Monday, June 01, 2009

Me And My Chair...

Macam tajuk karangan masa sekolah aje entry saya kali ni! Hehe



Sudah lebih setahun saya duduk atas kerusi hijau ni ketika menyiapkan manuskrip. Kalau duduk mengadap lap top sekejap-sekejap, ok lagi. Tapi kalau duduk berjam-jam… memang lenguh dan sakit belakang dibuatnya. Hendaknya bila usia dah meningkat ni… silap urat sikit dah mula rasa sakit-sakit! Hehe… sakit orang tua!

Dan ini juga mungkin antara penyebab kenapa perkembangan manuskrip ketiga saya agak lembab… saya tak boleh duduk lama-lama atas kerusi ni… kerusi tak best!! Yeah… blame it on the chair! What an excuse, eh? Manusia memang penuh dengan alasan, kan??

Tiba-tiba pada hari Jumaat lepas, balik aje dari pejabat saya tengok kerusi hijau saya sudah tak ada di tempat asalnya… tetapi digantikan dengan kerusi ini….


Saya tanya AHA… “Siapa beli kerusi ni? Beli kat mana?” Dia jawab… “Tadi pergi IKEA dengan papa… papa beli.” Lepas tu saya tanya papa dia… “Kenapa beli kerusi ni?” Dia jawab… “You kan nak duduk berjam-jam mengadap lap top siapkan manuskrip… so now, no more complaint about backache or whatsover. I dah belikan you kerusi yang elok dan selesa… no reasons for you not to finish your manuscript on time!!”

Opps!! (Saya tertunduk malu… pedih telinga, lidah kelu, hilang suara…)

Adakah saya mempunyai sebarang alasan jika manuskrip ketiga saya masih sangkut lagi selepas ini??

6 comments:

Durrah Fatiha said...

Hezzy,
kalau tak nak kerusi tu, dermakan pada akak aje. Belakang kak Durrah ni pun lagi sakit2... maklumlah lagi tua..hik..hik.

Hezzy Azra... said...

Kak Durrah,

Haha. Tapi kalau saya dermakan kerusi tu kat akak... does that mean I have an excuse if my manuscript tak boleh siap on time?? Hehe

Eka Fahara said...

Puan Hezzy dah tak ada alasan nak tangguhkan manuskrip ke 3! hahahhahaha

Hezzy Azra... said...

Kak Eka,

Haha... kak, tu yang makin sesak dada saya ni!! Rasa nak menyorok bawah kerusi jer! Hehe

jogi da bomb said...

Tu dia... tanda kasih seorang suami! Teruskan menulis. Semoga idea bertambah banyak dengan kehadiran kerusi baru tu...

Hezzy Azra... said...

Jogi,

Tanda kasih bagi kerusi... kalau tanda cinta... kena bagi meja sekali! Barulah boleh terus menulis tanpa henti! Hahaha...

SEPERTI ADA CINTA

Blurb: Bertahun menyulam cinta, yang Farra Nuha dambakan hanyalah sebuah mahligai indah bersama Ilhan. Tetapi semakin tiba hari...