih pukul 5. And the fact tat, it's only us... me, husband and AHA, rasanya tak berbaloi nak berkejar balik ke rumah dan berkecah masak di dapur. Restoran banyak, bazaar ramadhan berlambak, juadah pelbagai pilihan... jadi rasanya tak perlu bersusah payah hanya untuk memenuhi citarasa kami bertiga.

Dan esok hari Jumaat, nak berbuka di rumah mak lagi. Hari Sabtu, insyaALLAH... berbuka di rumah Along saya. Hari Ahad, besar kemungkinan di rumah kakak ipar saya pulak. Lazimnya, hujung minggu mesti ada jemputan2 lain... berbuka dengan keluarga dan kawan-kawan.

Maka kerana itulah, stove masih belum berasap kerana saya hanya masak nasi di rice cooker dan jerang air di electric kettle sahaja! Teruk betul!!

Antologi Cinta Dia 2 - Marry Ku Ril?

Memandangkan dah lama tak blogging, maka lama jugaklah tak share ttg buku sendiri. So skrg ni barulah terhegeh-hegeh nak promote buku saya...