Wednesday, June 17, 2009

Antara 'Lelaki Ini' dan 'Satu Wajah'...

















Bulan Julai nanti, month of entertainment kot! Banyak benar concert sampai saya tak tahu nak pergi yg mana satu... 'Lelaki Ini yg bernama Anuar Zain' atau 'Satu Wajah kepunyaan M.Nasir.' Kedua2nya memang tersenarai dalam kategori minat abis! Hehe

Husband saya kata, tak payah pergi konsert M.Nasir sbb kami dah pergi konsert dia kat Istana Budaya last February. So, dia cadangkan pergi Anuar Zain aje. Eh... mana boleh macam tu?? Kat IB lain... ni kat Stadium Negara, mesti lain! Kalau dia tak nak temankan saya pun, tak apa. Saya akan cari geng yg sekepala utk pergi dgn saya! Haha

* Anuar Zain @ IB 1st July, tengok MU kat Bukit Jalil 18 July, M.Nasir kat Stadium Negara 25 July... hmm... bila masa saya nak abiskan manuskrip kalau macam ni?? Ish...ish...

8 comments:

nacha said...

salam Hezzy.

lama dah x tinggal jejak kat sini.

emm.. sy dah pernah tgk live show kedua2 artis ni. bg sy Anuar Zain more friendly. dia suka berinteraksi dgn para peminatnya. ramai ladies yg jd giler bila tgk dia punya show. ada yg daring sampai peluk & cium dia. hehehe.. sy pun teruja gak. tapi takat salam & bergambar je la. walaubagaimanapun kedua2nya ada style yg tersendiri. masing2 sgt menghiburkan.

Hezzy Azra... said...

Salam nacha,

Apa khabar? Busy ke lately?

Betul tu... Anuar Zain more friendly & gentleman bab2 melayan peminat ni...esp ladies mmg boleh cair, ye tak? Tapi kalau M.Nasir, dia memikat audience dgn lagu2 yg menyentap jiwa raga!! Tu yg tak boleh missed tu! Hehe

nacha said...

Hezzy...

alhamdulillah. sy sihat wal'afiat.
hmm.. lately agak busy jugalah. buku2 masa beli kat pesta buku dulu pun tak habis baca lg. hehehe..

selamat berhibur bersama both of them.

Elinna said...

not a very good excuse for not finishing your 3rd manuscript.
hehehe......
how is it coming along anyway?

btw dah lama giler tak jumpa ni?
bila free????

Hezzy Azra... said...

nacha,

Hehe... tak pe, baca sikit2. Nanti abis jugaklah tu. Ni pesta buku ALAF hujung bulan ni tak pegi ke?

Tak nak join saya tengok Anuar Zain ke? :)

Hezzy Azra... said...

Elinna,

Me & my excuses!! Haha.
How is coming along?? Well, I'm still strugling...with great difficulties!

Tu la masalahnya, bila you free... we all tak free. Bila kitorg free... you kat office lagi. So how? Nantilah... we arrange something...

nacha said...

Hezzy.. pesta buku ALAF21 x gi kot. sy kirim kat kwn je.

apaaa? nak join you tgk Anuar Zain? tak sanggup rasanya. menyakitkan mata & mkn hati sy tgk pompuan yg gedik2 peluk & cium dia. over tau... hahaha...

Hezzy Azra... said...

nacha,

Kirim... jgn tak kirim! Byk buku baru yg best2 tau! hehe

Saya pegi pun sbb nak dgr dia nyanyi live diiringi orkestra. Hopefully, tak ada la aksi2 melampau bila show nanti... tapi tak tau la kalau ada gediks yg sanggup memanjat tangga stage IB tu utk peluk cium dia! Kalau saya?? Hmm... peluk aje la husband kat sebelah... hehe

SEPERTI ADA CINTA

Blurb: Bertahun menyulam cinta, yang Farra Nuha dambakan hanyalah sebuah mahligai indah bersama Ilhan. Tetapi semakin tiba hari...