Wednesday, July 29, 2009

Award dan tag lagi...

Been busy and not in a mood to update my own blog.





Tapi bila mengenangkan yang Azrin dah bersusah-payah bagi award pada saya... not just one but seven! Jadi saya gagahkan diri mengumpul semua award dan menjawab tag yg diberikan.




Nampak sweet award ni...









Awesome?? Really??









I know I'm friendly... haha... perasan!










Thank you for smiling...











Ye ke creative?








Cute budak bertiga ni...






Bila tengok huruf 'W' tu... teringin pulak nak test drive Wolkswagon Golf GTi... hehe




1. Nyatakan 6 fakta menarik tentang pemberi award ini - AZRIN



1) pemurah hati… suka bagi award kat saya
2)mummy’s boy
3)rajin mengemaskini, mengecat dan menukar wajah blognya (azrin rajin tak nak kemaskini, cat & tukar blog akak? Sebab akak malas dan tak ada masa nak buat…hehe)
4)bakal cikgu mengikut jejak mak long & pak longnya
5)peminat novel yg tega
6)mempunyai selera makan yg besar walaupun badan yg kecil… hehe..betul ke ni azrin?




2. Setiap blogger mesti menyatakan 9 fakta/hobi diri sendiri .
Yang ini saya rasa dah banyak kali jawab/tulis… so, this time around, kira copy & paste aje lah ye?




1. Suka bercakap/bergayut di telefon dan berSMS
2. Suka buat perkara-perkara yang orang tak pernah terfikir nak buat
3 Enjoy tengok football game i.e BPL, Champions League, World Cup. Sebab tu saya sanggup berasak-asak ke Stadium Bukit Jalil hari tu semata-mata nak tengok MU!
4. Di masa lapang dan bila tak de kerja, suka menjenguk mana2 car showroom dan test drive kereta. Tapi sebulan dua ni… masih belum menjenguk mana-mana showroom. Tak ada interesting car yg teringin nak test drive.
5. Malas cuci kereta tapi nak kereta sentiasa bersih… camana tu?
6. Suka merapu… dan hanya orang2 tertentu sahaja sanggup mendengar cerita merapu saya! To whom it may concern… thank you for being such a good listener to me every morning! Hehe
7. Serious, focus & observant… especially when I have a lot of interest in it.
8. Suka mendengar lagu sambil buat sesuatu i.e driving, buat kerja di ofis, menulis, membaca
9. Suka berangan... ni yg bahaya ni, kalau 'ter'lebih berangan! Haha




3. Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan describe tentang mereka




(5 orang cukup la… 10 tu ramai sangat! Pulak tu… saya nak ‘tumpang’ list Azrin aje la… boleh kan Azrin? Hehe)





1) Ziekiera... yg selalu jenguk blog saya tidak kira masa…

2) Rania Firdaus... adik yg popular dgn novel CDJ nya

3) Nacha... who seems to like Fariq so much! Thank you for that!!

4) Haiza Najwa... saje nak menyakat kakak yg sorang ni...

5) Hana... MU fan!

Monday, July 20, 2009

MU at Bukit Jalil!!

Tercapai jugak cita-cita saya nak tengok MU bermain. Tak dapat tengok MU di Old Trafford... tengok kat Bukit Jalil pun kira okey jugaklah.

Ini gambaran pada petang Jumaat 17 Julai. AHA dalam jersi merah di pintu masuk stadium semasa mengikut husband saya menonton training session team MU dan M’sia. Masa ni, saya tak ikut sekali sebab kerja.
(Ini yg saya tak puas hati nih! Berkobar-kobar semangat nak beli camera baru lagi canggih!! Nampak Rooney sayup2 aje dlm gambar ni!)





Ini gambaran 18 Julai. Warming up before kick-off time.
Lautan manusia yang berjersi merah! Dan saya salah seorang daripadanya! Haha. Tapi saya tak pakai jersi MU yg berwarna merah pun... cuma mufler MU aje.
Kali ni AHA tak ikut, sebab papa dan mama dia nak dating di Stadium Negara! Hehe. Tapi dia siap pesan kat saya masa kami drop dia kat rumah kakak saya... "Enjoy yourself, mama! Panas kat situ, tau!" Waaahh... anak dara saya cukup understanding & prihatin! She was right... gambar ini membuktikan betapa panasnya masa tu... muka macam dilumur minyak!
Approximately 80,000 people agaknya... ramai gila! Perancangan kami bagus... we left our car at Station Bandar Tun Razak, and took the LRT to Bukit Jalil. Walaupun dlm LRT sesak dan padat... tapi setakat 2 stops sebelum Bukit Jalil...kira okey jugaklah. Masih boleh bernafas... hehe.
How was it? It was an entertaining game. Enjoyed watching it. Walaupun team Malaysia kalah 3-2, tapi mereka memberi saingan yang hebat. Tabik kepada Amri Yahaya yg menjaringkan gol pertama menewaskan favorite goalie saya; Edwin Van de Sar. Dan kesilapan Foster pada separuh masa kedua, memberi peluang kpd Amri untuk score satu lagi gol. Well done!
Dan malam ni 8.45, MU bertemu Malaysia buat kali kedua. Saya surrender... dah malas nak pergi. But my husband, being the MU die hard fan, masih bersemangat untuk pergi. Kali ni dia pergi dengan office mate & adik dia. Nasib baiklah MU dtg sekejap aje... kalau seminggu kat sini, seminggu jugaklah husband saya akan berulang-alik ke Bukit Jalil tu!

Wednesday, July 08, 2009

Award & Tag....

Terima kasih kpd Azrin yg bagi saya award ni. Tapi minta maaf, saya tak ingat apa yg sepatutnya saya buat selepas menerima award ni. Aiyah.. age is catching up la! Hehe. Walau apa pun, award ni akan menjadi sebahagian drp koleksi award yg diterima dan penyeri di dalam blog saya ini... terima kasih sekali lagi.


Azrin dan Kak Eka Fahara juga ada tagged saya. Tag kali ini... adalah mengeluarkan segala harta benda yg tersimpan dalam purse/handbag utk tatapan umum! Ish... ish... bahaya tag ni! Serupa macam buat deklarasi depan kastam airport pulak dah!! Ianya juga satu bentuk pencerobohan hak persendirian! Haha. Oklah... saya cuba menyahut cabaran tag ini.


And this is it!! Photo taken as at this morning...







1) Kunci rumah saya & rumah mak


2)Kunci ofis & kereta ofis


3) Kunci Pug


4)Access card rumah & ofis


5)Discount voucher Spa (tapi masih belum berkesempatan utk ber'spa'!)


6) 2 tiket concert 'Lelaki Ini Anuar Zain' (concertnya minggu lepas... tapi tiket tak keluar2 lagi dari handbag! Teruk betul!)


7)Incanto Heaven


8)Strepsils & Uphamol 650 (utk sakit tekak & pening kepala!)


9) Thumbdrive


10) Pen


11) Handphone yg sudah banyak kali jatuh terhempas!


12) Extra battery utk handphone (kan kaki bergayut... satu bateri tak pernah cukup!)


13) Compact powder


14) Lipstick


15) Sepeket tisu


16) Purse yg padat dan sendat dgn segala jenis kad, lesen, IC, duit yg tak seberapa, resit-resit pembelian barangan yg entah apa-apa, gambar AHA masa 6 tahun, gambar papa AHA masa 21 tahun! Haha




Secara umumnya, inilah barangan standard saya. Tetapi ianya bergantung juga kepada saiz handbag yang dibawa, tujuan perjalanan dan destinasi yg dituju! Ianya mungkin kurang muatan atau lebih muatan... mengikut kesesuaian dan keperluan! Kalau handbag besar yg saya selalu bwk utk bercuti... akan ada novel yg sedang dibaca, telekung dan camera. Tapi kalau handbag saya yg kecil & comel yg selalu saya bawak pergi pasar... cuma purse dan handphone saje.




Sekian terima kasih! Saya tak nak tag orang lain... sebab dah ramai pun menjawab tag ini sebelum saya...

Wednesday, July 01, 2009

Kenangan terindah tentang Kenangan Terindah

TOP 20 JUALAN ALAF
JAN-MAC 2009
KATEGORI NOVEL


1. MIKHAIL - Ramlee Awang Murshid
2. MULANYA SATU CINTA -Rose Harissa
3. CINTA DUA JIWA-Rania Firdaus
4.TARIKH LUPUT CINTA-Lynn Dayana
5.HORIZON CINTA-Umi Azrini
6.MENANTI KHALIDAH-Ana Balqis
7.SETULUS HATI-Rosita Abd Wahab
8.SELAGI ADA DIA-Aisya Sofea
9.SERIBU KALI SAYANG-Anis Ayuni
10.MENITI MAUT-Eyman Hykal
11.ZIKIR RINDU-Azizi Hj Abdullah
12.HIJAB SANG PENCINTA-Ramlee Awang Murshid
13.AKHIR YANG INDAH-Azah Khalida
14.SETEGUH CINTA-Durrah Fatiha
15.MANTERA HITAM-Serunai Faqir
16.TERNYATA CINTA-Damya Hanna
17.HIKMAH HATI-Maszlee Malik
18.LAMAN RINDU-Hasreeyati Ramli
19.SAAT KAU HADIR-Laila Kamilia
20.KENANGAN TERINDAH-Hezzy Azra
~ Sumber Alaf 21 ~

Tajuk entry pun dah memeningkan, ye tak? Hehe

Syukur Alhamdulillah… Kenangan Terindah(KT) sudah diulang cetak untuk kali kedua! Dua minggu lepas, saya ke pejabat ALAF dan membawa pulang complimentary copies. Saya syukur dan seronok sangat kerana inilah kali pertama novel saya diulang cetak. Novel sulung saya, Melodi Kasih (MK) masih cetakan pertama, dan bila KT sudah masuk cetakan kedua, memang saya excited terlebih!

May be, it’s not a big deal to some people… eleh…baru dua kali… bukannya 20 kali!! Tapi KT pernah menduduki tangga ke 20 dalam senarai TOP 20 JUALAN ALAF KATEGORI NOVEL JANUARI – MAC 2009. Ini pun dah cukup baik untuk penulis kecil-kecilan macam saya. Personal achievement!

Ada ke kenangan terindah semasa menulis KT?

Hmm… well… Saya menulis manuskripnya tanpa tajuk sehinggalah ke hari saya print untuk hantar ke ALAF, baru menggagau fikir tajuknya. Tajuk ‘Kenangan Terindah’ bukan tajuk asal. Saya pun dah tak ingat tajuk apa saya bagi… macam-macam! Sepanjang saya menulisnya, saya hanya menamakan file tersebut sebagai ‘My Stories’. Hehe… macam composition zaman sekolah rendah la pulak!

KT dirombak lebih daripada 7 kali sebelum dihantar ke editor sebagai draft terakhir! Kalau tengok dalam lap top saya… macam2 versi KT ada. Ada versi bulan Januari, Februari, Mac, September, Oktober… ikut musim kot! Musim sejuk, musim luruh, musim hujan… haha. Sebab tu agaknya cinta si Ridzwan pun bermusim-musim… hehe.

Saya juga pernah tak tidur selama 24 jam merombak KT. Semua gara-gara nak mencelarukan jiwa Regina! Haha… nak kasi Regina tension… supaya reader pun turun tension dengan dia! Lepas menulis tentang Regina… saya pulak yang tension sebab tak cukup tidur. Berjalan pun rasa melayang-layang aje badan… tak dapat nak recover tidur secukupnya, tetiba dah masuk hari Isnin… kena pergi kerja! Adus…

Bila menulis tentang Akmal… I really had fun! Watak Akmal yang cool dan kelakar tu merupakan inspirasi daripada beberapa perwatakan lelaki2 di keliling saya. Sebab tu, bila husband saya baca draft KT… dia tanya saya “Macam familiar aje ayat ni?” Sendiri tahu la, kan! Haha.
“That’s the trick, you see! If you want to get someone’s attention, you must be able to get in her family’s good books first. Kata orang tua-tua, kalau nak pikat si gadis, kena pikat keluarganya dulu!” Dialog Akmal yang satu ni, memang original!!

Marisa? Hmm… watak yang agak dekat dengan saya. Sama macam watak Zaha dalam MK. Kalau Zaha saya keraskan hatinya, saya tinggikan lagi egonya, tapi bila tiba Marisa… saya lembutkan sikit hatinya, saya rendahkan lagi egonya. Kalau Zaha, saya enjoy dengan watak dia yang ‘kerek’ tu… dan Marisa, saya enjoy bila dia suka main ‘tarik-tali’ dengan Akmal.

Sebagai rumusannya, I was enjoying myself while writing KT… sambil bertemankan lagu Dealova (Once), Sahabat, Kekasih, Teman (Aishah), Gemilang & Kita Bersama (Sheila Majid), Ketulusan Hati (Anuar Zain) dan Ready Or Not (After 7) Dan ketahuilah bahawasanya, saya TIDAK LANGSUNG mendengar lagu KENANGAN TERINDAH (Samson) sepanjang menulis Kenangan Terindah! Sudahnya, itu pulak tajuk novel saya! Hmm…

Walaupun KT menuntut lebih banyak mainan emosi dalaman berbanding MK… tapi menghasilkannya memang satu kenangan terindah!

Terima kasih kepada semua pembaca budiman yang sudah menerokai KT hingga ke muka surat terakhir dan menerima karya saya itu seadanya.

SEPERTI ADA CINTA

Blurb: Bertahun menyulam cinta, yang Farra Nuha dambakan hanyalah sebuah mahligai indah bersama Ilhan. Tetapi semakin tiba hari...